Pages

Nuffnang

Friday, February 24, 2012

NASI KERABU TERENGGANU

Assalamualaikum...Baru berkesempatan mengupdate blog, minta maaflah sebab bila melawat ke sini tak ada entri terbaru..Nasi kerabu ni pun dh lama buat ..nasi fav suami dan anak2, kat Penang ni susah nak jumpa orang jual nasi kerabu so bila mengidam nak mkn tu kena la masak sendiri...Resepi  dari Blog Noorma Musa ~ Secubit Garam Sesudu Gula..Terima kasih kepada penyumbang resepi..tak de lah susah mana nak buat nasi ni walaupun banyak bahan yg diperlukan..


NASI KERABU TERENGGANU
SUMBER : http://www.freewebs.com/resepi_pilihan/nasi.htm
SUMBER : http://hanamemories.blogspot.com/2009/03/nasi-kerabu.html

UTK NASI
  • 3 cawan beras 
  • 4 cawan air @ bergantung pada beras yg kita guna
  • 1 batang serai dketuk
  • 10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya. ( x letak sbb x de)
  • sedikit pewarna biru
> Beras dbersihkan dan dimasak seperti biasa bersama2 serai, air bunga talang dan pewarna biru.

Utk Sambal Kelapa/Ikan
  • 1/2 biji kelapa parut - ditumbuk sedikit 
  • 2-3 ikan kembung/selayang - dipanggang
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5cm halia
  • 1 batang serai - hiris
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
> tumbuk bawang merah,halia,serai dan lada hitam.kemudian masukkan isi ikan dan tumbuk sampai lumat.
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.

Utk Kuah Sambal
  • *5 batang cili kering
  • *5 ulas bawang merah
  • *2 ulas bawang putih
  • *2 inci belacan- bakar dulu
  • *1.5 inci halia
  • 1 batang serai - titik
  • gula merah n serbuk perasa jika suka
  • 2 cawan santan
  • asam keping
  • garam
> tumbuk bahan yg bertanda *.
> didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
> masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.

Utk Solok Lada
  • 10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 4 ulas bawang merah
  • 1.5 cm halia
  • lada itam skit
  • 2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
  • sedikit garam,gula dan perasa
> Tumbuk bawang,lada itam dan halia hingga lumat dan masukkan garam,gula dan isi ikan.
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. * Akak rebus dgn santan.

Utk Daging Panggang - bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka
  • daging lembu gred A @ daging btg pinang
  • garam
  • lada hitam
> gaulkan daging dengan garam n lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!

Ulam-ulaman & bhn lain
  • kacang panjang -
  • taugeh
  • timun
  • daun kesum
  • kubis
  • bunga kantan
  • telur masin
  • keropok ikan
  • sambal belacan

1 comment:

  1. Salam Kak Sofea..sedapnya nasi ni...Suka makan nasi kerabu ngan ikan celup tepung dan solok lada...

    ReplyDelete