Pages

Nuffnang

Thursday, October 27, 2011

ASAM PEDAS REBUS

Assalamualaikum..Masak apa utk lunch hari ni?  Menu akak simple je ...ikan pari masak asam pedas rebus, senang je nak masak, campak2 je bahan dlm periuk..Asam pedas ni tanpa belacan tapi kalau sape2 nak letak belacan pun boleh, ikut selera masing lah ye..!

ASAM PEDAS REBUS
By: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
1 potong isi ikan pari ~ kerat 5 ketul
2 sb cili kering mesin
4 ulas bawang merah ~ tumbuk halus
1/4 st serbuk kunyit
2 keping asam keping
sebatang serai ~ dititik
bunga kantan ~ belah 4
daun kesum
6 biji kacang bendi
air secukupnya
garam

Cara:
1. Masukkan air, cili kering mesin, bawang merah yg telah ditumbuk, serbuk kunyit , asam keping, garam dan serai yg telah diditik ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
2. Setelah mendidih masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum, akhir sekali masukkan bendi dan kecilkan api biar kuah mereneh. Siap utk dihidang.


Tuesday, October 25, 2011

CUCUR JAGUNG PEDAS

Assalamualaikum...Masa utk minum petanggg! baru lepas buat cucur jagung, panas2 lagi niii..meh la join akak minum petang..teh "o" pun dok berasap2 lagi...terfikir gak tadi nak rebus ke, buat bubur ke @ nak buat cucur...so cara paling cepat buat cucur je lah... Setengah org suka cucur jagung manis tapi akak lebih suka yg pedas...tapi x de la pedas sgt, ada rasa2 cili sikit gitu..ok lah memandangkan bahan2 utk buat cucur ni main campak2 je..so agak2 sendirilah ye..!


CUCUR JAGUNG PEDAS
BY : Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:

2 Tongkol jagung ~ hiris nipis isinya
Udang hidup/ udang kering/ ikan bilis
2 sb cili kering kisar
sedikit daun kucai
Tepung gandum
Garam
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng

Cara:
Masukkan semua bahan kecuali minyak dalam satu bekas, masukkan air sedikit2 dan gaul mengikut kepekatan yg dikehendaki. Lebih kurang macam buat cocodok tu..kemudian panaskan minyak dan bolehlah  digoreng. senang kan!


Jemput makan..!

Monday, October 24, 2011

ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum..Menu lunch hari ni, Asam Pedas Ayam. Sebab ada 2, 3 kuntum bunga kantan yg baru diambil kat pokok tepi rumah, so ronda2 cari resepi nak masak apa la dgn bunga kantan ni..daun kesum pun nampak subur je selepas letak baja..la ni musim hujan, makin suburlah pokok yg di tanam..bukan pokok je subur, rumput2 pun sama naik, gemuk2 je rumput2 tu kan..kalau la leh mkn..hehe ok..Ni la hasilnya selepas skodeng dapur Ana Wahid ,   K.Nor  pun pernah try resepi ni..T.kasih kepada penyumbang resepi ! :)



ASAM PEDAS AYAM
SOUCE : Ana Wahid
By ; Sofea@after6am

Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia
6-8 ketul ayam - di bersihkan
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba ~ x letak
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya
1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
1 kuntum bunga kantan ~ belah 4 ~ sendiri tambah

Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan.


Saturday, October 22, 2011

RICH CHOCOLATE PUDDING

Assalamualaikum...Selamat berhujung minggu!  Dessert yg penuh dgn rasa coklat sesuai betul dgn namanya..Nak buat pun senang dan bahan2 nya pun mudah..kebanyakkan dh ada kat dapur..just bancuh dan masak , pas tu tuang dlm acuan..sejukkan dalam p.ais...mmg sedap mkn time sejuk, nyamannya rasa bila lalu kat tekak...Dah byk kali buat tapi x sempat post...sbb sedap sgt! Kali ni buat baru sempat post...Salah satu puding yg glamour kat Myresipi satu masa dulu..Tq Jun.


RICH CHOCOLATE PUDDING
SOURCE :  yummylicious-jun.blogspot.com
BY : Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:

 1/2 cwn koko
1 cwn gula
1/2 cwn susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cwn air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanila
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2

Campur semua kecuali butter. Masak sampai mendidih dan pekat. Masukkan butter. Masukkan kedalam loyang atau acuan disukai. Biar sejuk. 

Kan dh kata senang je buat puding ni..tunggu apa lagi gi la buat..! ;) 

F or chocolate lovers...

