Pages

Nuffnang

Tuesday, December 21, 2010

KUIH PUTERI AYU

Puteri ayu...ayu ke..???  mmg ayu..sedap beb!..gebu dan ringan je..x macam yg kadang2 beli..rasa kureng skit..tu la lain kali buat sndiri tau...!

Puteri Ayu
Resepi:  Dari Kelas masakan
sumber:sofea@after6am
  
Bahan-bahan :-
 (A)
1 biji kelapa parut (putih)
1 sb tepung ubi
sedikit garam
acuan 
minyak
(B)
250 gm tepung gandum
1 st baking powder 
280 gm gula
4 biji telur (sejuk)
1 sb ovallate
250 ml pati santan ( akak guna santan kotak 200ml + 50ml air)
pandan paste (ikutla nak hijau mcmana)

cara-cara:
  1. Sapu acuan dgn sedikit minyak. Kelapa digaul dgn tepung ubi dan sedikit garam.
  2. kemudian ambil sedikit kelapa tadi dan tekan2 kedlm acuan.
  3. Ayak tepung gandum+ baking powder. ketepikan.
  4. Pukul telur + gula + ovallate hingga betul2 kembang.
  5. Perlahankan mixer masukkan tepung selang seli dgn pati santan.gaul hingga semua sebati dan masukkan pandan paste.
  6. Panaskan periuk pengukus dan masukkan acuan yg telah diletak kelapa. kukus 5-10 minit.( utk mengelakkan kelapa cepat basi)
  7. Selepas itu tuangkan adunan tepung ke dlm acuan. kukus lagi selama 15 minit. (Tutup penutup dgn kain utk mengelakkan air jatuh ke atas kuih)
  8. Hidang panas2, sesuai utk b'fast @ minum ptg.
p/s.. satu adunan tu boleh dpt byk so try 1/2 adunan dulu.





1 comment:

  1. ayu sungguh kuih ni. brapa minit pukul tuk pastikan ia betul2 kembang?

    ReplyDelete