Pages

Nuffnang

Thursday, January 12, 2012

STRAWBERRY TIRAMISU

Assalamualaikum...Pernah makan tiramisu x ?  Kalau x pernah apa kata kita try buat sendiri, x de lah susah mana pun..akak ni pun  1st time buat tiramisu..memang dh lama berhajat nak buat, tapi asyik tertangguh sbb mencari biskut tiramisu @ lady's finger x jumpa2..bila dh jumpa terus buat dan inilah hasilnya, memang sedap dan kena buat lagi sebab biskut ada lagi dan lagi satu x puas makan hehe...x percaya tanya  K.Nor sbb dia pun pernah buat..Resepi dari blog rabiatunsweettouch.blogspot.com, Tun, tq for sharing..Akak CNP resepi kat sini utk rujukan di masa akan datang ..:)

 

STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
RESEPI : Rabiatun
SUMBER: K.Nor@SecubitGaram
SUMBER : Sofea@after6am

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling ~ akak guna strawberry & mango filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit ~ x letak
sedikit parutan kulit lemon ~ optional ~ x letak

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry  @ strawberry segar

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
6). Boleh terus dimakan @ sejukkan dulu dalam p.ais selama 2,3 jam. Mmg enak dimakan ketika sejuk.
** biskut tu celup sekejap dalam air bancuhan nescafe sebelum disusun dlm cup.


Strawberry & Mango Tiramisu

Wednesday, January 11, 2012

AYAM MASAK KICAP PEDAS

Assalamualaikum..Dah siap masak ke?  Salah satu menu lunch akak sekeluarga hari ni ialah Ayam  Masak Kicap Pedas, bahan2 sama seperti Daging Masak Kicap Pedas cuma diganti dgn ayam. Thanks K. Ummi dgn resepi yg sedap ini...


AYAM MASAK KICAP PEDAS
SUMBER : ummizaihadi-homesweethome
BY :  Sofea@after6am

Bahan: ( 5- 6 orang)

  • 1/2 Ekor ayam - potong & bersihkan, gaul garam kunyit goreng jgn terlalu garing
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 keping asam gelugur
  • 1 labu bawang besar - hiris bulat gelang
  • 1 biji cili hijau - belah 4
  • 1 biji cili merah - belah 4
  • 1 1/2 - 2 sb. gula
  • 1/3 cawan air
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menumis
Bahan Tumbuk dan Tumis:-
  • 2 sb cili kering kisar
  • 3 biji bawang merah - ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk
  • 1 inci halia - ditumbuk
  • 1 sk jintan manis - ditumbuk
  • 1/2 sk jintan putih - ditumbuk
  • 1 batang serai - diketuk
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 kuntum bunga cengkih
Cara-Cara:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali, perlahankan api dan tumiskan bahan2 tumbuk dan kisar, kulit kayu manis, lawang, cengkih dan serai. Kacau hingga naik bau dan cili kisar garing sedikit.
  2. Masukkan ayam, kacau rata sebentar.
  3. Tambahkan kicap dan gaul rata...Masukkan sedikit air dulu..Biar ayammesra dengan kicap.
  4. Masukkan pula asam gelugur dan tambahkan sedikit air jika perlu.
  5. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Akhir sekali bila ayam telah empuk, masukkan bawang besar dan cili merah dan hijau...Kacau  sekejap dan angkat.
  7. Hidangkan dengan nasi panas2...
     
     
     Jemput makan..!

Tuesday, January 10, 2012

NASI LEMAK HALBA

 Assalamualaikum..Kalau semalam menghidangkan Pancake utk b'fast , pagi ni pulak  nasi lemak halba beralaskan daun pisang..ermmm mmg harum bila nasi lemak panas2 diletakkan di atas daun pisang, kali ni makan dgn sambal tumis udang..Bagi yg sedang b'fast tu selamat menjamu selera..yg x b'fast lagi tu kalau nak rasa nasi lemak, silakan lah..jgn malu2 buat macam rumah sendiri.:)