Friday, October 21, 2011

AYAM CILI BERGAJUS

Assalamualaikum..Salah satu menu lunch hari ni, ayam kalau masak gini mkn dgn nasi putih panas2 mmg siyok, dh habis licin dinner nanti masak lain pula. Resepi yg senang dan mudah disediakan...


AYAM CILI BERGAJUS

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
halia~ hiris nipis memanjang
2 sb cili kering kisar
2 sb sos cili
2 st madu
garam
2 biji cili kering ~ potong 1/2 in~ goreng
50 gm gajus ~ panggang @ goreng 
daun bawang
minyak 

Cara:
1. Bersihkan ayam lumur garam kunyit, goreng hingga masak & angkat.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan masukkan cili kisar.
3. kemudian masukkan garam dan cili sos~ masukkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan ayam, gajus , cili kering yg telah di goreng tadi dan madu. Kacau dan akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.
5. Siap utk dihidang.

ROTI JALA & KARI AYAM

Assalamualaikum...Fuhhh, dh seminggu x update blog..bukan pasai apa..intenet buat hal, Alhamdulillah, semalam dan pagi ni nampak dh ok..roti jala ni entah yg keberapa kali buat pun x tau la..jika tgk entry yg lepas2 dh byk kali menayang roti jala, akak buat roti jala ni sbb masak  kari ayam utk lunch..pas tu utk minum petang buat le roti jala..boleh cicah dgn kari ayam tadi...harap2 korang x jemu tgk akak asyik menyang menu ulangan je ok.

RESEPI ROTI JALA
Sumber : Ratna @ CikBawang & Ummizaihadi-homesweethome
By : Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN

3 cawan tepung gandum
3 cawan air
1 biji telur
1/2 st garam
beberapa titik pewrna kuning


Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender dan belnd hingga sebati.
Perap aduanan tepung tadi selama 1/2 jam.
Panaskan kuali leper @ kuali non stick dgn api  sederhana.
Jika menggunakan kuali leper biasa sapukan sedikit minyak masak di permukaan kuali.
Tibar/ kirai adunan atas kuali.
Biarkan roti jala masak dan bolehlah diangkat.
Gulung @ lipat mengikut citarasa masing2.



Friday, October 14, 2011

KUIH KETAYAP

Assalamualaikum..hari ni b'fast  kuih ketayap @ kuih dadar @ kuih gulung, inti dh siap buat semalam,  4.30 pagi bangun blend tepung dan daun pandan..pas tu tidur semula 6.00 pagi bangun dh boleh masak..kalau kuih2 yg guna tepung  dibancuh begini seperti roti jala, kuih cara, kuih lompang etc  akak suka perap dulu, baru adunan sebati dan nampak cantik bila di masak. Kuih ni kalau beli sebiji 40 sen, kalau buat sendiri modal x de la mahal sgt dan lagi satu sekali buat dapat byk, boleh makan ulang2, buat bekal utk hb dan anak2 pun boleh. Memandangkan masa bancuh tepung dan buat inti main campak2 je so x dapatlah bagi resepi, Insyaallah , next time kalau buat lagi akak sukat bahan2nya. :-)



Thursday, October 13, 2011

MEE KUAH TOMATO

Assalamualaikum..Menu org kurang sihat, x selera nak mkn nasi tapi rasa nak mee..Mee kuah tomato, ala2 mee sup dan ada rasa masam2 tomato..x nak guna mee boleh ganti dgn mihun @ kay teow.

MEE KUAH TOMATO
BY: Sofea@after6am 

Bahan-bahan:
1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang putih~ cincang halus
udang@ayam @daging
 2 sb cili kering mesin~ nak pedas tambah lagi
1 kiub ayam
sos tomato ~ ikut la nak masam mcmana
2 pokok sawi pak choy
1 biji kentang (saiz besar) rebus & lecek halus
2 biji tomato
garam & gula
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air
minyak utk menumis

Cara-cara:
1. Rendam mee dalam air panas hingga lembut dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga kekuningan dan masukkan cili mesin.
3. kacau sebentar dan masukkan isi ayam serta batang sawi. Tambah 1 cawan air, masukkan kentang yg dilecek halus dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, garam, gula & serbuk lada secukup rasa.~jika ingin kuah lagi boleh tambahkan air.
4. Akhir sekali masukkan udang,daun sawi dan tomato yg di potong 6. Perlahankan api dan biarkan reneh sebentar.

