Pages

Nuffnang

Wednesday, May 23, 2012

TIRAMISU

Assalamualaikum

Sekejap je masa berlalu, bulan Rejab datang kembali menemui kita, bulan ketujuh dalam kalendar islam adalah salah satu bulan yg mulia dan byk keistimewaannya..sama2 lah kita rebut peluang yg ada dgn memperbanyakkan amalan, memohan keampunan dari Allah kerana bulan rejab adalah bulan keampunan, berpuasa sunat dan sebagainya..Tentu ramai yg mengambil kesempatan berpuasa sunat pada 1 rejab semalam.. .
Ni la dessert utk berbuka semalam, actually nak habiskan biskus tiramisu yg dh lama betapa dlm almari...kalau sebelum ni buat lapis dgn strawberry & mango tapi kali buat plain je x letak apa2 filling..just lapis krim dgn biskut yg celup dlm bancuhan nescafe..masih menggunakan resepi Rabiatun@sweettouch . Tq Tun ;)



 STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
RESEPI : Rabiatun
SUMBER: K.Nor@SecubitGaram
SUMBER : Sofea@after6am


Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling ~ akak guna strawberry & mango filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit ~ x letak
sedikit parutan kulit lemon ~ optional ~ x letak

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry  @ strawberry segar

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
6). Boleh terus dimakan @ sejukkan dulu dalam p.ais selama 2,3 jam. Mmg enak dimakan ketika sejuk.
** biskut tu celup sekejap dalam air bancuhan nescafe sebelum disusun dlm cup.
 


14 comments:

  1. cantiknya lapisan tu.. nak korek mesti pelan2 takut merosakkan strukturnya tukan, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. sari yusa ibrahim..korek cam biasa je, xpe sbb krim tu akan keras bila sejukkan dlm peti ais, tiramisu ni lebih sedap di mkn bila sejukkan terlebih dahulu..;)

      Delete
  2. sedapnyaaaa kak nak sekut berapa balang? muahhhaa tokey biskut duk buat lawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. mimi, berapa balang pun x kisah, janji ada bskut balang kosong x nak..! :)

      Delete
  3. salam kak pia.. sedapnyer tiramisu! dh lama tun x buat. cantik je akak susun.

    ReplyDelete
  4. Salam Sofea :)

    lama tak kemari :)
    cantik jer kejadian tiramisu.. nk cikit!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam mama hawa..tq sudi singgah sini :)

      Delete
  5. Assalam sofea,
    sedap nampak tiramisu ni..pernah buat dulu tapi rasa2nya recipe yg lain lah..
    itu pun sebab ada guest datang..kalau buat makan2 gitu aje kita sorang ajelah yang makan..

    sofea kita dah cuba recipe sofea yang kat myresipi tu daging tumis pak andam..sedappp sangat terimaksih ya kerna berkongsi recipenya tu..my family suka..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, Tq Ayu sbb cuba resepi tu..sy pun dh lama buat, ;)

      Delete
  6. Huhuh besnya ada tiramisu!!! Sedap dan sungguh menawan....;)

    ReplyDelete
  7. Nyaman je bilapandang tiramisu nie..sesuai ngan cuaca yg agak berbahang sekarang ni walaupun kekadang mendung, tp hujan tak kunjung tiba..

    ReplyDelete
  8. Rohah, t,kasih sudi singgah sini ;)

    ReplyDelete