NASI LEMAK HALBA
RESEPI : CMG@Dapur Tanpa Sempadan
By: Sofea@after6am

BAHAN NASI LEMAK :-)
3 cawan beras basmathi, rendam 30 minit dan toskan
4 1/2 cawan santan segar
1 helai daun pandan, disimpul
1 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, belah 4
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halis, kerat 2 dan titik
1/2 camca teh halba
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis 
Hirisan timun
Telur rebus (atau goreng)
Ikan @ ayam goreng (optional)
Kacang tanah goreng (optional)
Ikan bilis goreng (optional)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masukkan beras basmathi dalam rice cooker, masukkan santan dan semua bahan2 untuk nasi lemak, kecuali garam. Kemudian baru letak garam secukup rasa, agak2lah yea, mungkin dalam 3/4 camca teh macam tu. Masak nasi seperti biasa, hingga kering dan betul2 masak. Gemburkan nasi dengan chopstick dan biar sekejap lagi dalam rice cooker.
  2. Hidang nasi dengan bahan sampingan. Sesuai untuk sarapan, tapi boleh juga dihidangkan petang. Selamat mencuba untuk semua...



Monday, January 9, 2012

PANCAKE

Assalamualaikum..Selamat pagi isnin 9 Januari 2012 bersamaan 15 safar 1433H, tentu semua dh b'fast kan!..ye lah kan dh nak masuk tengahari..tentu para2 surirumah semua sedang bz kat dapur utk siapkan hidangan lunch pula..jap lg nak ambil anak sekolah, pas tu ptg hantar sekolah ugama, balik sekolah ugama lepas maghrib hantar ke tuition..la ni semua kerja kena buat cepat2 x leh nak lengah2..Ok, berbalik pada menu b'fast pagi tadi..hasil skodeng kat dapur K.Nor - Secubit Garam, K.nor kita CNP resepi kat sini ye..dh byk kali buat guna resepi ni, tapi baru kali ni dapat snap gambar..:)

PANCAKE by Hajar
Sumber : K.Nor @ secubitgaram

6 sudu besar butter ~ dicairkan
2 bj telur
2 1/2 cawan tepung naik sendiri
2 sudu teh baking powder
2 sudu besar gula castor
2 cawan susu segar
2 sudu besar jus lemon ~ optional
secubit garam

Campurkan kesemua bahan dan blend hingga sebati.
Biarkan sebentar dlm 10 minit.
Masak pancake spt biasa hingga habis.
Hidangkan panas2.


 

Saturday, January 7, 2012

AMERICAN CHEESE CAKE

Assalamualaikum..I'm back! baru berkesempatan mengupdate blog..pe2 pun masih belum terlewat nak wish Happy New Year 2012 buat semua pengunjung2 blog ni..Semoga tahun ini lebih baik dari tahun2 sebelumnya..pejam celik, pejam celik usia kita semakin meningkat..mcm tu juga lah dgn blog, dah setahun rupanye...Happy 1st Anniversary After6am..Muda lagi kan ! masih setahun jagung..Setakat ni After6am telah mempunyai seramai 228 followers.. Jutaan terima kasih diucapkan di atas sokongan anda. Ok lah, x nak taip panjang2 ..Jom tgk kek utk birthday my hubby ..terlewat celebrate, actually bulan disember, sebab nak tunggu semua berkumpul, tu pasal la lewat sikit! 

American Cheese Cake
Souce : Majalah saji
Bysofea@after6am 

BAHAN DASAR/ BAWAH: (Acuan spring foam saiz 9')
250 gm biskut marie (hancurkan)
100 gm mentega ( cairkan )

BAHAN KEK :
500 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
150 gm krim putar ( putar hingga gebu )
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara-cara:

Utk dasar: Gaul biskut dan mentega cair dan mampatkan dlm acuan kek ( guna acuan spring foam) . Sejukkkan dlm peti sejuk hingga keras. 
 
Utk adunan kek:
  1. Putar cream cheese dgn gula kastor hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul setiap kali telur dimasukkan.
  3. Masukkan jus lemon,kacau rata.
  4. Kemudian masukkan krim putar yang telah dipukul hingga gebu terlebih dahulu.
  5. Tuangkan adunan dlam acuan yg telah diletakkan dasar tadi.
  6. Bakar selama 1 1/2 jam -suhu 150'c secara steam bath. Bila dh masak jgn terus keluarkan, biarkan kek sejuk dlm oven dgn cara merenggangkan pintu oven.
    **  kaedah memasak secara steam bath,so  acuan yg digunakan perlulah dibalut dgn aluminium foil utk mengelakkan air meresap ke dlm kek **