Pages

Nuffnang

Tuesday, June 19, 2012

CREAM PUFF

Assalamualaikum...

Hari ini menyiapkan tempahan Cream Puff....
inilah hasilnya....
UPDATE...Seperti yg dijanjikan inilah resepi Cream Puff yg selalu akak guna. Kalau nak buat byk boleh gandakan bahan2nya k..Terima kasih kepada penyumbang resepi yg sedap ini - Yani.


CREAM PUFF
SUMBER : Yani@Myresipi
By : Sofea@after6am

Bahan-bahan ( 10 biji )

  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) 
Cara-cara:

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. 1
    Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.
  3. 2
    Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. 3
    Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.
  5. 4
    Masukkan telur, kacau cepat-cepat
  6. 5
    Inilah hasilnya setelah dicampurkan dengan telur.
  7. 6
    Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm.
  8. 7
    Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
  9. 8
    Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  10. 9
    Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim.
  11. Cara buat kastard krim boleh rujuk di sini atau di sini
  12. Nozzle
    Bentuk nozzle yang diguna untuk buat cream puff. Saiznye adalah 1 cm
  13. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

TENGOK GAMBAR DULU LAH YE..RESEPI NANTI AKAK UPDATE..MALAS NAK MENAIP ;)

Sunday, June 17, 2012

LONTONG JOHOR

Assalamualaikum

Selamat berhujung minggu, masak apa utk keluarga hari ni? Hari ni akak masak lontong, dh lama jugak x buat lontong ni..last masak lontong semasa raya tahun lepas ..uiik lama bebeno!!  kalau buat selalu pun x best gak kan, sekali sekala mkn baru siyok...( Ayat org malas masak..! ) Copy paste resepi dari Dapur Che Mat  ( mmg sah pemalas main copy paste je..! ) :-)


LONTONG JOHOR
SUMBER : DAPUR TANPA SEMPADAN

BAHAN KUAH LODEH :-)
1/4 biji kobis bulat, dihiris, cuci dan toskan
15 tangkai kacang buncis, hiris serong
2 keping tauhu keras, dadu besar
70 gram fucuk, potong kecil dan rendam hingga lembut
2 keping tempe, didadu
1/2 biji sengkuang, hiris memanjang
1 biji lobak merah saiz sederhana, hiris memanjang
1 cekak soo hoon, kerat
2 batang serai, dititik
1/2 inci lengkuas, dititik
1.5 liter santan cair
400 ml pati santan
1/3 camca teh serbuk kunyit
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
2 biji bawang besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca besar ketumbar
1/2 camca teh jintan kasar
1/2 camca teh jintan halus
1 camca besar penuh udang kering, rendam 10 minit dan toskan

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
Nasi impit secukupnya
Serunding kelapa
Sambal tumis
Telur rebus, dibelah dua

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. KUAH LODEH :-Panaskan minyak dalam periuk, tumis serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum, tambah 1/3 camca teh serbuk kunyit dan tumis sekejap lagi. Masukkan tempe, sengkuang dan lobak merah, kacau rata dan tuang santan cair. Biar mendidih. Tambah fucuk, kobis dan kacang buncis, gaul rata, biar sayur lembut. Masukkan soo hoon, tauhu dan tuang santan pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya, biar mendidih perlahan sambil dikacau selalu. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  2. UNTUK LONTONG JOHOR :- Letak secukupnya nasi impit dalam bekas sesuai, tuang kuah lodeh secukupnya bersama isi2nya sekali. Letak telur, serunding dan sambal tumis. Hidangkan segera. 
     X jadi Lontong Johor, jadi lonotng Penang sbb x letak telur rebus dan serunding, just mkn dgn sambal udang!

Friday, June 15, 2012

POPIA GORENG

Assalamualaikum

Sesi menghabiskan inti & sos popia basah semalam, ptg ni buat popia goreng pula, tapi kulit popia tu akak beli yg dh siap. Pernah letak resepi di sini (My Resipi.)

POPIA GORENG
BY : Sofea/kfiza@Myresipi


(A) kulit popia secukupnya

(B) Inti :
50 Sen taugeh
1/2 biji sengkuang (sagat)
1 btg lobak merah (sagat)
2 sb udang kering
2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
2 ulas bawang putih
1/2 st serbuk kunyit
garam & lada sulah

1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tauhu, udang kering & serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah disagat tadi.
3. Akhir sekali masukkan taugeh, garam & lada sulah secukup rasa.
4. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.
5. Bentangkan kulit popia, letak inti dan gulung kemas. Untuk melekatkan hujungnya sapu dgn putih telur.
6. Gulung sehingga habis dan bolehlah digoreng hingga kekuningan.
7. Enak dimakan panas2, dicicah dgn sos cili @ boleh juga disapukan sos atas popia tadi dan ditabur dgn kacang/bawang goreng.

Sos :
3 sb cili kisar
2 ulas bawang putih (blend)
1 biji bawang besar (blend)
 Air asam jawa
Gula kabung/ nisan
garam
Bijan (sangai)

CARA : Masukkan semua bahan sos kecuali bijan ke dalam periuk, kacau hingga mendidih dan pekat kemudian taburkan bijan.  Selamat mencuba!



Thursday, June 14, 2012

POPIA BASAH

Assalamualaikum

Pernah buat kulit popia tak?  Akak dh 3, 4 kali buat kulit popia ni, tak de lah susah sgt, main sapu2 adunan atas non-stick pan je..cuma yg penting kuali jgn terlalu panas, bila terlalu panas adunan tepung tak dapat lekat di kuali, so buka api kecil je..buat kulit popia ni kalau 2 orang lagi cepat siap, sorang lenser atas kuali sorang lagi boleh angkat kulit yg dh masak. Agak renyah juga la buat popia basah ni, perlu siapkan kulit, inti dan sosnya tapi hasilnya mmg berbaloi la sbb dapat byk dan puas makan hasil air tangan sendiri..:)


POPIA BASAH
BY : Umie e @Myresipi
SUMBER : Ita, Ros Jintan manis, Hana

BAHAN UTK KULIT POPIA :
2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Cara2 untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi dan di sini
Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan
Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam
Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper 
Buat dari arah jam
Mulakan dari tepi dulu
Kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan
Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar
Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan .
Boleh disusun berlapis2 ia tak melekat.

BAHAN-BAHAN INTI :
BY : Sofea/kfiza@Myresipi

50 Sen taugeh
1/2 biji sengkuang (sagat)
1 btg lobak merah (sagat)
2 sb udang kering
2 biji tauhu (lecek dgn garpu)
2 ulas bawang putih
1/2 st serbuk kunyit
garam & lada sulah

1. Tumis bawang putih hingga wangi, masukkan tauhu, udang kering & serbuk kunyit.
2. Kemudian masukkan sengkuang & lobak merah yg telah disagat tadi.
3. Akhir sekali masukkan taugeh, garam & lada sulah secukup rasa.
4. Angkat dan biarkan sejuk sebentar.

Sos :
3 sb cili kisar
2 ulas bawang putih (blend)
1 biji bawang besar (blend)
 Air asam jawa
Gula kabung/ nisan
garam
Bijan (sangai)

CARA : Masukkan semua bahan sos kecuali bijan ke dalam periuk, kacau hingga mendidih dan pekat kemudian taburkan bijan.



Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal

Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng
lipat macam biasa dan gulung
sedia untuk dimakan
Sebenarnya cara penyediaan popia bergantung pada citarasa.
Jika nak letak sambal dulu pun boleh dan nak curah atas popia kemudian pon boleh
Ikut selera masing-masing.

  Tauhu yg dimasukkan dlm inti tadi selepas dimasak kelihatan seperti telur sebenarnya x letak telur pun.



Wednesday, June 13, 2012

DAGING MASAK HITAM

Assalamualaikum

Menu lunch hari ni, selalu sgt masak lauk ikan & ayam, kali ni tukar selera pulak,  lama jugak x beli daging kebetulan belek2 Majalah Saji jumpa satu resepi yg simple tapi bila dh siap masak dan makan rasa ala2 daging kat kedai nasi kandar..memang sedap dan akak share resepi kat sini utk sape2 yg nak cuba buat!


DAGING MASAK HITAM
SUMBER :  MAJALAH SAJI MEI 2012
BY : Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN :
500 gm daging ~ hiris nipis
1 helai daun pandan ~ simpul
3 sb cili kering kisar
6 sb kicap pekat
1/2  cwn air asam jawa
3 sb cili mesin
Minyak utk menumis
air secukupnya
Gula dan garam
1 biji bawang besar ~ hiris bulat
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

BAHAN REMPAH :
1 Btg kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 sk serbuk jintan manis*
1 sk serbuk jintan putih*
1 sk serbuk ketumbar*
1/2 sk serbuk lada hitam*
 ~ Bahan bertanda * bancuh dgn sedikit air.

BAHAN KISAR :
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 in halia

CARA :
1. Pansakan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelada dan daun pandan hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar, cili mesin dan rempah2 yg telah dibancuh tadi, kacau selalu hingga pecah minyak.
3.  Masukkan daging, kicap pekat dan air, masak hingga daging empuk.
4. Akhir sekali masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa. Kacau sekali sekala sehingga kuah hampir kering dan taburkan bawang besar, cili merah & cili hijau. Siap utk dihidang.



Friday, June 8, 2012

SAMBAL GORENG IKAN BILIS & TEMPE

Assalamualaikum

Salah satu menu simple yg dimasak utk lunch hari ni,  selalu buat sambal goreng ni coz fav seisi keluarga..resepi mcm kat sini tapi kali ni masukkan 2 tangkai daun kari sebagai penambah aroma.


SAMBAL GORENG IKAN BILIS & TEMPE
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan : ~ agak2 sndiri lah ye!

