Pes Laksa Sarawak
Bahan-bahan : anggaran 200 gm
- 8 biji bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
- 10-12 tangkai cili kering*
- 1 inci lengkuas*
- 1 sk ketumbar
- 1 sk jintan manis
- 1 sk jintan putih
- 3 biji buah keras*
- 2-3 batang serai*
- 1 inci belacan bakar*
- 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
- 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
- sedikit garam
- sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
- Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
- Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
- Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
- Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : 6-8 orang makan
- 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
- isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
- 1/2 kilo udang basah
- 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
- 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
- 2 batang serai (diketuk)
- 200-250 ml santan pekat
- garam dan gula secukup rasa
- taugeh (dicelur)
- sedikit daun ketumbar (diracik)
- limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
- Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan.
- Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
- Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering.
mmg sedap sambal udang kering dari Dayang nii..
Resepi Sambal Udang Kering
bahan-bahan :
- 6 biji bawang merah (dikisar)
- 2 ulas bawang putih (dikisar)
- sedikit belacan bakar (dikisar)
- segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
- 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya
- sedikit air asam jawa
- garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
~ bagi sesiapa yg tak pernah rasa laksa sarawak ni, cubalah sekali ...pasti tidak mengecewakan dan nak lagiiii...!
owhhh dah balik ya.. tak belikan rantai gelang mutiara utk k.nor? hehehe
ReplyDeletewowieee sedapnyeee
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeletesedapnyer..menyelerakan ni...
K.nor..dh balik la..mana leh lama2..kang habis gaji bulan niii...hahaha, gelang mutiara tu x de la..x sempat nak nyelam..!
ReplyDeletemimi, ady...sedap tau! ape lagi cuba lah..!
kak sofea...
ReplyDeletemas suka laksa sarawak..
sedapp kan..
selalu beli jerk..
tak pernah lagi buat sendiri..he..he..
salam sofea...Kjee ada paste Hj Manan ni. Cuma masa blum mengizinkan untuk buat. teruja sangat pulak nak try hujung minggu ni.
ReplyDeleteMas..lepas ni leh cuba buat sendiri..:)
ReplyDeleteKjee..ada masa nanti leh buat..sekali mkn pasti nak lagiii..:)
ReplyDeletetengok entry laksa sarawak ni terus rasa lapar...
ReplyDeleteMas..lepas ni leh cuba buat sendiri. hukumislam.web.id
ReplyDeleteSarawak laksa paste is now available in Klang Valley. No more postal order or troubling friends and relatives. Please visit www.facebook.com/LaksaPasteSarawak for more information.
ReplyDelete