Friday, October 7, 2011

LEPAT LIAT

Assalamualaikum.. Rasa nak makan Lepat Liat, bahan-bahan semua dh ada..daun pisang ambik tepi rumah, kelapa untuk inti dah siap kukur...pengukur tu pinjam kat mak..sebab zaman la ni x byk rumah yg ada pengukur kelapa..termasuk la rumah akak..hehe, Kuih Fav  suami dan anak2..lagi pun akak buat kuih sbb esok bercadang nak pi melawat kakak kat matrik..Dia suka sgt kuih ni ! Sebelum buat tanya mak dulu, biasalah kan kuih org dulu2 kena lah tanya pada yg arif...dan mcm biasalah jwpan yg mak kita beri..masuk tu sikit masuk ni sikit...tak de sukatan...Alahaii balik rumah buat sendirilah..Mula tu rasa renyah jg nak buat kuih ni..sbb kena ambil daun pisang pas tu layur, cuci, gunting, sapu minyak..kelapa pl kena kukur..akak guna kelapa tak terlalu tua..yg sedang molek utk buat inti..masak air gula bla bla bla...Alhamdulillah, ini lah hasilnya..lepat liat yg tak liat tapi lembut je masuk mulut, dgn inti yg lemak2 masin..feh! mmg puas hati lah..sape2 yg nak cuba ni akak letakkan resepi  ;)


LEPAT LIAT AFTER6AM
Sumber : My Mom
By : Sofea@after6am

A)  150 gm gula merah
      2 sb gula putih ~ nak manis tambah lagi
     1 cawan air
     1/ 2 cawan santan
     1 helai daun pandan ~ simpul

B)  300 gm tepung pulut
    1 Biji kelapa parut putih + sedikit garam (inti)
    Daun pisang secukupnya, layur dan sapu minyak

Cara:  (A) Masukkan gula merah, gula putih, daun pandan dan air ke dlm periuk, masak hingga semua gula larut dan mendidih, perlahankan api dan masukkan santan, kacau2 sebentar dan bolehlah diangkat. Tapis air gula tadi dan sukat sebanyak 1 1/3 cawan. Jika ada air gula lebih boleh di simpan utk kegunaan lain.

B) Masukkan tepung pulut ke dalam bekas  dan tuangkan sedikit2  1 1/3 cawan air gula tadi. Gaul hingga sebati . Adunan nampak lembik sedikit tapi x mengapa sbb kita perlu perap adunan ni selama 1/2 jam. 
Adunan akan jadi keras sedikit selepas di perap dan bolehlah di canai di atas daun pisang yg telah disapu minyak. Letakkan inti kelapa dan  lipat kemas seperti membuat lepat pisang. Buat sehingga habis dan kukus selama 25 -30 min. Dh siap boleh lah diangkat dan hidangkan utk seisi keluarga. Selamat Mencuba !

 Suka letak inti banyak2..

Jemput makan!
ooo La ni baru tau, makan time panas lepat ni rasa lembut, kalau mkn bila dh sejuk baru rasa liat2 skit..mcm rasa dodol, sbb tu namanya lepat liat..;)

COKODOK PISANG

Assalamualaikum & selamat pagi...Cokodok also called cucuq kodok @ nama yg sopan Jemput-jemput pisang sbb menggunakan pisang, kalau guna bawang jadilah jemput2 bawang + ikan bilis  @ udang..x kisah lah korang sebut apa pun yg pasti cokodok is forever fav in my house..

 
Senang dan mudah membuatnya, kalau ikut cara akak cuma 3 bahan yg diperlukan, pisang yg dh ranum, tepung dan gula..tak suka letak soda bikarbonat @ telur. Selalunya buat cokodok ni x pernah ikut resepi, bergantung pada kuantiti pisang yg ada, ramas2 pisang hingga hancur dan masukkan tepung sikit2 , kena pandai agak la tepung ni, kalau byk keras pula dan kalau sikit tepung lembik dan berminyak x sedap nak makan..gula pula ikut manis sendirlah

Bagi anak2 yg nak try buat cokodok, lepas dh siap bancuh..try goreng sebiji dua dulu..angkat dan rasa pas tu boleh la tambah apa yg kurang. Jgn kata senang je buat cokodok..belum cuba belum tau..kadang2 ada jg yg failed ! :D

Thursday, October 6, 2011

NASI MINYAK BERIANI

Assalamualaikum..korang pernah dengar or makan tak nasi minyak beriani ?  Actually akak pun x pernah makan..hehe, ni ceritanya..mula2 tu nawaitu nak masak nasi minyak , dah siap semua bahan time nak menumis terpandang lak rempah beriani, so ambil 2sb rempah bancuh ngan air terus masukkan dalam tumisan dan masaklah macam kita masak nasi minyak biasa..dan inilah hasilnya..nasi yg sedap, lembut dan berbau harum. Nak resepi? Boleh..ni akak serta gambar dan resepi , cubalah kalau nak tau sedap ke tak ? :)


