Pages

Nuffnang

Sunday, October 13, 2013

LAKSAM

ASSALAMUALAIKUM...

Ni la hidangan Pantai Timur yg menjadi fav kami seisi keluarga selain nasi kerabu & Nasi Dagang..
Nampak mcm susah nak buat tapi bila dh try mudah je buat laksam ni..
Yg penting rajin dan bersemangat utk mencuba sesuatu yg baru..
Terima kasih kepada penyumbang resepi yg enak ini.. Yani @ myresepi
Dan ini lah hasilnya.... kalau teringin boleh lah cuba..!

LAKSAM
SOURCE : Yani @ myresepi
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan :

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandm
4 cawan air suam
Minyak masak - utk. disapu pd loyang

cara :
1. Panaskan kukusan
2. Gaul semua bahan di atas & tapis
3. Sapu loyang @ tutup periuk dgn sedikit minyak utk mengelak dari melekat.
4.  Ambil sedikit adunan dan ratakan di atas loyang kemudian kukus hingga masak.
5. Bila dh masak keluarkan,  biar sebentar & bolehlah digulung
6. Buat hingga habis adunan yg dibancuh tadi.

 Bahan Kuah :

1/2 kg ikan selayang @ kembung @ tenggiri
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit halia
1 sk lada hitam - tumbuk halus
4 keping asam keping
3 cawan santan pekat
Garam & gula

Cara :
1. Rebus ikan dgn sedikit garam dan asam keping.
2. Ambil isi ikan dan air rebusan jgn dibuang.
3  Kisar isi ikan, bawang dan halia
4. Masukan bahan kisar, santan, air rebusan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih & pekat.

Sambal :

4 biji cili merah
sedikit cili padi
sedikit belacan
garam & gula
limau nipis @ kasturi
_ blend @ tumbuk, tambahkan garam & gula serta perah air limau.

Ulam :

Taugeh - buang akar
Timun- hiris halus
Kacang panjang - hiris halus
Daun kesum
daun pudina

Cara menghidang : Masukkan Laksam ke dalam mangkuk, taburkan ulam, tuang kuah & enak di makan dgn sambal belacan serta perahan asam limau.

 Sedak weii..dok rugi ambe cube..:)


1 comment: