Pages

Nuffnang

Thursday, December 22, 2011

TAUGEH GORENG IKAN MASIN

Assalamualaikum..Semalam mkn tauhu, hari ni taugeh pula.. Pernah mkn x sayur taugeh yg digoreng dgn ikan masin ?  Nampak simple tapi mmg sedap dimakan panas2 , sayur apa2 pun kalau time nak makan baru goreng, tengok pun dh berselera..sayur kalau sejuk mcm x best je nak makan , betul tak?  Idea masak sayur taugeh mcm ni selepas mkn kat Singapore Chicken Rice (SCR) di Kuching ..Nasi ayam kat situ dihidang dgn Taugeh goreng ikan masin..nak tau sedap ke tak korang cuba lah sendiri ye!

TAUGEH GORENG IKAN MASIN
BY : Sofea@after6am

50 sen taugeh ~ rajin2kan diri buangkan akar taugeh tu..
Isi ikan talang masin ~ potong kiub dan goreng
1 biji tauhu ~ Goreng dan potong nipis
2 ulas bawang putih ~ Ketuk
sedikit daun kucai
cili merah dan cili hijau ~ potong serong
sedikit lada sulah

garam @ sos ikan jika perlu
2 sb minyak utk menumis

CARA:
1. Bersihkan taugeh, daun kucai & cili yg telah di potong tadi kemudian toskan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga  kekuningan dan masukkan taugeh, daun kucai dan cili.
3. Kacau2kan sebentar masukkan ikan masin dan tauhu. Rasakan dahulu jika kurang masin boleh tambahkan garam @ sos ikan.
4. Masukkan sedikit air supaya sayur x terlalu kering. Siap utk dihidang.


Pokok kucai yg ditanam di dalam pasu, nak masak potong je..buat cucur udang + kucai pun best jg..

Wednesday, December 21, 2011

TAUHU SAMBAL KACANG

Assalamualaikum..Menu lunch hari ni, Tentu ramai yg gemar mkn tauhu kan?  Termasuklah  My hb dan anak2 mmg suka mkn tauhu, Kalau beli tauhu selaunya  akak buat sambal mcm ni, mmg sedap dimkn dgn nasi putih,  Sebut tauhu teringat dah lama tak buat tauhu poket resepi Che Iza @ MYR  yg agak popular satu ketika dulu, sape yg pernah buat mesti tau betapa sedapnya tauhu poket dimakan panas2 sambil cicah sos. Pegghh mmg siyok! Ada masa nanti kita buat tauhu poket pula k...;)



TAUHU SAMBAL KACANG
BY :  Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN
4 biji tauhu ~ potong 4 setiap satu
1 labu bawang besar ~ blend
2 ulas bawang putih ~ blend
3 sb cili kering kisar @ ikut pedas
air asam jawa secukupnya
Garam & gula
Kacang tanah ~ goreng & tumbuk
Daun salad

CARA:
1. Goreng tauhu jgn terlalu garing, angkat dan ketepikan.
2. Tumis bawang yg telah diblend bersama cili kering hingga pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa, garam & gula secukup rasa. Kecilkan api biar kuah agak pekat dan masukkan tauhu. Gaul2kan hingga kuah bersalut pd tauhu.
4. Alaskan pinggan dgn daun salad, letakkan tauhu dan taburkan kacang. Siap utk dihidang.


Tuesday, December 20, 2011

NASI GORENG BUNGA KANTAN

Assalamualaikum, Menu dinner yg simple tapi mengenyangkan, dh byk kali buat , fav seisi keluarga..

Nasi goreng bunga kantan
sumber : sofea@after6am
                 

Bahan-bahan ( 3-4 org )

  • 3 mangkuk nasi
  • 3 s.b udang kering
  • 4 biji cili padi..nak pedas tambah lg.
  • 2 ulas bwg putih
  • 2 s.b cili kering mesin
  • lobak merah ..potong dadu
  • 4 biji kacang buncis
  • 1 kntum bunga kantan ..hiris nipis 
  • sehelai daun kunyit..hiris halus
  • 3 s.b sos tomato
  • 3 s.b kicap manis
  • isi ayam,udang @ sotong..ikut suka
  • garam secukup rasa
  • minyak utk menumis
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Tumbuk/kisar udang kering,bawang putih dan cili padi.
  2. tumis bhn yg ditumbuk tadi bersama cili kering mesin.
  3. setelah garing masukkan masukkan isi ayam,udang, sotong, lobak merah dan kacang buncis.
  4. kemudian masukkan telur,kacau rata dan masukkan nasi.letak kan garam,sos tomato & kicap.
  5. setelah masak semuanya,baru masukkan bunga kantan yg telah dihiris nipis tadi.
  6. siap utk dihidang.makan panas2 dgn aroma bunga kantan yg sggh menyelerakan..

