Kuantan hujan mlm ni..malas nak keluar ... beli pizza mkn kat bilik sambil layan bola Malaysia vs Indonesia...akhirnya Tahniah Malaysia! Juara piala suzuki 2010.
Wednesday, December 29, 2010
Dinner mlm ni...
Kuantan hujan mlm ni..malas nak keluar ... beli pizza mkn kat bilik sambil layan bola Malaysia vs Indonesia...akhirnya Tahniah Malaysia! Juara piala suzuki 2010.
Jom cuti....
Friday, December 24, 2010
Nasi Goreng Bunga Kantan
Favourite seisi keluarga, mmg best bila mkn panas2 ditambah dgn aroma bunga kantan & daun kunyit yg di hiris halus..
Nasi goreng bunga kantan
Bahan-bahan ( 3-4 org )
- 3 mangkuk nasi
- 3 s.b udang kering
- 4 biji cili padi..nak pedas tambah lg.
- 2 ulas bwg putih
- 2 s.b cili kering mesin
- lobak merah ..potong dadu
- 4 biji kacang buncis
- 1 kntum bunga kantan ..hiris nipis
- sehelai daun kunyit..hiris halus
- 3 s.b sos tomato
- 3 s.b kicap manis
- isi ayam,udang @ sotong..ikut suka
- garam secukup rasa
- minyak utk menumis
- 2 biji telur
Cara-cara
- Tumbuk/kisar udang kering,bawang putih dan cili padi.
- tumis bhn yg ditumbuk tadi bersama cili kering mesin.
- setelah garing masukkan masukkan isi ayam,udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis.
- kemudian masukkan telur,kacau rata dan masukkan nasi.letak kan garam,sos tomato & kicap.
- setelah masak semuanya,baru masukkan bunga kantan yg telah dihiris nipis tadi.
- siap utk dihidang.makan panas2 dgn aroma bunga kantan yg sggh menyelerakan..
Thursday, December 23, 2010
Mihun Goreng Tomyam
Pernah rasa mihun goreng tomyam tak? kalau x pernah cuba resepi ni..memang best! Resepi dari blog k.Nor secubit garam..minta izin c&p resepi ye k.Nor yang ayu jelita..
MIHUN GORENG TOMYAM
Resepi: SecubitGaramNor67 @ Nor67MyR
sumber: sofea@after6am
Bahan-bahan ( 7 org makan )
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas (x letak, ganti dgn 3sb cili boh)
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong pjg (halus)
carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
2 biji tomato - dihiris nipis2
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi
Bahan-bahan ( 7 org makan )
1 bungkus mihun - rendam, bila lembut, toskan
300gm udang
200gm isi ayam
3 ulas bawang putih - diketuk
5 ulas bawang merah - dikisar
2 batang serai - diketuk sedikit
2 kiub perencah tomyam (maggi/knorr)
cili api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas (x letak, ganti dgn 3sb cili boh)
1 biji telur
3 helai daun limau purut - dicarik2kan
sayur kobis - di potong pjg (halus)
carrot - dipotong pjg (spt btg mancis)
2 biji tomato - dihiris nipis2
1 mangkuk air - jika ingin mi basah lebihkan sukatan air
daun saderi
Cara-cara
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan ayam dan kacau.
Masukkan pula bawang merah yg telah dikisar dan perencah tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
Masukkan udang dan gorenglah sekejap baru masukkan telur
Masukkan air, garam dan gula secukup rasa. Untuk mendapatkan rasa yg lebih sedap bolehlah dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan. Masak hingga mendidih dan masukkan sayur2an (kobis, carrot dan tomato yg telah dipotong) Masukkan juga daun limau purut yg telah dicarik2kan
Bila sayuran dah agak lembut, masukkan mihun tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan mi menjadi lembut (Jika ingin mi yg basah lebihkan air/stok udang)
Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan daun saderi yg telah dihiris halus.
Wednesday, December 22, 2010
Nasi goreng Pattaya
Selalu sgt masak nasi goreng biasa apa kata kita cuba nasi goreng pattaya pula..nasi goreng yg dibungkus dgn telur. Nak tahu step by step cara nak bungkus nasi tu leh tgk kat sini.
K.Nor ..minta izin link kat sini ye..!
Tuesday, December 21, 2010
KUIH PUTERI AYU
Puteri ayu...ayu ke..??? mmg ayu..sedap beb!..gebu dan ringan je..x macam yg kadang2 beli..rasa kureng skit..tu la lain kali buat sndiri tau...!
