Pages

Nuffnang

Wednesday, March 9, 2011

SAMBALTUMIS SOTONG & SAYUR PERIA

Assalamualaikum..tentu semua dh siap masak kan? menu akak hari simple je..sambal tumis sotong, sayur peria dgn udang & ikan goreng cicah air asam. Sbb masak main campak2 je so x payah resepi lah ye..:)

Sambal Tumis Sotong
Sayur Peria Dgn Udang
*Petua untuk hilangkan rasa pahit peria- rendam peria yg telah di hiris dalam air garam selama 1/2 jam, bilas bersih dan bolehlah dimasak.

Monday, March 7, 2011

MENU ORG SAKIT (2)

Assalamualaikum..kat rumah hari ni ank yg bongsu batuk, selsema, sakit tekak..x selera nak mkn..so mama kena la masakkan sesuatu supaya ank yg sakit tu ada selera ..biasalah kan menu utk org sakit ni..bubur nasi , sup ayam dan utk yg sihat pun leh tumpang mkn sama..nak pedas sikit leh mkn dgn sambal kicap + cili padi..kali ni x buat sambal ketuk..cuma ambil isi ayam dlm sup ..goreng agak2 kekuningan dan carik2kan kemudian tabur atas bubur nasi. Kebetulan ada bilis goreng dan telur masin..berselera sungguh budak yg sakit tu mkn siap bertambah2 lagi...




Sunday, March 6, 2011

UDANG BERSOS PLUM

Assalamualaikum..kebetulan sama lak menu dgn K.Nor , tapi k.nor masak udang + sotong bersos plum..akak masak udang je.sebelum ni pernah masak ayam bersos plum. Menu lain sayur campur dan tenggiri masak kicap.



UDANG BERSOS PLUM
resipi : CMG

BAHAN-BAHANNYA :-)
15 ekor udang saiz besar
1/2 camca teh lada sulah serbuk
1/2 camca teh serbuk kunyit
Sedikit garam
3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji bawang holland, dibelah 6
1/4 biji red capsicum, didadu
1/4 biji green capsicum, didadu
1/4 biji yellow capsicum, didadu
1/2 batang leek, hiris dan rendam ~ k.nor tak letak
1 camca besar sos cili thai (mat guna jenama "LIFE")
1/4 cawan sos plum (mat guna jenama "LIFE")
5bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)
Sedikit garam jika perlu
Hirisan daun bawang, untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)
Udang dikerat hujung kepalanya, buang kaki dan janggut, cuci bersih, lumur dengan serbuk lada sulah, garam dan serbuk kunyit hingga rata. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan.
Tinggalkan kurang lebih 2 camca besar minyak dalam kuali yang sama. Tumis bawang putih dan bawang holland hingga layu. Masuk sos cili thai dan sos plum tadi, kacau rata dan masukkan udang. Gaul hingga rata.
Tambah red/yellow/green dan leek tadi, gaul dan masak hingga pekat dan sos menyaluti udang. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam. Masak sekejap dan angkat. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
 
 Tenggiri Masak Kicap
Sayur campur

Thursday, March 3, 2011

LONTONG

Byk hari dh x update blog, lately bz skit..korang masak ape hari ni?..akak masak lontong..dh lama x masak lontong..jemu makan nasi biasa, sekali sekala tukar2 selera ler pulak...sape2 yg teringin nak mkn lontong boleh tgk resepi kat sini. Terima kasih K. Hanieliza..



Nasi himpit di makan bersama kuah lodeh yg merupakan campuran sayur-sayuran spt kobis, carrot, kacang panjang, sengkuang, terung, cili merah, cili hijau, fucuk, suun, tauhu dan tempe. Hidangkan bersama sambal sotong @ udang , serunding ayam @ daging dan sambal kacang.

Monday, February 28, 2011

FANCY COOKIES

Ni pula fancy cookies yg birthday girl bawa utk ke tuisyen..ank akak ni sekolah rendah kat kg sendiri, sekolah ugama kat kg lain, tuisyen pula kat tempat lain..so ramai la kawan2nya dan terpaksa la akak buat sesuatu utk beri kpd kawan2 sempena birthday dia...nasib baik la birthday sambut sekali dlm setahun..kalau sambut 6 kali setahun mati berdiri le akak...penat2 pun akak suka..! Alhamdulillah, semua yg diplan berjalan 





BURGER..BURGER

Kalau semalam berhempas pulas membuat kek coklat utk birthday girl..hari ni pula, start jam 8 pagi berkuntau di dapur menyiapkan 60 biji burger utk di hantar ke sekolah...mcm tahun2 sebelumnya, tiap kali birthday buat burger utk bagi pada kawan2 ..x de benda lain ke nak bagi??...hehe, rasa puas hati lagi bagi burger... dari bagi jajan yg kadang2 budak x mkn &  buang mcm tu saja...



Sunday, February 27, 2011

WANIE IS 11

Kalau 25 Februari birthday akak, hari ni 27 Februari Birthday anak bongsu akak pula..ni la hadiah utk dia..sebiji kek coklat yg mmg kesukaan dia..Happy Birthday Wanie..semoga menjadi anak yg solehah, insan yg berjaya di dunia & akhirat, panjang umur & murah rezeki ..Amin !




HaPPy B!RthDaY WaNie...!