Ikan bilis  ~ rendam sebentar, toskan & goreng garing.
Tempe ~ potong nipis & goreng
Kentang ~ potong wedges & goreng
Kacang tanah ~ goreng 
cili kisar secukupnya
2 tangkai daun kari
Air asam jawa
Garam & gula

CARA:
1. Panskan minyak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan daun kari, air asam jawa, garam dan gula   secukup rasa.
2. Kacaukan sebentar dan masukkan semua bahan yg telah digoreng tadi.
3. Kecilkan api dan kacau hingga semua besalut dgn cili. Siap utk dihidang.


Thursday, June 7, 2012

KUIH SAGU @ BRONOK

Assalamualaikum..

Kuih utk minum teh petang semalam, tergoda tgk kuih yg Rabiatun buat dan kebetulan ada sebiji kelapa muda kat rumah so tanpa berlengah lagi mulalah operasi membuat kuih kegemaran seisi keluarga ni,  lembut, manis & sedap ...begitulah ungkapan yg dpt digambarkan bila dapat mkn kuih hasil air tgn sendiri..Kaalu teringin nk makan petang ni leh buat sendiri k..:)

KUIH SAGU @ Bronok
RESEPI : Mamakastam@MyResipi
SUMBER : Rabiatun, Ika, Izah, Tun Telani

BAHAN-BAHAN :

1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula pasir
Sedikit pewarna merah
1/2 biji kelapa parut putih sahaja
1 sudu kecil garam
1 sudu teh esen rose
~ utk sukat sagu, air & gula akak guna cawan metrik~

  Cara2:
  1. Panaskan air + pewarna merah sehingga mendidih.
  2. Masukan sagu, kemudian kacau rata.
  3. Masukan gula, gaul rata. Apabila adunan nampak pekat sedikit, masukan kedalam loyang.
  4. Kukus selama 20 minit. Walaupun kuih ini boleh di kacau saja di dalam kuali tetapi apabila di kukus, sagunya akan nampak berbiji-biji(yg ni kita kukus terlebih masa sampai dia betul2 jernih). Lagi enak rasanya - me kukus setengah jam.
  5. Apabila sudah masak, sejukan dan potong ikut suka dan gaul dengan kelapa..siap!

Wednesday, June 6, 2012

GULAI LEMAK LABU AIR DENGAN UDANG

Assalamualaikum

Pagi tadi hujan lebat, so malas nak keluar gi beli ikan..masak apa yg ada dalam peti ais,  maka terjadilah lauk2 yg simple utk lunch hari ni..Labu air ni selalunya akak masak tumis air + suun, tapi hari ni buat gulai lemak dgn udang. Jom tengok resepi, mana tau korang nak try buat, sedap dimakan dgn nasi panas2, lagi sedap kalau ada ikan masin & sambal belacan...!


GULAI LEMAK LABU AIR DGN UDANG
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:

1 biji labu air ~ buamg kulit dan potong ikut suka
300 gm udang  @ ikan bilis
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 sb serbuk kari daging ~ bancuh dgn sedikit air
1/2 sk serbuk kunyit
santan secukupnya
garam
minyak utk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak dan tumis bwg putih + bwg merah hingga kekuningan dan masukkan rempah & serbuk kunyit.
2. Kacau selalu hingga pecah minyak. Kemudian masukkan labu  dan udang. Tambah 1/2 cwn air jika terlalu kering.
3. Bila labu agak lembut sedikit masukkan santan dan garam.
4. Setelah mendidih bolehlah diangkat dan dihidang utk seisi keluarga.


Tuesday, June 5, 2012

MEE KUAH TOMATO

Assalamualaikum

Menu lunch hari ni,  Mee Kuah Tomato..ulang tayang sbb dh byk kali buat.  Boleh ganti dgn mihun @ kay teow.  Mee fav suami dan anak2..

MEE KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih~ cincang halus
udang@ayam @daging
 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
2 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.
5. Masukkan mee ke dlm mangkuk dan tuangkan kuah. Taburkan bawang gorang, daun sup, daun bawang, tauhu goreng dan sedikit hirisan cili merah.



BUTTER COOKIES

Assalamualaikum..

Hari ni 15 rejab 1433H,  sekejap je dh pertengahn bulan rejab, cepat betul masa berlalu kan!  24 jam dalam sehari bukan satu te,mpoh yg panjang dan beruntunglah org2 yg bijak menguruskan masanya..
Butter Cookies ni buat sempena hari guru tempohari, baru hari ni sempat update..:)

BUTTER COOKIES
RESEPI : Sofea@after6am


BAHAN-BAHAN:

250  gm butter
150 gm gula icing
1 biji telur
1/2 sk butter oil @ esen vanila
50 gm tepung jagung
350 gm tepung red rose ( cookies flour)

CARA :

1. Pukul butter, gula, butter oil dan telur hingga sebati. Tak perlu pukul terlalu lama spt buat kek, nanti biskut kembang.
2. kemudian masukkan tepung jagung dan cookies flour sedikit2 dan gaul hingga sebati. Tambah tepung jika adunan    lembik.
3. Masukkan adunan ke dlm piping bag dgn nozzle bintang dan paipkan mengikut bentuk yg anda sukai.
Bakar pada suhu 160'c - 20 minit @ sehingga masak.


Sesuai utk minum petang, cookies utk hari raya, door gift etc..