Puteri Ayu
Resepi: Dari Kelas masakan
sumber:sofea@after6am
Bahan-bahan :-
(A)
1 biji kelapa parut (putih)
1 sb tepung ubi
sedikit garam
acuan
minyak
(B)
250 gm tepung gandum
1 st baking powder
280 gm gula
4 biji telur (sejuk)
1 sb ovallate
250 ml pati santan ( akak guna santan kotak 200ml + 50ml air)
pandan paste (ikutla nak hijau mcmana)
cara-cara:
- Sapu acuan dgn sedikit minyak. Kelapa digaul dgn tepung ubi dan sedikit garam.
- kemudian ambil sedikit kelapa tadi dan tekan2 kedlm acuan.
- Ayak tepung gandum+ baking powder. ketepikan.
- Pukul telur + gula + ovallate hingga betul2 kembang.
- Perlahankan mixer masukkan tepung selang seli dgn pati santan.gaul hingga semua sebati dan masukkan pandan paste.
- Panaskan periuk pengukus dan masukkan acuan yg telah diletak kelapa. kukus 5-10 minit.( utk mengelakkan kelapa cepat basi)
- Selepas itu tuangkan adunan tepung ke dlm acuan. kukus lagi selama 15 minit. (Tutup penutup dgn kain utk mengelakkan air jatuh ke atas kuih)
- Hidang panas2, sesuai utk b'fast @ minum ptg.
AMERICAN CHEESE CAKE
American Cheese Cake
Souce : Majalah saji
By: sofea@after6am
250 gm biskut marie (hancurkan)
100 gm mentega ( cairkan )
BAHAN KEK :
500 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
150 gm krim putar ( putar hingga gebu )
1 biji lemon (ambil jusnya)
Cara-cara:
Utk dasar: Gaul biskut dan mentega cair dan mampatkan dlm acuan kek ( guna acuan spring foam) . Sejukkkan dlm peti sejuk hingga keras. Utk adunan kek:- Putar cream cheese dgn gula kastor hingga sebati.
- Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul setiap kali telur dimasukkan.
- Masukkan jus lemon,kacau rata.
- Kemudian masukkan krim putar yang telah dipukul hingga gebu terlebih dahulu.
- Tuangkan adunan dlam acuan yg telah diletakkan dasar tadi.
- Bakar selama 1 1/2 jam -suhu 150'c secara steam bath. Bila dh masak jgn terus keluarkan, biarkan kek sejuk dlm oven dgn cara merenggangkan pintu oven.
Mee Udang
Org2 kat rumah ni mmg suka mee, bihun, kay teow..x kiralah masak cara berkuah @ goreng..so kita layannnz..
Mee Udang
sumber: sofea@after6am
Mee Udang
sumber: sofea@after6am
Bahan-bahan:-
Mee kuning ( celur dan toskan)
350 g udang saiz besar (bersihkan, kepala udg rebus utk buat stok)
350 g udang saiz besar (bersihkan, kepala udg rebus utk buat stok)
2 biji bawang besar (kisar)
3 ulas bawang putih ( ketuk)
3 sb cili kisar ( nak pedas tambah lagi)
3 biji kentang ( rebus & blend )
3 sb sos tomato
3 sb sos tiram
1 pokok sawi
1/4 biji kobis
1 biji tomato ( potong 6)
garam & gula
air rebusan udang
minyak utk menumis
Hiasan :
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng
cili merah
Bawang goreng
Tauhu goreng
cili merah
Cara-cara:-
1. Panaskan minyak ,tumis bwg putih dan bawang besar hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin dan masak hingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan air rebusan udang, sos tomato, sos tiram dan kentang yg tlh
diblend tadi. Masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan udang serta sayur2an.Tambahkan garam & gula secukup rasa.
Cara menghidang: Isikan mee ke dlm mangkuk, sendukkan kuah dan taburlah bahan2 hiasan. Hidangkan panas2..Selamat mencuba..!
Monday, December 20, 2010
Muffin choc chip
Muffin utk farewell party budak2 yg baru habis SPM 2010...50 biji muffin choc chip.
Bahan-bahan:-
110 g butter
200 g gula perang @ gula caster
3 biji telur
1 s/t esen vanilla
375 tepung gandum
2 s/t baking powder
4 s/b serbuk koko
300 ml fresh milk
100 g coklat chip (gaulkan dgn 1 s/b tepung untuk mengelakkan coklat tenggelam)
Caranya:
1. Panaskan oven 170′C .
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan ringan.
