Pages

Nuffnang

Thursday, January 12, 2012

STRAWBERRY TIRAMISU

Assalamualaikum...Pernah makan tiramisu x ?  Kalau x pernah apa kata kita try buat sendiri, x de lah susah mana pun..akak ni pun  1st time buat tiramisu..memang dh lama berhajat nak buat, tapi asyik tertangguh sbb mencari biskut tiramisu @ lady's finger x jumpa2..bila dh jumpa terus buat dan inilah hasilnya, memang sedap dan kena buat lagi sebab biskut ada lagi dan lagi satu x puas makan hehe...x percaya tanya  K.Nor sbb dia pun pernah buat..Resepi dari blog rabiatunsweettouch.blogspot.com, Tun, tq for sharing..Akak CNP resepi kat sini utk rujukan di masa akan datang ..:)

 

STRAWBERRY TIRAMISU (versi asal Blueberry Tiramisu)
RESEPI : Rabiatun
SUMBER: K.Nor@SecubitGaram
SUMBER : Sofea@after6am

Bahan untuk syrup: (dapat 4 cup spt di atas)
150 g blueberry filling ~ akak guna strawberry & mango filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit ~ x letak
sedikit parutan kulit lemon ~ optional ~ x letak

Bahan2 lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry  @ strawberry segar

Cara:

1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jika ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun. Kalau nak buat asing2 cup by cup mcm Tun pun boleh..lagi senang nak serve. ye dak :-)
6). Boleh terus dimakan @ sejukkan dulu dalam p.ais selama 2,3 jam. Mmg enak dimakan ketika sejuk.
** biskut tu celup sekejap dalam air bancuhan nescafe sebelum disusun dlm cup.


Strawberry & Mango Tiramisu

21 comments:

  1. salam kak pea...gelas yg stroberi kat depan tu Liza copp yer....hihihihihi

    ReplyDelete
  2. kak sofea....
    mas gak tak buat2 lagi tiramitsu ni....
    curi segelasssss dan cabutttttttt..........

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mas, buat jgn x buat..
      jgjn curi2 tau, x baik..:)

      Delete
  3. wahh........... gojes nyer tiramisu nih! mcm kat hotel lak.. sayang nk makan. hihi

    ReplyDelete
  4. Ujung minggu ni gak nak gi cari strawberry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x pe along strawberry x de leh ganti dgn buah2 lain, blueberry, kiwi, mango pun sedap jg. ;)

      Delete
  5. Memang kena cari creamcheese weekend ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sam, p beli cepat dan selamat mencuba k :)

      Delete
  6. salam Sofea,

    Rasa sejuk ja tekak kak Ros ni bila tengok menu Sofea....Boleh dak Sofea kalau kita sejukkan dulu baru makan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. K.ros..mmg lagi sedap kalau kita sejukkan dulu
      tapi kalau jenis x sabar..
      lepas buat terus je belasah hehe..:)

      Delete
  7. salam kak sofea...ni kalau lieza makan ni..bertambah2 ler lemak badan nih..heheheh..nampak sedap tul..terbayang2 masuk kat tekak nih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam, x pe sesekali lupakan bab lemak2 tu
      bukan selalu nk makan..:)

      Delete
  8. As'salam Sofea

    ct pun belum pernah makan, nak buat lagilah tak pernah. ada juga nak sambar lady fingger tu kat bakery, tapi letak balik. takut beli tapi tak tahu bila nak buat...hehehe

    ReplyDelete
  9. assalam kak sofea, apa khabar kak?wahhh memang sedap tiramisu ni hari tu buat versi bluberry guna resepi ni juga memang best dan yg tak best bertambah lemak bdn ni..hehe

    ReplyDelete
  10. boleh pengsan nengoknya kak...dua2 perisa fav saya...bila la saya nak cuba...huhuhu

    ReplyDelete
  11. salam perkenalan. resepi di sini nampak cantik2. rasa nak cuba semuanya. saya dah cuba apam mentega, terbaikk! saya tertarik sekali denga watermark sofea. cantik sekali. macam mana nak buat dan pakai software apa? kalau tiada keberatan boleh beri tunjuk ajar. terima kasih

    ReplyDelete
  12. salam kak sofea..eina lum kesempatan nak buat tiramisu nih..mana nak cr ek biskut dia tuh?

    ReplyDelete