TAUGEH GORENG IKAN MASIN
BY : Sofea@after6am
50 sen taugeh ~ rajin2kan diri buangkan akar taugeh tu..
Isi ikan talang masin ~ potong kiub dan goreng
1 biji tauhu ~ Goreng dan potong nipis
2 ulas bawang putih ~ Ketuk
sedikit daun kucai
cili merah dan cili hijau ~ potong serong
sedikit lada sulah
garam @ sos ikan jika perlu
2 sb minyak utk menumis
CARA:
1. Bersihkan taugeh, daun kucai & cili yg telah di potong tadi kemudian toskan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan taugeh, daun kucai dan cili.
3. Kacau2kan sebentar masukkan ikan masin dan tauhu. Rasakan dahulu jika kurang masin boleh tambahkan garam @ sos ikan.
4. Masukkan sedikit air supaya sayur x terlalu kering. Siap utk dihidang.
Pokok kucai yg ditanam di dalam pasu, nak masak potong je..buat cucur udang + kucai pun best jg..