Pages

Nuffnang

Wednesday, January 19, 2011

HOME MADE SARDINE

Pernah buat sardin sendiri x?..akak sebenarnya selalu gak buat sardin nii..sejak terjumpa resepi kat blog DTS tu...mcm kata Cik Mat sesiapa yg nak cuba buat mesti ada periuk tekanan @ pressure cooker ye..! mmg best bila dpt buat sardin sendiri, boleh mkn tanpa was-was..ye lah kan mcm2 yg kita dah dengar tentang sardin dlm tin tu...Dh ada resepi ni boleh la cuba2 buat..hasilnya lebih kurang mcm sardin yg kita beli juga..boleh mkn dgn tulang2 sekali..lembut!!



HOME MADE SARDINE
RESEPI: Chef Mat Gebu@DTS
sumber: Sofea@after6am

Bahan-bahan:-
 
700 g ikan tuna (akak guna 12 ekor ikan selayang)
1/2 cawan tomato puree
1/2 cawan minyak masak
25 g bawang putih*
80 g bawang merah*
20 g halia*(dikisar halus)
Garam dan gula secukup rasa
2 1/2 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
  2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
  4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
  5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.

Baru lepas masak, panas2 lagi nii.....kalau rajin boleh buat masak cili @ masak kicap...kalau x nak boleh makan gitu saja..akak nak cicah dgn roti  la...jemput makan! ;)



Tuesday, January 18, 2011

MEE KARI

Spt yg dimaklumkan..org2 kat rumah ni mmg suka makan mee, mee hoon , laksa , kay teow dll yg seangkatan dgnnya...bila dah masak mee x payah masak nasi...senang kan! akak ni kalau masak x suka nak sukat2 main belasah je apa yg ada...so layan je lah ye!



                               .... Bagi sape2 yg nak resepi mee kari boleh rujuk kat sini

MEMANCING DI DAPUR..

Ni la hasilnya bila memancing di dapur...x payah susah2 pasang umpan, tapi kena ada acuan ler..kalau x de pegi beli @ pinjam jiran sebelah..bagi yg pernah buat kulit pai tee mmg seronok la kalau jadi...tapi ada gak yg serik tak nak buat dah...yg jadi senget2 tu biasalah kan!...terus terang cakap akak buat pai tee kali x de satu pun yg rosak..Alhamdulillah, elok je jadi dari mula buat hingga habis..mmg puas hati la.. terima kasih kepada penyumpang resepi.


PAI TEE
Resepi: ILAHJY@ilahmasakanku
Sumber: Sofea@after6am

Bahan-bahan:-
4 sudu besar tepung gandum
¾ cawan tepung beras
¾ cawan air
1 biji telur
Secubit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit air kapur
Gula dan bahan perasa (x letak)

Cara:
1. ayak tepung-tepung dan garam
2. masukkan lada sulah, bahan perasa dan air kapur
3.campurkan telur dan air gaul sebati
4. pukul bahan tadi sehingga kembang dan berbuih
5. peramkan selama 20minit
6. rendamkan acuan  pai tee dlm minyak panas.
7. celupkan dalam bancuhan tepung tadi dan masukkan dlm minyak goreng sehingga garing.

Inti: (my style)
sedikit taugeh
1/2 biji sengkuang -sagat
1/2 batang carrot- sagat
100 gm udang kecil (buang semua kulit)
daun sup/daun bwg
2 ulas bawang putih (cincang halus)
garam & lada sulah
minyak utk menumis
cili merah dan timun ( utk hiasan)

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumis  bwg putih, masukkan sengkuang, carrot, taugeh dan udang.
2. Masak hingga layu sedikit dan tambahkan garam serta lada sulah secukup rasa. 
3. sebelum angkat masukkan hirisan daun sup & daun bawang.
4. Biarkan inti sejuk sedikit dan bolehlah masukkan ke dalam kulit pai tee. Hias dgn cili merah
     & timun di atasnya.
5. Hidangkan bersama sos cili.


Monday, January 17, 2011

PEACH PUDDING

Kes nak habiskan susu cair yg lebih semasa buat roti arab semlm..campurkan apa yg ada kat dapur maka jadi la..puding niii...main campak2 je !


Sunday, January 16, 2011

JOM BERCUTI KE ARAB...

Assalamualaikum Ya Habibi Ya Maulana...kai fahalukum? Ana Alhamdulillah bilkhairrrrr...:) tercakap arab le pulak lepas makan roti arab niiii..hehehe....lama dah x buat roti ni, sbb x masak nasi hari ni tu psal la kena buat sesuatu yg boleh mengenyangkan..mmg kenyang beb! kena 2 biji pun dah cukup...Resepi dan cara buat akak pernah letak kat sini.


