Pages

Nuffnang

Thursday, September 8, 2011

ROTI ARAB

Assalamualaikum.....Ni le Roti fav seisi keluarga..kalau dulu cicah dgn sambal pedas daging (sini) , hari ni cicah dgn sambal  sardin pulak...Fuh! mmg best !!  Utk step by step akak pernah letak kat Myresipi.

ROTI ARAB

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
  • Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara

  1. Penyediaan yis (bahan A): masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. Tutup dan biarkan sebentar. Yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin , gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. Kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2. Uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai. Tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain. Tak mengapa jika adunan melekat ditangan,  jgn tambah tepung.
  5. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. Selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul. Buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai. jgn terlalu nipis. agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung. canai hingga habis.
  8. Bila selesai semuanya bolehlah digoreng. Semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung. Api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. Alih2 kan roti dan masak hingga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging...SELAMAT MENCUBA..!
Jemput makan..!

6 comments:

  1. kak pia!! tun kalau wat roti yg patut kembong2 camni kan, mesti jd kuruss je... sedih2~

    ReplyDelete
  2. Tun..masa mengoreng tu api jgn terlalu kuat, dh masukkan roti yg nak digoreng tu simbah2kan minyak kat roti tu dan dia akan kembung dgn sndiri, bila dh kembong baru balik2kan, goreng hingga kekuningan dan bolehlah diangkat.Faham x lagi ;)

    ReplyDelete
  3. huhu... paham2.. tq ^^ nnti tun berusaha lagi! =)

    ReplyDelete
  4. elok molek je kembong dia..jeles tgk..huhu :)))

    ReplyDelete
  5. kembungnya suka tgk.. ita dah lama sangat tak buat roti ni sedap alhamdulillah menjadi

    ReplyDelete
  6. kakpia saya pernah buat sekali je roti arab akak nih...kekekek...meamng sedap cicah dgn kari..lamanya dah tak makan...berkurun jugak lah...kakakka...apam mentega akak tu pun dah lama tak buat...huhuhu...roti kalau gelembong2 cam gini memang geram nengoknya....haissshh

    ReplyDelete