Pages

Nuffnang

Wednesday, November 16, 2011

LAKSA SARAWAK

Assalamualaikum..Pernah makan Laksa sarawak? @ teringin x nak rasa Laksa sarawak, jemput la mai rumah ..hari ni akak masak laksa sarawak..nak habis kan stock pes laksa sarawak Hj Manan yg akak beli semasa pegi Kuching baru2 nii..Dah pernah buat sebelum ni, untuk resepi leh jg rujuk kat sini.

LAKSA SARAWAK
 
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 

Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
~ bagi sesiapa yg tak pernah rasa laksa sarawak ni, cubalah sekali ...pasti tidak mengecewakan dan nak lagiiii...!
 
 

6 comments:

  1. salam kak sofea.. ilah amat suka laksa ni..sbb ilah suka rasa2 rempah tuuu.. pernah oder dlm tenet pes hj manan tuuu cuma agak pedas sikit...tapi mmg kelasss sedap anak2 semua suka...

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Sheila..pernah makan sekali laksa ni, beli kat pasar malam suatu masa dahulu...Sekarang orang tu dah tak niaga kat situ lagi...Sedappppp

    ReplyDelete
  3. jenjalan kucing rupanya kak pia...saya tang nak buat pes yg malas...kalau la dpt sebungkung pes dari kak pia kan bagus..hahhaha

    ReplyDelete
  4. Kakkkk cheq punya pes duk jadi pes lagi muaahhhha pesan beria2 ,insyaAllah hujung minggu ni boleh try

    ReplyDelete
  5. pes pia bagi aritu tak terbuat pun lg... ingat nak buat masa naim ada baru2 ni.. dia lak tak berapa nak makan tu yg tak jadi buat.. ni dia dah balik ke kolej.. tengok la kalau rajin minggu dpn buat insyaallah.. :)

    ReplyDelete
  6. ooo k.nor & mimi x buat laksa ni lagi ka? ingt ka dh buat..hehe x pe, pes tu tahan hingga tahun 2012.

    ReplyDelete