Thursday, December 15, 2011

SPAGHETTI CARBONARA

Assalamualaikum..Lunch ala2 western pula hari ni..simple tapi sedap, time cuti sekolah ni masak ikut selera anak2, tapi mak bapak pun boleh tumpang sekaki. Senang je nak masak Spaghetti Carbonara coz la ni dh ada sos yg siap , akak guna sos carbonara Prego. Ok lah jom kita tgk resepi yg tersangat mudah ni..:)

SPAGHETTI CARBONARA
BY : Sofea@after6am


Bahan-bahan:
1/2 packet spaghetti
1 tin sos carbonara Prego
3 ulas bawang putih ~ cincang halus
udang, sotong, ayam @ daging
3 sb olive oil
2 biji tomato cerry
1/4 cawan air
garam & serbuk lada hitam secukup rasa

CARA:
1. Rebus spaghetti according to the packet instruction,  Toskan dan renjis2 kan sedikit olive oil utk mengelakkan pasta melekat.
2. Panaskan 3 sb olive oil dan tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan udang dan sotong.
3. Masukkan sos carbonara dan 1/4 cawan air. Kacau hingga mendidih dan masukkan spaghetti. Gaul2 kan hingga spaghetti bersalut dgn sos tadi. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan tomato cherry dan siap utk dihidang.



Google search ~ Carbonara Sauce

Wednesday, December 14, 2011

NASI AYAM IPOH

Assalamualaikum..Dah siap masak , Sape nak makan Nasi Ayam Ipoh mai cepatttt! hehe dh banyak kali buat, mmg best resepi dari Quinnie ni.., Terima kasih Q,  Akak cnp resepi kat sini ye! mmg nampak byk bahan yg digunakan, tapi bagi sesiapa yg pernah masak nasi ayam ni, biasa je.mcm masak nasi2 ayam yg lain..nak tau sedap ke tak..kena lah cuba sendiri k..

 NASI AYAM IPOH
 SUMBER : Quinnie @ MYR

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega 
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( optional )
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 batang daun bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu ( akak x letak)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam & gula secukupnya 
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili padi
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya 
  • 2 sb sos tiram
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasi, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

 Sambal kicap dia mmg sedap..!

Spt biasa akak suka tambahkan sayur2an dlm sup..
 

Monday, December 12, 2011

AMERICAN CHEESE CAKE

Assalamualaikum..Agak bz sikit cuti2 sekolah ni, sampai x sempat nak update blog, ayat yg selalu digunakan bila dh lama x update blog..actully tuan punya blog yg pemalas..hehe , oven pulak buat hal, maklumlah telah sekian lama berkhidmat, sikit je rosak masih boleh digunakan..guna selagi boleh! Alhamdulillah sempat juga siapkan order, nasiblah time membakar kek ni dia x buat hal..coz cheesecake ni x mcm kek2 lain suhu kena betul baru kek jadi elok!

American Cheese Cake
Souce : Majalah saji
Bysofea@after6am 


BAHAN DASAR/ BAWAH:
250 gm biskut marie (hancurkan)
100 gm mentega ( cairkan )


BAHAN KEK :
500 gm cream cheese
250 gm gula kastor
5 biji telur
150 gm krim putar ( putar hingga gebu )
1 biji lemon (ambil jusnya)

Cara-cara:

Utk dasar: Gaul biskut dan mentega cair dan mampatkan dlm acuan kek ( guna acuan spring foam) . Sejukkkan dlm peti sejuk hingga keras.  Utk adunan kek:
  1. Putar cream cheese dgn gula kastor hingga sebati.
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji, pukul setiap kali telur dimasukkan.
  3. Masukkan jus lemon,kacau rata.
  4. Kemudian masukkan krim putar yang telah dipukul hingga gebu terlebih dahulu.
  5. Tuangkan adunan dlam acuan yg telah diletakkan dasar tadi.
  6. Bakar selama 1 1/2 jam -suhu 150'c secara steam bath. Bila dh masak jgn terus keluarkan, biarkan kek sejuk dlm oven dgn cara merenggangkan pintu oven. 
  7.