Pages

Nuffnang

Tuesday, July 3, 2012

RED VELVET

Assalamualaikum..

Kalau last year utk jualan hari KOKO sekolah anak saudara akak buat Vanila Cupcakes With Buttercream, tahun ni akak buat Si Baldu Merah ni pula..kek yg agak popular buat masa ini, dan ramai yg telah mencubanya..

RED VELVET CAKE
Resipi : Rima
Sumber : kak Nor , Rabiatun


Bahan:
1 1/4 cup tepung
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk @ (1/2cwn susu segar + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan - x letak
1/2 sudu kecil baking soda - x letak

Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 175 C.
  2. Ayak tepung, baking powder dan garam di dalam 1 bekas. Ketepikan
  3. Satukan serbuk koko dan pewarna merah dalam 1 mangkuk kecil dan kacau rata hingga menjadi paste. (Boleh tambah sedikit air).
  4. Pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan dengan menggunakan mixer. Masukkan pula telur dan pukul lagi hingga sebati.
  5. Masukkan esen vanila dan juga campuran koko dan pewarna merah tadi. Pukul sebati.
  6. Masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dengan tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir sekali tepung). Ketepikan.
  7. Satukan cuka dan baking soda di dalam 1 mangkuk kecil, dan terus masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul sempurna dengan menggunakan spatula.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang saiz 6".Bakar pada suhu 175 C selama 50 minit atau sehingga masak.
  9. Sejukkan di atas redai. Setelah sejuk,bolehlah potong kek kepada 2 atau 3 bahagian. 
  10. Sapu Cream Cheese ke atas setiap lapisan dan lapiskan setiap layer.
  11. Salutkan kek dengan cream cheese. Simpan ke dalam peti sejuk untuk beberapa jam.
CREAM CHEESE FROSTING
Bahan:
125g cream cheese
50g butter tanpa garam
110g gula icing
1 cwn fresh cream - dipukul hingga kaku

Cara:
  1. Pukul cream cheese dengan butter hingga lembut.
  2. Perlahankan kelajuan mixer, masukkan gula icing sedikit demi sedikit. Pukul hingga sebati.
  3. Masukkan whipped cream gaul adunan dengan menggunakan spatula 


5 comments:

  1. menggoda uuuu..........
    cantik buat buah tangan.......

    ReplyDelete
  2. Jazakallah Mas, Asyifa & Shahriah krn sudi singgah sini..;)

    ReplyDelete