Pages

Nuffnang

Tuesday, April 5, 2011

KEK PISANG GORENG

Assalamualaikum...kek ni utk minum petang semalam, sbb apa nama kek pisang goreng? sbb pisang digoreng terlebih dahulu sebelum dilenyek, pelik juga kan, seram juga nak buat sbb lagi satu kena guna minyak sederhana panas (suam) dlm hati jadi ke tak kek nii..tapi kalau x cuba macamana nak tau jadi ke x?  Actually dh lama simpan resepi ni..kebetulan ada sesikat pisang  kat dapur..so leh la try buat dan lihat la sendiri hasilnya...!


 KEK PISANG GORENG
 Sumber : Khazaini Khalid
 By : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

250g pisang emas@ lain2 pisang
4 biji telur
3/4 cawan gula castor
2 cwn tepung gandum ~ayak
1 sk baking powder
1 sk soda bikarbonate
1 cwn minyak suam ~guna minyak goreng pisang tadi.

Cara: 

1. Pisang digoreng sebiji2 hingga perang gelap, angkat dan lenyek dgn garfu ~ goreng guna api kecil
2. Putar telur dan gula hingga kembang & putih.
3. Kemudian masukkan pisang selang seli dgn tepung, putar hingga sebati.
4. Akhir sekali tuangkan minyak  & putar sekejap saja ~ akak kaup balik guna spatula.
5. Tuang dalam acuan dan bakar 160'c -40 min @ sehingga masak.
Tips-selepas masukkan minyak dlm adunan tepung, jgn diputar terlalu lama sbb nanti kek bantat.
Note: lain kali buat kena tambahkan sedikit susu cair , sbb bila dh masak kek ni nampak kering skit..!

Monday, April 4, 2011

KERANG MERAH ALA THAI

Assalamualaikum....tengok title kat atas tu mesti dh tau kan resepi sape...yes! resepi dari akak Secubit garam yg mana resepi tersebut telah tersiar dalam Majalah Jelita April 2011..senang je masak kerang ala thai ni..bahan2 pun x banyak...hari ni kalau nak tahu anak sulung akak yg masakkan, t.kasih ye kakak..rajin2 la masuk dapur..esok kita cuba resepi lain pula tau..!



KERANG MERAH ALA THAI
Sumber : K.Nor@secubitgaram

BAHAN-BAHAN:

2 kg kerang
air
garam secukupnya
seddikit minyak
3 ulas bawang putih~ditumbuk
1 biji bawang besar~dipotong bulat
1 sb besar cili kisar
2 sb sos tiram
2 sb sos ikan
3 sb sos tomato
sedikit garam
sedikit gula
daun sup & daun ketumbar~ dihiris

Cara:
1. Rebus kerang bersama sedikit garam hingga masak dan toskan. Ambil isinya.
2. Panas sedikit muinyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar sehingga wangi masukkan cili kisar.
3. Masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
4. Masukkan isi kerang bersama bawang besar yg dihiris, kacau dan masukkan garam & gula.
5.Jika mahu sedikit berkuah tambah air bersama sos tomato.
6. Tabur daun sup & daun ketumbar.

Tambah 2 biji cili padi yg diketuk jika ingin pedas lagi..
Menu sampingan sayur lemak bendi dgn udang.

Sunday, April 3, 2011

BUBUR JAGUNG

Dessert utk minum petang...menu yg mudah dan ringkas!


BUBUR JAGUNG
By: Sofea@after6am

Bahan-bahan:
3 Tongkol jagung
gula secukup rasa

2 sb sagu 
santan
secubit garam
satu helai daun pandan
cara:
1. hiris isi jagung dan rebus hingga empuk.
2. Kemudian masukkan daun pandan ,sagu,  gula, santan dan secubit garam.
3. kacau hingga mendidih dan bolehlah  diangkat.
4. Siap utk dihidang.
  

Kan dah kata senang je nak buat!
Jom makan....!

Friday, April 1, 2011

LAKSA JOHOR

Assalamualaikum...Eh x pe kan! org Penang tapi suka laksa Johor...Bukan kata laksa johor sj..laksa negeri2 lain pun suka..janji laksa! sapa lagi yg suka laksa Johor..jom jadi geng! x payah cakap banyak lah, tgk resepi, cari bahan2 & boleh la buat sendiri..dapat mkn puas2..! Resepi boleh rujuk kat Myresipi~Laksa Johor Ori~ T.kasih Freeda 3210.

Laksa Johor best sbb guna spaghetti , timun pula disagat memanjang

Taugeh tu jgn celur, letak banyak2..kruk kruk bunyi masa gigit..i like!

daun kesum, daun selasih & limau nipis @ kasturi sbg penambah selera

tunggu apa lagi , senduk la kuah yg dh siap masak tu...

sambal jgn lupa..jemput makan...!

......sape nak tau cara makan laksa Johor boleh baca di sini.

Thursday, March 31, 2011

VANILA SPONGE CAKE WITH BUTTERCREAM ICING

Selamat petang! Byk buat kek hari ni, tadi buat 2 biji utk K.Nor, hehe x de lah kek google je tu..tapi yg ni kek betul tau..buat utk mkn2 sekeluarga sbb baki buttercream semasa buat cupcakes hari tu masih ada lagi..kalau dibiarkan lama dlm p.ais nanti rosak, kan rugi..! so bakar sebiji vanila sponge cake 6'' sapu la dgn buttercream yg ada & dihiasi dgn cooking chocolate serta hirisan badam.

 
Teh O kurang manis dah siap..jom minum petang!

KHAS UNTUK K.NOR ~SECUBIT GARAM~

Khas untuk K.Nor, Selamat ulang tahun yg ke 2 ~Secubit Garam~, Semoga lebih maju lagi di masa2 mendatang..
 
 ...Dan Happy Anniversary yg ke 23 tahun utk K.nor & Suami..Semoga ikatan kasih kekal abadi selamanya serta beroleh rahmat sepanjang perjalanan hidup ini..

MIHUN GORENG

Assalamualaikum..Morning semua! bf apa pagi nii..? semalam mkn roti dgn ommelatte , kelmarin dulu roti dgn sosej..kadang2 roti sapu butter & kaya..tapi x kaya2 jugakk..hehe, ksian En hb & ank2 asyik membaham roti je..so hari ni tukar selera skit..kerja senang je , semua bahan2 dh ada dlm fridge..kita goreng mihun pagi niii..jom sarapan...! :)

letak udang je!

dh siap tu tabur la apa yg ada bg berseri skit!

Bismillahhirrahmanirrahim...:)