Friday, October 14, 2011
KUIH KETAYAP
Assalamualaikum..hari ni b'fast kuih ketayap @ kuih dadar @ kuih gulung, inti dh siap buat semalam, 4.30 pagi bangun blend tepung dan daun pandan..pas tu tidur semula 6.00 pagi bangun dh boleh masak..kalau kuih2 yg guna tepung dibancuh begini seperti roti jala, kuih cara, kuih lompang etc akak suka perap dulu, baru adunan sebati dan nampak cantik bila di masak. Kuih ni kalau beli sebiji 40 sen, kalau buat sendiri modal x de la mahal sgt dan lagi satu sekali buat dapat byk, boleh makan ulang2, buat bekal utk hb dan anak2 pun boleh. Memandangkan masa bancuh tepung dan buat inti main campak2 je so x dapatlah bagi resepi, Insyaallah , next time kalau buat lagi akak sukat bahan2nya. :-)
Thursday, October 13, 2011
MEE KUAH TOMATO
Assalamualaikum..Menu org kurang sihat, x selera nak mkn nasi tapi rasa nak mee..Mee kuah tomato, ala2 mee sup dan ada rasa masam2 tomato..x nak guna mee boleh ganti dgn mihun @ kay teow.
MEE KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am
Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih~ cincang halus
udang@ayam @daging
2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
2 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis
Cara-cara:
1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.

Friday, October 7, 2011
LEPAT LIAT
Assalamualaikum.. Rasa nak makan Lepat Liat, bahan-bahan semua dh ada..daun pisang ambik tepi rumah, kelapa untuk inti dah siap kukur...pengukur tu pinjam kat mak..sebab zaman la ni x byk rumah yg ada pengukur kelapa..termasuk la rumah akak..hehe, Kuih Fav suami dan anak2..lagi pun akak buat kuih sbb esok bercadang nak pi melawat kakak kat matrik..Dia suka sgt kuih ni ! Sebelum buat tanya mak dulu, biasalah kan kuih org dulu2 kena lah tanya pada yg arif...dan mcm biasalah jwpan yg mak kita beri..masuk tu sikit masuk ni sikit...tak de sukatan...Alahaii balik rumah buat sendirilah..Mula tu rasa renyah jg nak buat kuih ni..sbb kena ambil daun pisang pas tu layur, cuci, gunting, sapu minyak..kelapa pl kena kukur..akak guna kelapa tak terlalu tua..yg sedang molek utk buat inti..masak air gula bla bla bla...Alhamdulillah, ini lah hasilnya..lepat liat yg tak liat tapi lembut je masuk mulut, dgn inti yg lemak2 masin..feh! mmg puas hati lah..sape2 yg nak cuba ni akak letakkan resepi ;)
LEPAT LIAT AFTER6AM
Sumber : My Mom
By : Sofea@after6am
A) 150 gm gula merah
2 sb gula putih ~ nak manis tambah lagi
1 cawan air
1/ 2 cawan santan
1 helai daun pandan ~ simpul
B) 300 gm tepung pulut
1 Biji kelapa parut putih + sedikit garam (inti)
Daun pisang secukupnya, layur dan sapu minyak
Cara: (A) Masukkan gula merah, gula putih, daun pandan dan air ke dlm periuk, masak hingga semua gula larut dan mendidih, perlahankan api dan masukkan santan, kacau2 sebentar dan bolehlah diangkat. Tapis air gula tadi dan sukat sebanyak 1 1/3 cawan. Jika ada air gula lebih boleh di simpan utk kegunaan lain.
B) Masukkan tepung pulut ke dalam bekas dan tuangkan sedikit2 1 1/3 cawan air gula tadi. Gaul hingga sebati . Adunan nampak lembik sedikit tapi x mengapa sbb kita perlu perap adunan ni selama 1/2 jam.
Adunan akan jadi keras sedikit selepas di perap dan bolehlah di canai di atas daun pisang yg telah disapu minyak. Letakkan inti kelapa dan lipat kemas seperti membuat lepat pisang. Buat sehingga habis dan kukus selama 25 -30 min. Dh siap boleh lah diangkat dan hidangkan utk seisi keluarga. Selamat Mencuba !

Suka letak inti banyak2..
Jemput makan!
ooo La ni baru tau, makan time panas lepat ni rasa lembut, kalau mkn bila dh sejuk baru rasa liat2 skit..mcm rasa dodol, sbb tu namanya lepat liat..;)
ooo La ni baru tau, makan time panas lepat ni rasa lembut, kalau mkn bila dh sejuk baru rasa liat2 skit..mcm rasa dodol, sbb tu namanya lepat liat..;)
COKODOK PISANG
Assalamualaikum & selamat pagi...Cokodok also called cucuq kodok @ nama yg sopan Jemput-jemput pisang sbb menggunakan pisang, kalau guna bawang jadilah jemput2 bawang + ikan bilis @ udang..x kisah lah korang sebut apa pun yg pasti cokodok is forever fav in my house..
Senang dan mudah membuatnya, kalau ikut cara akak cuma 3 bahan yg diperlukan, pisang yg dh ranum, tepung dan gula..tak suka letak soda bikarbonat @ telur. Selalunya buat cokodok ni x pernah ikut resepi, bergantung pada kuantiti pisang yg ada, ramas2 pisang hingga hancur dan masukkan tepung sikit2 , kena pandai agak la tepung ni, kalau byk keras pula dan kalau sikit tepung lembik dan berminyak x sedap nak makan..gula pula ikut manis sendirlah
Bagi anak2 yg nak try buat cokodok, lepas dh siap bancuh..try goreng sebiji dua dulu..angkat dan rasa pas tu boleh la tambah apa yg kurang. Jgn kata senang je buat cokodok..belum cuba belum tau..kadang2 ada jg yg failed ! :D