NASI MINYAK BERIANI

Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi ~ rendam 1/2 jam, bilas & toskan
1 cawan fresh milk
air secukupnya
garam & gula 
kismis

utk tumis:
3 sb minyak sapi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 helai daun pandan ~ simpulkan
2 sb rempah beriani ~ bancuh dgn sedikit air

cara:
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan tumis , kacau hingga wangi.
2. Masukkan rempah beriani dan kacau hingga pecah minyak
3. Kemudian masukkan beras, susu, air ,garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kismis.
4. Cara 1-3 akak masak guna dapur biasa, selepas masukkan kismis, kacau sebentar dan alihkan ke rice cooker.
5. Setelah siap masak bolehlah dihidang dgn lauk2 yg sesuai.

Dalca

Ayam Goreng Berempah

Acar Limau ~ mak bagi..

Wednesday, October 5, 2011

KARI SOTONG

Assalamualaikum..Dh lunch?  Hari ni  akak masak kari sotong , geram tengok sotong2 yg fresh tadi, tu pasal beli 5 ekor ..rasa nak makan kari lak sbb mmg dah lama x buat kari..susah juga kan nak masak sotong,  kadang2 keras dan liat tapi akak senang je..nak lembutkan sotong dan mudah dimakan masak dalam pressure cooker..cepat dimasak cepat la boleh makan...Dah x berapa muda ni kena la mkn benda yg lembut2, kang tercabut lak gigi yg dh x berapa nak kuat nii..:)

KARI SOTONG
BY : Sofea@after6am

5 ekor sotong sederhana besar
3 ulas bawang putih ~blend
1/2  biji bawang besar ~ blend
1/2 in halia ~ blend
1 paket kecil serbuk kari daging ~ bancuh dgn sedikit air
1 sb cili kering mesin
2 tangkai daun kari
sedikit kulit kayu manis
2 biji ubi kentang 
1/2 batang carrot
1 biji tomato
1 biji cili hijau
santan secukupnya
garam
minyak utk menumis

Cara:
1. Bersihkan sotong - buang dakwat serta semua kotoran yg ada dan buang kulitnya. Gaulkan sotong dalam air limau nipis dan sedikit garam kemudain bilas bersih dan toskan. Terpulang pada citarasa masing2 nak masak sotong sekor2 @ nak kerat2.
2. Panaskan minyak dalam pressure cooker dan tumis bahan yg telah blend, daun kari, kulit kayu manis hingga harum dam masukkan rempah kari & 1 sb cili kering mesin . Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sotong dan air secukupnya dan tutup pressure cooker tadi. Tunggu lebih kurang 20 minit , buka tutup periuk dan check sotong tu dh lembut @ belum- jika belum boleh teruskan merebus (bergantung pada saiz sotong, kalau kecil may be sekejap sj)
4. Bila sotong dh lembut masukkan  ubi kentang dan carrot - tambah air jika perlu. Bila kentang & corrot empok masukkan santan .
5. Masukkan garam dan akhir sekali masukkan tomato dan cili hijau. Perlahankan api dan biarkan kari mereneh. Siap utk dihidang dgn nasi putih @ dicicah dgn roti.

Ada sape2 suka janggut sotong?

Cicah dgn roti pun best jg !

OLE-OLE FROM BATAM

Assalamualaikum...Apa khabar semua pengunjung2 blog yg x seberapa ini, Lama giler x update blog..coz KEMALASAN tahap yg tak boleh ditafsirkan...Actually minggu lepas En hb ke Singapore & Batam , so tinggal 2 org je ..tu pasal la jadi begitu malas nak masak..tapi bukan x masak k..cuma masak biasa2 je! Ni la ole2 yg di bawa balik oleh En hb dari sana..4 biji kek pisang yg di beli di Batam. Mula tu bila dengar kek pisang, alahai mcm biasa je dan boleh buat sendiri tapi bila tengok mak aiiii mcm x percaya lak tu kek pisang..Sayang nak potong rasa nak simpan pas tu hari2 tgk je...hehehe, korang tgk sendiri lah cantik ke tak dan kalau nak rasa kena pi beli sendirlah ye @ leh order di kekpisangvilla.com , kek yg sungguh sedap , moist dan kurang manis.


1) Kek pisang dengan lapisan jem strawberry dan siraman coklat dark n white pada lapisan atas 
2) Kek pisang dengan rasa mocca dengan lapisan cream mocca pada bagian dalam serta taburan choc rice pada bhgn atas.
3) Kek pisang yang  diselimuti oleh parutan cheese dan jem strawberry pada bhgn dalamnya.
4) Kek pisang yang ditaburi hirisan buah - buahan yang beraneka warna