Pages

Nuffnang

Tuesday, December 21, 2010

AMERICAN CHEESE CAKE

Cheesecake ni buat sempena b'day my hubby pada 17 dec yg lalu..baru sambut semlm sbb pada hari tu kitaorg g holiday..so terpaksa la postpone...pe2 pun Happy birthday my dear..semoga pnjg umur, murah rezeki dan semakin tabah menghadapi cabaran & dugaan dariNya..Setiap kali b'day kek ni le yg akak buat, sbb dia suka cheesecake..:) Resepi akak pernah letak kat sini 


American Cheese Cake
Souce : Majalah saji
Bysofea@after6am 


BAHAN DASAR/ BAWAH:
250 gm biskut marie (hancurkan)
100 gm mentega ( cairkan )

BAHAN KEK :
500 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
150 gm krim putar ( putar hingga gebu )
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara-cara:

Utk dasar: Gaul biskut dan mentega cair dan mampatkan dlm acuan kek ( guna acuan spring foam) . Sejukkkan dlm peti sejuk hingga keras.  Utk adunan kek:
  1. Putar cream cheese dgn gula kastor hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul setiap kali telur dimasukkan.
  3. Masukkan jus lemon,kacau rata.
  4. Kemudian masukkan krim putar yang telah dipukul hingga gebu terlebih dahulu.
  5. Tuangkan adunan dlam acuan yg telah diletakkan dasar tadi.
  6. Bakar selama 1 1/2 jam -suhu 150'c secara steam bath. Bila dh masak jgn terus keluarkan, biarkan kek sejuk dlm oven dgn cara merenggangkan pintu oven.



1 comment: