Pages

Nuffnang

Wednesday, November 30, 2011

NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN

Assalamualaikum..Dah lama jg x update blog, cepatnya masa berlalu, sedar x sedar dh 5 hari kita melangkah ke tahun baru 1433 Hijrah..Semoga kehidupan kita akan bertambah baik & bertambah lagi ibadah sbg bekalan utk kehidupan yg abadi...Alhamdulillah semalam sempat menyiapkan tempahan muffin, kali ni mencuba resepi  Nigella's Chocolate Chips Muffin, Terima kasih kpd K.Nor yg banyak memberi tunjuk ajar utk menghasilkan muffin yg terbaikk., ramai juga yg telah mencuba resepi ini dan memang tidak menghampakan, mmg sedap & penuh dgn rasa coklat..:)

NIGELLA'S CHOCOLATE CHIPS MUFFIN
(recipe souce : adapted from SSB with minor changes)
source : Sofea@after6am
*makes 12-14 muffins

250g plain flour
2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda ~ k.nor letak secubit jer
2 tbsp good quality cocoa powder
170g caster sugar ~  k.nor guna 150gm
150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips)
200ml milk
80ml vegetable oil
1 large egg
1 tsp pure vanilla extract

Method
1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c).
2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well.
3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well.
4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy.
5. Spoon the batter into paper muffin cases.
6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.


Friday, November 18, 2011

SMECC ~ SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum...Birthday cake  utk anak saudara , Muhammad Adha yg menyambut hari ulang tahun yg ke 10.. "SMECC" diringkaskan sbb panjang sgt (sorry Dayang!) , sebiji kek yg mmg sedap, moist dan sesuai utk  sesiapa  yg mengamakan diet sihat kerana tidak menggunakan sebiji telur pun..suka buat kek ni sbb main gaul je smua bahan  tak perlu guna mixcer, biasalah org kurang rajin mcm akak ni , semua kerja nak yg ringkas2 je..Resepi dari Dayang- DapurKu Sayang , Thanks Dayang! Sape2 yg ingin mencuba, amatlah dialu2kan,  hasilnya pasti tidak mengecewakan..;)

Super Moist Eggless Chocolate Cake
Resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
By : Sofea@after6am

bahan-bahan : loyang 6-7 inci

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko  (DJ guna Cap Kijang)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1  1/4 cawan air sejuk (dari peti ais)
  • 1 cawan gula perang
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung atau mentega cair
  • 1 sudu kecil cuka atau jus lemon
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga. 
  2. Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
  3. Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
  4. Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau hingga masak. 
  6. Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.

Thursday, November 17, 2011

DAGING MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum..Daging korban masih ada lagi, nak masak apa erk? So ronda2 cari resepi & terjumpa lah satu resepi yg berkenan di hati sbb nampak sedap dan bahan2nya mmg dh ada kat dapur. Suami & anak2 suka daging di masak style gini, ada rasa2 kicap dan sedikit pedas. Resepi dari dapur Ummi Kuantan, dan pernah juga dicuba oleh kak Nor Secubit Garam, sedapkan kan K.Nor ! Terima kasih kepada penyumbang resepi yg enak ini...;)


DAGING MASAK KICAP PEDAS
SUMBER : ummizaihadi-homesweethome
BY :  Sofea@after6am

Bahan: ( 5- 6 orang)
  • 400 gm daging batang pinang - dihiris nipis, dibersihkan.
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk dan Tumis:-
  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan daging, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar daging mesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan jika daging belum empuk tambah sikit air lagi.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila daging telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau layu sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...

Wednesday, November 16, 2011

LAKSA SARAWAK

Assalamualaikum..Pernah makan Laksa sarawak? @ teringin x nak rasa Laksa sarawak, jemput la mai rumah ..hari ni akak masak laksa sarawak..nak habis kan stock pes laksa sarawak Hj Manan yg akak beli semasa pegi Kuching baru2 nii..Dah pernah buat sebelum ni, untuk resepi leh jg rujuk kat sini.

LAKSA SARAWAK
 
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 

Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
~ bagi sesiapa yg tak pernah rasa laksa sarawak ni, cubalah sekali ...pasti tidak mengecewakan dan nak lagiiii...!
 
 

Monday, November 14, 2011

MEE REBUS AFTER 6AM

Assalamualaikum..Menu semalam, ada banyak cara utk masak mee rebus, dan ini adalah cara dan bahan2 yg selalu akak gunakan utk buat mee rebus..lebih pekat dan manis kuahnya kalau kita gunakan ubi keledek  berbanding ubi kentang, udang kering tu akak goreng tanpa minyak (sangai) kemudian blend..ini menambahkan lagi harum kuah mee tersebut.




