Pages

Nuffnang

Friday, November 9, 2012

LAKSA SARAWAK

Assalamualaikum..

Anda pernah mkn laksa sarawak?
Teringin nak rasa?
Tak ada pes nak buat?
Anda x perlu ke Sarawak utk merasanya..
Boleh masak di dapur sendiri walau x ada pes..
Ikut resepi yg diberi oleh Dayang...
Akak dh byk kali buat, boleh tgk di sini & di sinun..:)


PES LAKSA SARAWAK

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama. 

Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
 SELAMAT MENCUBA..!

7 comments:

  1. salam kenalan kak..zila folo akak eh..dapnye kan laksa sarawak nih..kt umah ni ada 2 bungkus MIL bg rempah tp tak terbuat..hai lama nya xmakan..

    ReplyDelete
  2. waduh nmpak sedap banget laksa sarawak nih..akak selalu mamam yg beli jek..bak semangkuk ada lg x??

    ReplyDelete
  3. alahai... terliur kita dibuatnya... nak juga!

    ReplyDelete
  4. Salam Maal Hijrah Sofea.
    suka juga laksa Swak to dah lama tak mkn . resepi pes dah lama print entah bila nak buat...

    ReplyDelete
  5. salam kenal... best nye. selalu jumpa resepi yg guna pes instant. nnt leh try resepi ni.

    ReplyDelete
  6. Kalau takde paste laksa Sarawak tapi nak buat dgn segera. Contact saya dod75@hotmail.com untuk dapatkan paste Laksa Sarawak Hj. Manan

    ReplyDelete