Pages

Nuffnang

Friday, May 25, 2012

KUIH KASWI GANDUM

Assalamualaikum..

Ramai yg suka makan kuih kaswi kan!  Ni akak buat petang semalam, resepi dari Chef yg terkenal, Kak Hanieliza..bila blogwalking ramai yg telah mencuba resepi ni..salah satu kuih fav keluarga, kuih yg sedap, lembut dan laju je turun ke tekak..sape2 yg teringin nak mkn leh cuba buat dan hasilnya pasti tidak mengecewakan...!


KUIH KASWI GANDUM
RESEPI : Chef Hanieliza
SUMBER : Yatie , Izah , Mas , Anna, HaSue

Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
  1. Masakkan semua dan sejukkan
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi. 
* kelapa parut + garam tu akak kukus sebentar supaya tahan lama / x basi. 

11 comments:

  1. Salam kak pia ^^ ni antara kuih kegemaran tun.. suka sgt makan, letak kelapa byk2. sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam Tun..samalah kita, kuih fav akak juga nii ;)

      Delete
  2. Salam Sofea :)

    Mama pun baru jgk buar 2-3 ari yg lps..
    mmg resipi dari chef hanieliza best2x..

    nmpk kat blakang tuh ada byk lagi... bak mai sepiring!! hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..o ye ke mama pun dh buat juga erkk..mmg sedap kan resepi
      dari chef hanieliza ni kan!

      Delete
  3. Assalam Sofea...akak baru tau yg Sofea baru menjalani pembedahan rupanya, patutlah lama menyepi... Alhamdulillah segalanya selamat dan semoga cepat sembuh seperti sediakala...amiinn.. Akak pun baru rasa nak buat kuih kaswi ni...dah lama x buat....tadi masuk dapur Chef Hanieliza sendiri pun dah buat lagi...mana boleh jadi nih...mesti piliiihhh! hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam..Alhamdulillah dh senakin sihat..
      ummi, buat jgn x buat, sedap taw kuih nii..:)

      Delete
  4. kaswi nie mmg fav saya.....kalau dulu2 masa sek ada belajar SRT,belajalah buat kuik nie,bila dh abis sek,lupa pulak resepinya...sib baik ada En Google....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Myda, t.kasih kerana sudi singgah sini, sekarang ni mudah je nak masak, semua di hujung jari..:)

      Delete
  5. Salam Sofea. Cantik kejadian kuih ni. Buat Along teringin jer.... minta seketoi buat buka pose harini boleh...hehe.

    ReplyDelete
  6. Assalam sofea,
    kaswi gandum ni memang sedap sangat..kita pun suka..
    tengok kuih sofea ni menjadi betul..!!

    ReplyDelete
  7. dgn gula merah aje hasil kuih segbegitu? no pewarna used?

    ReplyDelete