Pages

Nuffnang

Friday, November 2, 2012

PUDING TAUHU

Assalamualaikum 

Baru berkesempatan melepak depan PC...
Alhamdulillah dgn sedikit masa yg terluang cuba mengupdate blog..
Apa2 pun terima kasih kpd sahabat2 blogger yg masih  sudi
melawat blog yg x seberapa ini...
Jom tgk entry utk hari ini.....
Dessert yg simple & menjadi kesukaan ramai ;)
Resepi sebelum ni menggunakan  agar2 tali @ strip - di sini
Tapi kali menggunakan agar2 serbuk - lebih senang kerja :)
Terima kasih K.Nor..kita copy paste je resepi kat sini..

PUDING TAUHU 
resipi original: K.Nor@SecubitGaram
BY : Sofea@after6am

Bahan:
utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidangkan.

Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.


Cuba dulu ..baru tau sedap ke tak..!  :)

2 comments:

  1. Sedapnyaaa... sejuk jer lalu kat tekak kan.. nak ckit...

    ReplyDelete