Petang ni acara main2 coklat dgn anak dan anak2 saudara..walaupun akak ni bukan jenis manusia yg suka mkn manis2 tapi suka buat coklat..suka tgk org mkn apa yg kita buat..Ni la hasilnya, ada bermacam2 warna dan filling. Sesuai utk hantaran kawin, Birthday Gift , Teacher's Day etc.
Friday, May 6, 2011
LAKSA PENANG
Assalamualaikum dan salam jumaat yg mulia...kembali bersiaran setelah agak lama juga menyepi, lama betul x update blog..sedar x sedar dah masuk bulan mei...sori la pada sape2 yg dtg berziarah balik dgn tgn kosong..bukan ape, sebelum ni x sihat, demam pas tu batuk x baik2..punyala lama batuk..ubat habis 2 botol pun still macam tu jugak..Alhamdulillah, lastly baik sndiri..mcmana la batuk nak baik..ais mentekedarah jugak..kalau budak2 siap pesan batuk x leh minum ais..tapi dia sndiri yg minum..apa kes! lepas dh sihat walafiat bz la pulak...byk benda nak kena buat..biasalah kan sapa yg x bz...Bla bla bla....ok lah jom tgk N3 kali ni...Laksa Penang yg akak buat utk tetamu yg dtg ke rmh..mmg lama x buat laksa ni..sbb org2 dlm rumah ni lebih suka laksa johor...ada masa nanti akak taip resepi sbb nak buat kek la..brg2 dh siap..layan gambar dulu lah ye..! :-)
Saturday, April 23, 2011
ROTI JALA WITH KARI DAGING
Assalamualaikum...tengah buat pe tu? ooo tgh berehat ye, maklum la baru lepas lunch...dh ada menu utk minum petang nanti?..akak dah siap! lepas masak utk lunch terus buat utk minum petang ..bukan apa tadi masak kari daging so bancuh la tepung utk buat roti jala..nanti boleh cicah dgn kari daging..kiranya 2 in 1 la..kari tu mkn dgn nasi boleh , cicah roti jala pun boleh...Roti jala dah siap buat tapi belum terusik lagi sbb semua masih lagi kekenyangan , nanti2 nak mkn just panaskan kari dan buat teh panas ...selamattt! boleh la relex2 pas niii....:)
Resepi boleh rujuk di sini
Friday, April 22, 2011
MIHUN GORENG SEAFOOD
Assalamualaikum...kalau korang nak tahu, ni la mihun fav my hubby..mihun yg semestinya pedas, kaler merah cili, kalau hitam sbb letak kicap dia x suka..Mihun ni mcm mihun goreng biasa juga cuma lebihkan udang dan sotong..udang tu kalau dapat yg sederhana besar lagi syok makan..sape x suka udang kan!..bila nampak udang & sotong bertaburan dalan mihun tu lagi la berselera nak mkn...!resepi nanti ye sbb nak hntr anak p sekolah ugama jap..!
MIHUN GORENG SEAFOOD
BY: Sofea@after6am
Bahan-bahan:
Mihun ~ rendam dlm air panas hingga lembut dan toskan.
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sb udang kering~rendam sebentar dlm air panas
3-4 sb cili kering kisar
200 gm udang
200 gm sotong
2 pokok sawi~asingkan btg & daun sawi
Taugeh~ buang akar
3 sb sos tomato
garam & gula
Minyak
Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan batang sawi, udang dan sotong. Kemudian masukkan sos tomato , garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan mihun, daun sawi dan taugeh. Kacau hingga semuanya masak , angkat dan bolehlah dihidangkan utk seisi keluarga @ jika ada tetamu yg datang ke rumah.

