Assalamualaikum..
Durian crepe...Durian crepe..Durian crepe...
Satu fenomena yg luar biasa...
Sana sini tgk member2 buat durian crepe..
Ada yg siap bisnez...
Kebetulan musim durian sekarang ni..
so akak ambil kesempatan mencubanya...
pegghhhh, dia punya rasa mmg tak terkata sedapnya..
pasti akan buat lagi dan lagi lepas ni...
RESEPI DURIAN CREPE
by : eyna haneyna
dicuba oleh : zila4ever.blogspot.com
Cubaan pertama : Sofea@after6am
Bahan-bahan-
-20gm tepung gandum
-20gm tepung ubi
-10gm tepung kastard
-10gm tepung jagung
-1 biji telur
-1 sdk myk masak
-1 sdb gula halus
-40ml susu cair
-150ml air
-pwrna kuning
-perisa durian
cara-caranya
masuk semua bahan kedalam mangkuk.sebatikan dengan whisk dan tapis..
kalau pekat tambah air sedikit
boleh jugak blander..cuma sedikit berbuih..kena hilangkan buih-buih itu dahulu.untuk mengelakkan crepe akan berlubang bila banyak buih..
ambil sesenduk kecil..tuang adunan dlm kuali yangg dipegang..
layangkan kuali agar adunan sekata
masak atas api kecil.
masak hingga kering,angkat tak perlu terbalikkn semasa mengangkat.
|
filling
-150ML FRESH CREAM diputar hingga kental..
(boleh mix sekali dgn 2sdb isi durian)
-isi durian..
-letakkan fresh cream letak isi durian ..dan letak lagi fresh cream di atasnya..
-lipat kiri ke kanan dan atas ke bawah..
-siap
Buat sendiri leh letak isi durian byk2..:)