3. Masukkan telur satu persatu + esen vanilla.
4. Ayakkan tepung, baking powder dan serbuk koko,
5. Masukan tepung dan susu berselang seli.
6. Masukkan coklat chip dan gaulkan rata.
7. Masukkan adunan dalam papercup.
8. Bakar selama 20-25 min.
Pizza sempoi
Pizza yg paling senang nak buat..
Beberapa keping roti putih
sos spaggetti kimball @ sos tomato
keju mozarella
sosej
sayur campur
sos cili
mayonis
cara..sapu roti dgn sos spaggetti
kemudian letak sedikit keju mozarella, sosej yg di potong serong dan sayur campur...bhgn atas tabur keju lagi sekali..
bakar dlm oven suhu 170-20 min.
angkat dan hias dgn sos cili dan mayonis.
mkn panas2 mmg best..!
keju mozarella
sosej
sayur campur
sos cili
mayonis
cara..sapu roti dgn sos spaggetti
kemudian letak sedikit keju mozarella, sosej yg di potong serong dan sayur campur...bhgn atas tabur keju lagi sekali..
bakar dlm oven suhu 170-20 min.
angkat dan hias dgn sos cili dan mayonis.
mkn panas2 mmg best..!
Moist choc cake ( versi bakar)
Ni moist choc cake juga...akak buat khas utk tetamu yg berkunjung ke rumah pada 10 dec 2010 yg lalu. Resepi sama mcm kat sini, cuma yg ni versi bakar..Adunan boleh dimasukkan ke dlm loyang @ papercup dan bakar pada suhu 170c selama 20-25 min.
Tuesday, December 14, 2010
Moist choc cake (kukus)
Sebenarnya byk juga kumpul resepi moist choc cake tapi resepi ni akak suka, mmg moist..kalau nak tau cuba lah ye..!
Bahan-bahan:
3 biji telur
3 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak jagung/ minyak masak pun boleh
1/2 cawan susu pekat manis
1 2/3 cawan tepung gandum
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonat
cara:-
1. campur koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak dlm periuk. masak sebentar atas api kecil sehingga semua bahan larut. Angkat dan biarkan suam.( akak masukkan dlm microwave je)
2. Tepung + baking powder + soda bikarbonat - ayak
3. Putar telur hingga kembang, kemudian masukkan no: 1 (Campuran koko).
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kaup balik hingga semua sebati.
5. Tuang dalam acuan yg telah dilengser dgn butter dan alas kertas di dasarnya.
6. Kukus selama 1 jam @ sehingga masak. Seeloknya penutup kukus dibalut dgn kain utk mengelakkan wap jatuh ke atas kek.
7. Sejukkan kek sebelum dihias dgn coklat ganache.
Ganache
180 ml double cream
230 gm coklat masakan, dicincang
1-2 sb butter
cara:
1. panaskan double cream hingga mendidih.angkat dari api.
2. masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair semuanya.
3. masukkan butter, kacau lagi & biarkan pekat sedikit.
4. Bolehlah di tuangkan di atas kek.
Ganache
180 ml double cream
230 gm coklat masakan, dicincang
1-2 sb butter
cara:
1. panaskan double cream hingga mendidih.angkat dari api.
2. masukkan coklat masakan dan kacau hingga cair semuanya.
3. masukkan butter, kacau lagi & biarkan pekat sedikit.
4. Bolehlah di tuangkan di atas kek.
Hafiz is 16
First entry...Tanggal 9 dec yg lalu Hafiz (ank ke 2) telah menyambut birthday yg ke 16. Semoga pnjg umur, ,murah rezeki, & tabah menghadapi dugaan serta ujian dariNya. Alhamdulillah sempat juga buat moist choc.cake, cheese tart ,mee goreng & fruit cocktail. Actually bukan buat majlis pun sekadar jemput anak2 saudara je...
ASSALAMUALAIKUM..
Alhamdulillah..Akhirnya dengan sokongan dan dorongan suami, anak2 serta rakan2 terhasillah blog yg tak seberapa ini..."After 6 am" menjadi tajuk blog ini kerana saat ini bermulanya tugas seharian..Pada rakan2 yg telah lama mempunyai blog harap dapat beri tunjuk ajar pada saya yg baru ini...Terima kasih pada tetamu yg sudi berkunjung ke blog ini..dan semoga tali silaturrahim antara kita bertambah erat..InsyaAllah.
Subscribe to:
Posts (Atom)