Assalamualaikum
Selamat berhujung minggu, masak apa utk keluarga hari ni? Hari ni akak masak lontong, dh lama jugak x buat lontong ni..last masak lontong semasa raya tahun lepas ..uiik lama bebeno!! kalau buat selalu pun x best gak kan, sekali sekala mkn baru siyok...( Ayat org malas masak..! ) Copy paste resepi dari Dapur Che Mat ( mmg sah pemalas main copy paste je..! ) :-)
SUMBER : DAPUR TANPA SEMPADAN
BAHAN KUAH LODEH :-)
1/4 biji kobis bulat, dihiris, cuci dan toskan
15 tangkai kacang buncis, hiris serong
2 keping tauhu keras, dadu besar
70 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, didadu
1/2 biji sengkuang, hiris memanjang
1 biji lobak merah saiz sederhana, hiris memanjang
1 cekak soo hoon, kerat
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan
BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi impit secukupnya
Serunding kelapa
Sambal tumis
Telur rebus, dibelah dua
CARA MEMBUATNYA :-)
- KUAH LODEH :-Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, tambah 1/3 camca teh serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi. Masukkan tempe, sengkuang dan lobak merah, kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Tambah fucuk, kobis dan kacang buncis, gaul rata, biar sayur lembut. Masukkan soo hoon, tauhu dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
- UNTUK LONTONG JOHOR :- Letak secukupnya nasi impit dalam bekas sesuai, tuang kuah lodeh secukupnya bersama isi2nya sekali. Letak telur, serunding dan sambal tumis. Hidangkan segera.X jadi Lontong Johor, jadi lonotng Penang sbb x letak telur rebus dan serunding, just mkn dgn sambal udang!



















