Pages

Nuffnang

Friday, May 25, 2012

KUIH KASWI GANDUM

Assalamualaikum..

Ramai yg suka makan kuih kaswi kan!  Ni akak buat petang semalam, resepi dari Chef yg terkenal, Kak Hanieliza..bila blogwalking ramai yg telah mencuba resepi ni..salah satu kuih fav keluarga, kuih yg sedap, lembut dan laju je turun ke tekak..sape2 yg teringin nak mkn leh cuba buat dan hasilnya pasti tidak mengecewakan...!


KUIH KASWI GANDUM
RESEPI : Chef Hanieliza
SUMBER : Yatie , Izah , Mas , Anna, HaSue

Bahan Sirap :
  • 5 cawan air
  • 1 cawan gula merah
  • 1 cawan gula pasir
  • *saya tambah beberapa helai daun pandan
  1. Masakkan semua dan sejukkan
Bahan lain :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung
  • 1 sudu kecil kapur kueh [optional]
  • Kelapa parut ( yang muda)
  • Sedikit garam
Cara :
  1. Panaskan kukusan.
  2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. ( Lapikkan pelastik saiz loyang )
  3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
  4. Masakkan sehingga masak ( 30 minit )
  5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
  6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
  7. Lumurkan kuih yang dipotong bersama dengan kelapa tadi. 
* kelapa parut + garam tu akak kukus sebentar supaya tahan lama / x basi. 

Wednesday, May 23, 2012

TIRAMISU

Assalamualaikum

Sekejap je masa berlalu, bulan Rejab datang kembali menemui kita, bulan ketujuh dalam kalendar islam adalah salah satu bulan yg mulia dan byk keistimewaannya..sama2 lah kita rebut peluang yg ada dgn memperbanyakkan amalan, memohan keampunan dari Allah kerana bulan rejab adalah bulan keampunan, berpuasa sunat dan sebagainya..Tentu ramai yg mengambil kesempatan berpuasa sunat pada 1 rejab semalam.. .
Ni la dessert utk berbuka semalam, actually nak habiskan biskus tiramisu yg dh lama betapa dlm almari...kalau sebelum ni buat lapis dgn strawberry & mango tapi kali buat plain je x letak apa2 filling..just lapis krim dgn biskut yg celup dlm bancuhan nescafe..masih menggunakan resepi Rabiatun@sweettouch . Tq Tun ;)



 STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
RESEPI : Rabiatun
SUMBER: K.Nor@SecubitGaram
SUMBER : Sofea@after6am


Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling ~ akak guna strawberry & mango filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit ~ x letak
sedikit parutan kulit lemon ~ optional ~ x letak

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry  @ strawberry segar

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
6). Boleh terus dimakan @ sejukkan dulu dalam p.ais selama 2,3 jam. Mmg enak dimakan ketika sejuk.
** biskut tu celup sekejap dalam air bancuhan nescafe sebelum disusun dlm cup.
 


Tuesday, May 8, 2012

MEE HAILAM AFTER6AM

Assalamualaikum..
Menu ringkas je hari ni, request dari anak2 nak mkn mee hailam. Dah byk kali buat dan resepi pun dh ada di sini & sinun. Pe2 pun akak copy paste semula di sini...Kalau teringin nak mkn mee hailam leh try buat dan semoga menepati selera anda..:)

MEE HAILAM AFTER 6AM
Bahan-bahan: ( 5 org mkn)
1 bks mee kuning-rendam sekejap dlm air panas & toskan
udang sederhana besar
isi ayam-potong nipis
2 sb lada hitam-tumbuk
2 ulas bwg merah-tumbuk
3 ulas bwg putih-tumbuk
1 kiub pati ayam 
4 sb sos tiram
1 sk kicap pekat mee
1 sb tepung jagung-bancuh dgn sedikit air
garam 

sayur2an-ikut le nak letak byk mn
bunga kobis
kailan
carrot
lada capcicum-hijau
1/2 btg saleri
tomato
5-6 biji cili padi-ketuk