RESEPI MEE REBUS AFTER 6AM
BY: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:
1/2 kg daging~ hiris nipis dan rebus, air rebusan jgn dibuang
1/2 kg keledek oren @ kentang~ potong dan rebus hingga empuk, blend.
cili kering mesin ~ ikut pedas
1 genggam udang kering~ basuh, tos & goreng tanpa minyak , blend.
1/2 cawan kacang tanah~goreng tanpa minyak, buang kulit, blend
1 labu bawang besar ~ blend
4 ulas bawang putih ~ blend
4 ulas bawang merah~ mayang
3 ulas bawang putih ~ mayang
air asam jawa
garam dan gula
air secukupnya
minyak utk menumis

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
1 kg mee kuning ~ celur
50 sen taugeh~ buang akar,  celur
5 biji telur ~ rebus
2 biji kentang ~ rebus
2 keping tauhu~ goreng
daun sup & daun bawang
cili merah & cili hijau
limau nipis @ kasturi
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih yg telah dimayang hingga kekuningan, masukkan campuran bwg besar , bwg putih yg diblend dan cili kering kisar, kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan daging , daging dan ubi keledek yg telah diblend dan tambahkan air mengikut pekat mana kita nak kuah tu. Masukkan gula , garam dan air asam jawa. kacau dan biarkan hingga mendidih. kemudian masukkan kacang tanah yg telah diblend halus.
3. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
4. Hidangan: Masukkan mee dalam mangkuk , taburkan bahan2 sampingan dan tuangkan kuah, sedia utk dinikmati bersama seisi keluarga.


Friday, November 11, 2011

SUP TULANG + DAGING KORBAN

Assalamualaikum..Hari ni 11/11/11..kembali bersiaran setelah sekian lama jg menyepi  tanpa berita, bukan apa lepas raya tuan rumah demam, batuk selsema, sakit satu badan..nak kata buat kerja teruk x de lah jugak, kerja macam biasa je..surirumah katakan..apa kerja yg kita x buat..semua kita kena buat...may be Allah nak nak suruh rehat kot..tu pasal Dia bagi kita sakit...sakit2 pun masak tetap kena masak..dh habis masak makan ubat terus tidur, sakit2 mcm ni mmg tak selera nak mkn..ok lah ni menu lunch kelmarin..buat sup tulang + daging korban.




SUP TULANG + DAGING KORBAN
BY: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
Tulang dan daging secukupnya
1 paket kecil pempah sup ( akak guna rempah sup Mak Siti)
1 ketul sup bunjut ( Adabi)
1/2 in lengkuas ~ ketuk
1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang & 2 buah pelaga
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air secukupnya
garam dan gula

BAHAN MESIN:
1 Biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 in halia

SAYUR2AN:
1/2 batang carrot
3 biji kentang
1 batang celery
daun sup & daun bawang

Cara:
1. Sebab akak masak guna pressure cooker so masukkan semua bahan2 di atas kecuali sayur2an dan rebus hingga daging empuk.
2. Bila daging dh empuk, masukkan kentang dan carrot. Rebus seperti biasa x perlu tutup dgn penutup pressure cooker. rebus hingga kentang dan carrot empuk. kemudian masukkan celery.
3. Bagi yg tak ada pressure cooker bolehlah rebus daging dgn api sederhana supaya daging cepat empuk.
4. Semasa menghidang masukkan sup dalam mangkuk dan taburkan hirisan daun sup/ daun bawang & bawang goreng.

Tuesday, November 1, 2011

KARI UDANG DENGAN NANAS

Assalamualaikum..Dah masuk bulan november, lately agak bz sikit sampai x sempat nak update blog..berbalik pada menu hari nii..lunch tadi masak kari udang dgn nanas, setengah org sebut kari dan bagi org2 utara depa sebut gulai..bagi akak kari @ gulai tu sama je cuma sebutan je lain...sebab masak menggunakan rempah dan santan..dan bagi sesetengah orang ada gulai yg dimasak dgn cara menumis dahulu rempah2nya dan ada yg dimasak dgn cara merebus rempah dgn bahan2 yg lain kemudian last sekali baru ditumis @ di sebut juga tumis darat. Ok jom tengok gambar &  resepi kari udang akak hari ni...:)



KARI UDANG DENGAN NANAS
BY : Sofea@after6am


BAHAN-BAHAN:
10 Ekor udang saiz besar - potong bahagian jagggut dan ekor
1/2 biji nanas ~ potong sederhana tebal
2 paket kecil rempah kari udang ~ bancuh dgn sedikit air
santan secukupnya
garam
2 tangkai daun kari
1 biji cili muda  
sedikit  daun bawang
minyak untuk menumis


bahan tumbuk :
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia


Cara:
1. Panaskan minyak,  tumis bahan tumbuk dan daun kari hingga wangi, masukkan rempah. Kacau hingga rempah masak dan naik minyak.
2. Kemudian masukkan nanas dan 1/4 cwn air biarkan mendidih dan bolehlah masukkan udang.
3. Masukkan santan serta garam secukup rasa. kacau hingga mendidih dan kecilkan api biar kuah mereneh.
4. Akhir sekali sebelum angkat masukkan cili muda dan hirisan daun bawang. Sedap dimakan dgn nasi putih @ dicicah dgn roti.