Assalamualaikum..pernah masak nasi daging tak? Akak dh banyak kali buat cuma x sempat nak snap gambar..mudah dan cepat masak daging ni..sbb akak menggunakan Perencah Nasi Daging keluaran Iman, dlam rempah ni semua dh ada cuma bancuh dgn sedikit air & tumis. Cara memasak juga disediakan di belakang pek cuma akak menambah 1, 2 bahan mengikut citarasa sendiri.
NASI DAGING
BY : Sofea@after6am
BAHAN-BAHAN:
250 gm beras basmathi ( rendam 1 jam)
1/2 kilo daging batang pinang ( potong sebesar kotak mancis)
1 paket rempah nasi daging Iman ( bancuh dgn sedikit air )
Air rebusan daging
1/4 cawan susu cair
Bahan tumis:
4 ulas bawang merah ~ mayang halus
3 ulas bawang putih ~ mayang halus
sedikit halia ~ hiris nipis
buah pelaga, kayu manis, bunga lawang
2 helai daun pandan ( simpulkan)
3 sb minyak sapi
Bahan tabur :
Bawang goreng
Hirisan daun ketumbar & pudina
Cara:
1. Panaskan minyak sapi dan masukkan bahan tumis ( akak guna pressure cooker) kacau hingga wangi dan masukkan rempah nasi daging . Kacau hingga pecah minyak, masukkan daging dan air , tutup periuk dan biarkan daging empok.
2. Setelah daging empuk sediakan periuk lain @ boleh juga guna rice cooker, tumis 1 sb minyak sapi dan tuangkan daging + air rebusan tadi, masukkan susu dan beras, kacau rata. On kan rice cooker dan nasi akan masak spt biasa.
3. Bila nasi dh sempurna masak, gaul2 kan dgn sudip dan taburkan hirisan daun ketumbar, daun pudina dan bawang goreng.
4. Hidangkan nasi daging bersama air asam, dalca dan papadom.
Monday, February 27, 2012
Friday, February 24, 2012
DONUT KENTANG
Assalamualaikum..Sape2 pun suka mkn donut, byk resepi2 donut yg kita jumpa di intenet tapi kali ni cuba resepi donut kentang dari Ros @ Jintanmanis.com..sedap , gebu dan lembut walaupun dh sejuk.
DONUT KENTANG
Sumber resepi: Rosmarlina @ jintanmanis.com
Bahan-bahanya :
250 gram tepung gandum
80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil)
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit)
80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam
1 1/2 sudu besar marjerin
2 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya :
1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

NASI KERABU TERENGGANU
Assalamualaikum...Baru berkesempatan mengupdate blog, minta maaflah sebab bila melawat ke sini tak ada entri terbaru..Nasi kerabu ni pun dh lama buat ..nasi fav suami dan anak2, kat Penang ni susah nak jumpa orang jual nasi kerabu so bila mengidam nak mkn tu kena la masak sendiri...Resepi dari Blog Noorma Musa ~ Secubit Garam Sesudu Gula..Terima kasih kepada penyumbang resepi..tak de lah susah mana nak buat nasi ni walaupun banyak bahan yg diperlukan..
NASI KERABU TERENGGANU
SUMBER : http://www.freewebs.com/resepi_pilihan/nasi.htm
SUMBER : http://hanamemories.blogspot.com/2009/03/nasi-kerabu.html
UTK NASI
Utk Sambal Kelapa/Ikan
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
Utk Kuah Sambal
> didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
> masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.
Utk Solok Lada
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. * Akak rebus dgn santan.
Utk Daging Panggang - bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!
Ulam-ulaman & bhn lain
NASI KERABU TERENGGANU
SUMBER : http://www.freewebs.com/resepi_pilihan/nasi.htm
SUMBER : http://hanamemories.blogspot.com/2009/03/nasi-kerabu.html
UTK NASI
- 3 cawan beras
- 4 cawan air @ bergantung pada beras yg kita guna
- 1 batang serai dketuk
- 10 kuntum bunga talang - ditumbuk dan dperah airnya. ( x letak sbb x de)
- sedikit pewarna biru
Utk Sambal Kelapa/Ikan
- 1/2 biji kelapa parut - ditumbuk sedikit
- 2-3 ikan kembung/selayang - dipanggang
- 4 ulas bawang merah
- 1.5cm halia
- 1 batang serai - hiris
- 1 sudu kecil lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
> kemudian campurkan ngan kelapa parut dan disangai ngan api yg kecil sehingga agak kering dan berderai.
Utk Kuah Sambal
- *5 batang cili kering
- *5 ulas bawang merah
- *2 ulas bawang putih
- *2 inci belacan- bakar dulu
- *1.5 inci halia
- 1 batang serai - titik
- gula merah n serbuk perasa jika suka
- 2 cawan santan
- asam keping
- garam
> didihkan santan hingga pecah minyak n pekat.
> masukkan bhn tumbuk, serai, gula merah dan asam keping.
> didihkan lagik hingga kuah agak2 pekat n kering.
> suaikan rasa dan angkat.
Utk Solok Lada
- 10 biji lada hijau - potong jgn putus n buang biji
- 1/2 biji kelapa parut putih
- 4 ulas bawang merah
- 1.5 cm halia
- lada itam skit
- 2-3 ekor ikan kembung - ambil isi sahaja
- sedikit garam,gula dan perasa
> tumbuk lagik hingga lumat.
> campurkan ngan kelapa parut dan sebatikan.
> sumbatkan ke dalam lada hijau. susun ke dalam periuk kukus.
> kukus hingga masak. * Akak rebus dgn santan.
Utk Daging Panggang - bleh buat juga ikan goreng tepung, ayam panggang jika suka
- daging lembu gred A @ daging btg pinang
- garam
- lada hitam
> panggang ngan suhu 200 selama 45minit atau hingga daging masak. jgn lama sgt nnti tak juicy!
Ulam-ulaman & bhn lain
- kacang panjang -
- taugeh
- timun
- daun kesum
- kubis
- bunga kantan
- telur masin
- keropok ikan
- sambal belacan
Subscribe to:
Posts (Atom)