Pages

Nuffnang

Friday, February 24, 2012

DONUT KENTANG

Assalamualaikum..Sape2 pun suka mkn donut, byk resepi2 donut yg kita jumpa di intenet tapi kali ni cuba resepi donut kentang dari   Ros @ Jintanmanis.com..sedap , gebu dan lembut walaupun dh sejuk.

DONUT KENTANG
Sumber resepi:  Rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahanya :
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2  sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya :
 1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

6 comments:

  1. cantik n gebunya donut tu.. geram diana tgk..

    ReplyDelete
  2. Agreed with sis Diana, doughnuts are looking so soft! Feel like grabbing all :)
    Happy Birthday dear!

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Sofea...wahhh montok2 nya donut akak ni...Klu resipi Kak Ros pasti jarang mengecewakan..betul tak....

    ReplyDelete
  4. Salam, saya dah try resipi akak.. memang BEST!!
    gebu & lembut sgt. Saya canai & guna acuan donat
    ThankU for sharing the resipi

    ReplyDelete
  5. Askum..saya baru nk try buat DK nii..Harap2 jadi bleh buat mnum ptang! ;-)

    ReplyDelete
  6. Jadi..sdah makan DK.. Ermmmm!!!! sedap dn gebussss!!! tq fr resepi..kenyangggg!!! ;-)

    ReplyDelete