Bahan tabur:
Bawang goreng
cili merah
daun sup/daun bawang

cara:
1. Bersihkan udang, ambil kepalanya-rebus dgn 2 cawan air+garam hingga   mendidih. Tapis ambil ainya utk jadikan stok.
2. Panaskan minyak tumis bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan ayam, carrot dan stok udang tadi.
3. Bila mendidih masukkan sos tiram, kiub ayam & kicap pekat.
4. kemudian masukkan udang dan semua sayur2an. kacau hingga mendidih dan masukkan mee. Tambahkan air panas jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, kacau rata dan siap utk dihidang!

Monday, May 7, 2012

PUDING ROTI KARAMEL

Assalamualaikum...

Semasa sakit tempohari, anak2 byk membantu..Ni salah satu resepi yg telah dicuba oleh anak teruna akak, dah 3 kali buat sebab sedap. Akak just tunjuk cara buat gula hangus dan selainnya dia buat sendiri.  Dessert yg mudah disediakan terutama bagi anak2 yg baru nak bljr masak..Jom kita lihat resepi dan hasilnya !

PUDING ROTI KARAMEL
Sumber :  Rosaliza@myresipi
Sumber :  Sofea@after6am

Bahan-bahan:

3 sb gula pasir ( jadikan gula hangus ) * guna 2 sb
4 keping roti putih ~ dicarik2
3 biji telur
2 cawan air suam * ganti dgn 1 tin susu cair
1 @ 3/4 cawan susu pekat manis / krimer *  guna 1/2 cawan
Sedikit esen vanila
 Tambah sendiri - 1/2 cawan air

Cara:
1. Panaskan pengukus.
2. Masukkan gula ke dalam loyang yg hendak digunakan, jadikan gula hangus dan ketepikan ~ *guna loyang bulat 8"
3. Blendkan roti, telur, susu ,air & vanila. Kemudian tuangkan dalam loyang gula hangus tadi.
4. Kukuslah sehingga masak lebih kurang 30 - 40 minit.
5. Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.




BERSUA KEMBALI...

Assalamualaikum..

  Salam ceria di pagi Isnin yg mendamaikan,  Selamat Bertemu kembali setelah sekian lama menyepi, didoakan semoga teman2 berada dlm keadaan sihat disamping keluarga tersayang serta dpt menjalankan tugas2 yg diamanahkan kpd kita dengan sempurna..sesibuk mana pn kita luangkan sedikit masa utk suami yg dicintai, anak2 yg perlukan kasih sayang dan perhatian jua tidak mengabaikan tanggungjawab kita sebagai Khalifah Allah di muka bumi ini..

Alhamdulillah, semakin hari semakin sihat , mungkin ramai yg tertanya2 mengapa sepi tanpa berita dan lama x update blog, sebenarnya pada 29 februari 2012 yg lalu akak diberi sedikit ujian dari Allah di mana terpaksa menjalani satu pembedahan, memandangkan pembedahan tersebut pembedahan major akak perlu berehat dan x boleh membuat kerja2 berat supaya cepat sembuh, Terima kasih pada suami tercinta yg sentiasa disisi semasa terlantar sakit, anak2 tersayang yg memahami penderitaan yg dihadapi, emak yg byk membantu serta kawan2 yg  mendoakan, memberi nasihat dan sokongan agar kuat & tabah menghadapi ujian dari Allah.

 

2 bulan berlalu..Syukur pada Alllah kini dapat menjalani hidup dan menajalankan tugas dan tanggungjawab seperti biasa..Sesungguhnya, Ujian yg datang tandanya Allah sayangkan kita. oleh itu, ambillah masa untuk menilai diri dan meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dalam apa jua yg kita lakukan. Lakukanlah utk mencari redha Allah. Fikir dgn positif bahawa setiap dugaan dtg dari Allah dan pasti ada hikmah yg tersendiri..Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan memberikan ujian2 yg melebihi tahap kemampuan kita..

Imej from google..Tq