Assalamualaikum..
Ramai yg suka makan kuih kaswi kan! Ni akak buat petang semalam, resepi dari Chef yg terkenal, Kak Hanieliza..bila blogwalking ramai yg telah mencuba resepi ni..salah satu kuih fav keluarga, kuih yg sedap, lembut dan laju je turun ke tekak..sape2 yg teringin nak mkn leh cuba buat dan hasilnya pasti tidak mengecewakan...!
KUIH KASWI GANDUM
RESEPI : Chef Hanieliza
SUMBER : Yatie , Izah , Mas , Anna, HaSue
Bahan Sirap :
- 5 cawan air
- 1 cawan gula merah
- 1 cawan gula pasir
- *saya tambah beberapa helai daun pandan
- Masakkan semua dan sejukkan
- 2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
- 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
- Kelapa parut ( yang muda)
- Sedikit garam
- Panaskan kukusan.
- Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
- Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
- Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
- Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
- Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
- Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.