MasyaAllahhhh...sedapnyer bila cicah dgn sambal pedas daging..!

Alhamdulillah dengan rezeki  yg Allah kurniakan hari ni..


ROTI ARAB

Bahan-bahan ( 16 biji )

  • BAHAN A :
  • 1 peket (11gm) yis mauripan
  • 1 Sb gula
  • 1/4 cawan air
  • BAHAN B :
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 sk garam
  • 1 sb gula
  • 2 sb marjerin @ mentega
  • 200 ml susu cair
  • minyak utk menggoreng
  • Air secukupnya -masukkan sikit -sikit semasa menguli.

Cara-cara

  1. Penyediaan yis (bahan A): masukkan yis dlm mangkuk + gula + air dan kacau. Tutup dan biarkan sebentar. Yis yg elok ia akan berbuih.
  2. Tepung gandum + gula + garam + marjerin , gaul sebentar dan masukkan bancuhan yis tadi.
  3. Kemudian masukkan susu.sambil tu tambah air sedikit2. Uli hingga jadi doh.
  4. Doh harus lah lembut dari doh roti canai. Tak perlu uli hingga licin spt buat roti2 lain. Tak mengapa jika adunan melekat ditangan,  jgn tambah tepung.
  5. Tutup dengan kain lembab dan perap selama 1 jam.
  6. Selesai perap,tumbuk2 kan doh utk mengeluarkan angin dan bahagikan kepada 16 ketul. Buat bulat2.
  7. Ambil sebiji dan canai. jgn terlalu nipis. agak2 sndir lah ye..!kemudian letak di dlm dulang yg telah ditabur sedikit tepung. canai hingga habis.
  8. Bila selesai semuanya boleh digoreng. Semasa menggoreng simbah2 kan minyak ke atas roti dan ia akan mengelembung. Api jgn terlalu kuat sbb jika minyak terlalu panas roti x sempat kembung.
  9. Alih2 kan roti dan masak hinga kekuningan. Angkat dan toskan. Siap utk dihidang.
  10. Enak dicicah dgn sambal sardin,ikan bilis,kari ayam & daging...SELAMAT MENCUBA..!

Saturday, January 15, 2011

NASI AROMA THERAPY...

Ehhh nasi ape tu..? ala..nasi yg harum dgn aroma serai tuuu...ni la hidangan lunch kita org hari ni...Alhamdulillah, baru lepas mkn...selalu masak nasi putih je..sekali sekala tukar selera dgn nasi lain pula...



NASI SERAI
resipi : K.Nor@SecubitGaram

2 cawan beras ~ k.nor guna beras siam
1/2 labu bawang holland ~ didadu kecil
3 ulas bawang putih ~ ditumbuk
2 helai daun pandan
1 btg kayu manis
5 kuntum bunga cengkih
3 bj buah pelaga
1 kuntum bunga lawang
5 btg serai ~ dititik/ketuk
1/2 kiub pati ayam
garam
air secukupnya
2 sudu besar minyak sapi ~ k.nor guna windmill

Panaskan minyak sapi dan masukkan bawang besar dan daun pandan.
Goreng hingga bawang layu dan wangi, masukkan bawang putih, kulit kayu manis, cengkih, buah pelaga dan bunga lawang.
Masukkan serai.
Goreng lg hingga wangi dan masukkan beras.
Kacau2 sekejap dan masukkan air secukupnya.
Masukkan kiub pati ayam dan garam.
Kacau sedikit hingga semua sebati dan masak lah sehingga nasi masak.

* utk dptkan nasi yg lembut dan gebu, rendam kejap beras yg dah dibasuh bersih lebih kurang 10 - 15 min dan toskan.
 
.....Dh masak  nasi serai tu kena la gu dgn lauk yg sesuai, antaranya....!

kari sotong

 Ayam Bakar Berempah

Salad

Friday, January 14, 2011

MENU ORANG SAKIT..

En suami x berapa sihat hari ni...tu pasal la buat bubur nasi utk dia..nasi direbus dgn hirisan halia, carrot yg dipotong dadu & isi ayam..maka jadi la bubur nasi, dimakan dgn sambal kicap ala nasi ayam Ipoh dan sambal ketuk. Resepi sambal kicap akak ambil dari blog ika sini dan sambal ketuk dari blog Ana Wahid sini




Berselera betul org yg sakit mkn..apatah lagi org yg x sakit..1 mangkuk mana cukup!!