Thursday, October 6, 2011
NASI MINYAK BERIANI
Assalamualaikum..korang pernah dengar or makan tak nasi minyak beriani ? Actually akak pun x pernah makan..hehe, ni ceritanya..mula2 tu nawaitu nak masak nasi minyak , dah siap semua bahan time nak menumis terpandang lak rempah beriani, so ambil 2sb rempah bancuh ngan air terus masukkan dalam tumisan dan masaklah macam kita masak nasi minyak biasa..dan inilah hasilnya..nasi yg sedap, lembut dan berbau harum. Nak resepi? Boleh..ni akak serta gambar dan resepi , cubalah kalau nak tau sedap ke tak ? :)
NASI MINYAK BERIANI
By : Sofea@after6am
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi ~ rendam 1/2 jam, bilas & toskan
1 cawan fresh milk
air secukupnya
garam & gula
kismis
utk tumis:
3 sb minyak sapi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 helai daun pandan ~ simpulkan
2 sb rempah beriani ~ bancuh dgn sedikit air
cara:
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan tumis , kacau hingga wangi.
2. Masukkan rempah beriani dan kacau hingga pecah minyak
3. Kemudian masukkan beras, susu, air ,garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kismis.
4. Cara 1-3 akak masak guna dapur biasa, selepas masukkan kismis, kacau sebentar dan alihkan ke rice cooker.
5. Setelah siap masak bolehlah dihidang dgn lauk2 yg sesuai.
Dalca
Ayam Goreng Berempah
Acar Limau ~ mak bagi..

Wednesday, October 5, 2011
KARI SOTONG
Assalamualaikum..Dh lunch? Hari ni akak masak kari sotong , geram tengok sotong2 yg fresh tadi, tu pasal beli 5 ekor ..rasa nak makan kari lak sbb mmg dah lama x buat kari..susah juga kan nak masak sotong, kadang2 keras dan liat tapi akak senang je..nak lembutkan sotong dan mudah dimakan masak dalam pressure cooker..cepat dimasak cepat la boleh makan...Dah x berapa muda ni kena la mkn benda yg lembut2, kang tercabut lak gigi yg dh x berapa nak kuat nii..:)
KARI SOTONG
BY : Sofea@after6am
5 ekor sotong sederhana besar
3 ulas bawang putih ~blend
1/2 biji bawang besar ~ blend
1/2 in halia ~ blend
1 paket kecil serbuk kari daging ~ bancuh dgn sedikit air
1 sb cili kering mesin
2 tangkai daun kari
sedikit kulit kayu manis
2 biji ubi kentang
1/2 batang carrot
1 biji tomato
1 biji cili hijau
santan secukupnya
garam
minyak utk menumis
Cara:
1. Bersihkan sotong - buang dakwat serta semua kotoran yg ada dan buang kulitnya. Gaulkan sotong dalam air limau nipis dan sedikit garam kemudain bilas bersih dan toskan. Terpulang pada citarasa masing2 nak masak sotong sekor2 @ nak kerat2.
2. Panaskan minyak dalam pressure cooker dan tumis bahan yg telah blend, daun kari, kulit kayu manis hingga harum dam masukkan rempah kari & 1 sb cili kering mesin . Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan air secukupnya dan tutup pressure cooker tadi. Tunggu lebih kurang 20 minit , buka tutup periuk dan check sotong tu dh lembut @ belum- jika belum boleh teruskan merebus (bergantung pada saiz sotong, kalau kecil may be sekejap sj)
4. Bila sotong dh lembut masukkan ubi kentang dan carrot - tambah air jika perlu. Bila kentang & corrot empok masukkan santan .
5. Masukkan garam dan akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau. Perlahankan api dan biarkan kari mereneh. Siap utk dihidang dgn nasi putih @ dicicah dgn roti.

Ada sape2 suka janggut sotong?
Cicah dgn roti pun best jg !
OLE-OLE FROM BATAM
Assalamualaikum...Apa khabar semua pengunjung2 blog yg x seberapa ini, Lama giler x update blog..coz KEMALASAN tahap yg tak boleh ditafsirkan...Actually minggu lepas En hb ke Singapore & Batam , so tinggal 2 org je ..tu pasal la jadi begitu malas nak masak..tapi bukan x masak k..cuma masak biasa2 je! Ni la ole2 yg di bawa balik oleh En hb dari sana..4 biji kek pisang yg di beli di Batam. Mula tu bila dengar kek pisang, alahai mcm biasa je dan boleh buat sendiri tapi bila tengok mak aiiii mcm x percaya lak tu kek pisang..Sayang nak potong rasa nak simpan pas tu hari2 tgk je...hehehe, korang tgk sendiri lah cantik ke tak dan kalau nak rasa kena pi beli sendirlah ye @ leh order di kekpisangvilla.com , kek yg sungguh sedap , moist dan kurang manis.
1) Kek pisang dengan lapisan jem strawberry dan siraman coklat dark n white pada lapisan atas
2) Kek pisang dengan rasa mocca dengan lapisan cream mocca pada bagian dalam serta taburan choc rice pada bhgn atas.
3) Kek pisang yang diselimuti oleh parutan cheese dan jem strawberry pada bhgn dalamnya.
4) Kek pisang yang ditaburi hirisan buah - buahan yang beraneka warna
Subscribe to:
Posts (Atom)