PUDING BANDUNG HARUM MANIS
Assalamualaikum.... Suka dessert tak? sape la x suka kan...? Nyaman rasa tekak kalau dapat mkn puding yg sejuk2 mcm ni... n3 kali ni akak letak resepi Puding Bandung yg simple..Rasa lemak2 manis ditambah dgn haruman ros & vanila mmg x boleh nak berhenti bila menikmatinya..sesudu2 masuk ke mulut, sedar2 dah licin satu piring...Tak nak cerita panjang2 nak tau sedap ke tak, leh cuba buat..!
PUDING BANDUNG HARUM MANIS
BY: Sofea@after6am
Bahan-bahan:
1 bungkus agar-agar serbuk ~10 gram
1 tin susu cair + air ~ jadikan 1 liter
Gula ~ ikut manis
perisa sirap ros
1 biji telur
1/2 st esen vanila
Cara:
1. Pukul telur + esen vanila, jgn terlalu kembang & ketepikan.
2. Masukkan susu dan air dalam periuk dan taburkan agar2 serbuk. Kacau2kan sebentar hingga agar2 larut dan panaskan atas dapur hingga mendidih.
3. Kemudian masukkan beberapa titik perisa sirap ros dan kacau.
4. Perlahankan api dan tuangkan telur tadi, biarkan mendidih dan bolehlah dimasukkan ke dalam acuan.
5. Biarkan sejuk dan beku , kemudian masukkan dalam peti ais. Keluarkan bila siap utk dihidang. Enak di makan sejuk.

Contoh perisa sirap ros~Google search
Wednesday, April 20, 2011
BAWAL MASAK PEDAS
Assalamualaikum & Selamat petang, Ni lauk lunch tadi,selain sup sayur petola yg kat bawah tu, senang jugak nak masak ni, bahan2 yg digunakan pun x le banyak sgt...Buat My King yg selalu skodeng kat opis apa yg bini dia masak hari ni...jgn susah hati ada lagi ikan bawal tu utk dinner nanti..:)
BAWAL MASAK PEDAS
BY: Sofea@after6am
1 ekor ikan bawal @ lain2 ikan yg boleh dimkn
garam*
serbuk kunyit*
1 sb tepung jagung*
minyak
~ ikan yg telah dicuci lumurkan dgn bahan betanda* ~ goreng hingga garing dan angkat.
Bahan sos:
2 ulas bawang putih~cincang halus
1 btg serai ~titik
3 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
2 sb sos tomato
2 sb sos tiram
asam jawa sebesar ibu jari~ bancuh dgn 3/4 cawan air
garam & gula
1 biji bawang besar ~potong bulat
Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih & serai hingga wangi.
2. Masukkan cili mesin dan kacau hingga cili betul2 masak. Kemudian masukkan air asam jawa, sos tomato dan sos tiram. Biarkan mendidih dan masukkan garam dan gula.
3. Bila kuah dh pekat masukkan ikan yg telah digoreng tadi serta bawang besar, balik2kan ikan dan boleh la dihidangkan. Sesuai utk seisi keluarga mkn tengahari @ mkn malam.

SUP SAYUR PETOLA
Assalamualaikum....sayur yg teramat mudah nak buat, campak2 je dalam periuk dah siap! suka sgt sayur ni, kuah tu kasi banyak, sambil mkn sambil hirup kuah..selain petola, sesuai juga utk labu air, sawi, kobis...apa daun sekentut??...x tau boleh ke tak daun tu buat sup sayur...cuba la dulu jadi ke x..:-)
SUP SAYUR PETOLA
BY: Sofea@after6am
1 biji petola
2 ulas bawang putih~ cincang halus
udang dan sotong~letak la byk mana pun
1/4 batang carrot~ hiris nipis & buat bentuk love :)
1 bungkus kecil su un ~ rendam hingga lembut
cili merah
air secukupnya
garam & gula
Cara:
1.Buang kulit petola dan potong la ikut suka..kalau malas nak potong pun x pa tapi pandai2 lah korang jawab dgn en hb masa menghidang nanti...
2. Panaskan sedikit minyak tumis bawang putih hingga kuning, masukkan petola, carrot dan sedikit air.
3. Bila mendidih masukkan udang , sotong, su un, garam & gula. Tambahkan air lagi jika nak kuah banyak.
4. Akhir sekali masukkan cili merah dan siapppp!

Subscribe to:
Posts (Atom)