Pages

Nuffnang

Thursday, September 22, 2011

CORNFLAKES MADU

Assalamualaikum...Ni bukan biskut raya aidilfitri baru2 ni, yg buat raya dh habis, bekas pun dh basuh..maklumla bukan budak2 je suka mak bapak budak pun suka..buat lagi sekali untuk Wanie bawa ke jamuan raya sekolah pagi & sekolah ugama...x pe senang je buat biskut ni main campak2, gaul2 masuk dlam oven sebentar,  dah siap!  Resepi copy paste dari blog Puan Nor Azmihah , T.kasih kak :)


CORNFLAKES MADU versi K.Nor
By : Sofea@after6am

1 kotak besar cornflakes (Nestle)
6 sudu besar butter ~ letak 5 sb
6 sudu besar gula pasir ~ x letak - selalu buat mmg x pernah letak
2 sudu besar madu  ~ sbb x letak gula ganti 6 sudu madu
kekacang tu optional

Cairkan butter + madu kemudian masukkan cornflakes dan kekacang. Gaul hingga sebati. Padamkan api.
Masukkan dlm papercup dan bakar sekejap. (suhu lebih kurang 160 - 170C lebih kurang 5min)
Biarkan sejuk diredai/rack baru la dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

tips:
kalau cornflakes madu ni kurang melekat antara satu sama lain selepas dibakar, cuba lebihkan sedikit masa utk membakar tu tp jgn sampai hangus.. boleh gak direndahkan sket suhu oven supaya kukis kita tak hangus..

Wednesday, September 21, 2011

KARI IKAN MASIN DGN NENAS (TUMIS DARAT)

Assalamualaikum...Selalu sgt mkn ayam, daging, udang ..sesekali tukar selera ke ikan masin pulak, kari @ gulai ikan masin ni mmg fav seisi keluarga..gu pula dgn sambal belacan dan ulam2, mmg bertambah2 nasi la ...tapi hari ni x de sambal belacan dan ulam, just kari ikan masin dan ikan goreng ..sbb yg nak mkn 2 org je..sayur pun x masak sbb dalam kari tu dh letak mcm2 sayur. Memandangkan resepi lebih kurang sama yg Ummi Kuantan masak so akak copy paste resepi dari blog Ummi.Thanks Ummi :)


KARI IKAN MASIN DGN NENAS (TUMIS DARAT)
SUMBER : -ummizaihadi-homesweethome-
BY : Sofea@after6am

Bahan:-
8 - 10 keping ikan talang yang dikerat2 ~ akak guna ikan duri
(*rendam 1/2 jam untuk kurangkan sikit rasa masin)
1 paket rempah kari ikan
2 cawan air
3 cawan santan pekat
5 keping nenas potong bulat nipis dan kerat 2
(*boleh juga potong serong nipis2)
1 sudu kecil halba
garam (kalau perlu - seimbangkan rasa ikan masin dulu)
Sendiri tambah :
1 biji terung 
2 biji ubi kentang
1/2 btg carrot
1 biji cili hijau

Untuk tumis darat:-
3 ulas bawang merah - hiris nipis
2 ulas bawang putih - hiris nipis
1 inci halia - hiris kecil
1 tangkai daun kari
1/4 cawan minyak masak

Cara memasak:-
Bancuh rempah bersama air dan masak atas dapur dengan ikan. Masukkan halba. Masak lebihkurang 10 - 15 minit hingga rempah kari benar2 masak. Masukkan santan dan nenas. Biar nenas agak lembut, tutup api. Dalam kuali, panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan tumis, kacau agak kekuningan dan layu. Tuangkan kesemuanya ke dalam periuk kari ikan tadi. Kacau rata, tutup periuk...Emmm..bila cedok, memang naik bau, buka selera... !

APAM MENTEGA LAGI

Assalamualaikum...Harap2 x de la yg loya @ muntah ijau bila tgk akak x habis2 menayang Apam mentega, kalau yg tengok pun dh jemu apatah lagi akak yg membuatnye..kalau dulu mkn gak ler seketul dua lepas masak..laa ni tengok je..nak mkn pun dh x lalu..Buat kelmarin sbb ada yg mengoder...ok tgk je lah ye, kalau nak rasa leh buat sendiri, resepi akak sertakan sekali..!

APAM MENTEGA

Resepi: Sofea@after6am

Bahan-bahan ( +-50 biji )

  • (A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
  • (B)
  • 3/4  cawan gula castor 
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung. Gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......

Tuesday, September 20, 2011

KARIPAP

Assalamualaikum...Baru saja menyiapkan tempahan karipap dari kakak sebelah rumah, untuk kulit karipap tu akak guna resepi dari Blog Quinnie ,Kalau ikut resepi Quinnie letak 2 cawan air ais tapi jgn guna semua, masukkan air sikit2 dan uli hingga jadi doh.  T.kasih Q..mmg sedap dan rapuh karipap ni walaupun dh sejuk. Sape2 yg nak buat boleh la ke blog Q,  byk tip2 yg diberi utk menghasilkan karipap yg terbaik mcm nii..tips utk menggoreng karipap pun ada..karipap x kan berjerawat @ bergerutu kalau ikut cara yg Q ajar...Dan inilah hasilnya! Buat byk guna acuan je, malas nak kelim!

KARIPAP 
SUMBER: quinnie
BY: Sofea@after6am

Bahan2 doh
  • 750 gm tepung gandum
  • 300 gm planta
  • 1/3 cawan minyak sayur/ masak
  • 2 sudu kecil garam
  • secukupnya air dari peti ais (letak sikit2 masa menguli doh)
Cara-Caranya
  1. **Mula2 panaskan minyak dan planta dlm periuk kecil. masak hingga didih dgn api yg kecil. Sementara tu masukkan tepung dan garam dlm manggok besar...kacau2 rata...bila dah didih planta tadi...masukkan skit2 dlm tepung tadi....gaul dgn sudu/ senduk kayu sebab panas.....kacau2 rata sampai habis. Kemudian isi air...isi skit2 dan mula la menguli.....uli sampai doh jadik macam doh buat roti lembut dia...dan texture dia pun lebih kurang sama...rasa cam lembut dan boleh nampak doh tu naik skit.....uli sampai tak melekat doh tu pada mangkok dan tangan....bila dah dpt doh camni maknanya betul la tu....kemudian balut doh dgn plastik...rehatkan dlm 10m...
  2. Lepas doh direhatkan kita akan dpt doh yg lebih lembut...nampak dia cam berpeluh doh tu....kemudian boleh la mula kan proses menggelek doh dan mengisi inti.....ambil skit tepung dan tebarkan tepung tu sebelum gelek setiap doh....saya guna acu bulat yg besar tuk dptkan betuk yg sekata...kalau tak dek boleh guna cawan....gelek nipis dan bolehla isi inti.....bagus tips balut doh ni dgn plastik sebab doh tu akan lembut sentiasa dan tak dek masalah doh tu akan kering kalau kita buat byk pun dohnya....
  3. Bila dah habis buat karipap tadi....boleh la goreng...faktor menggoreng pun penting jugak....kalau tersalah cara...kulit tu tak rangup sgt dan tak dek ruang2 kosong kat dlm dia....kalau betul cara goreng nya..karipap tadi akan mengembang dan rangup lama....saya kalau goreng pagi....malam pun still sedap lagi kalau nak makan. Masukkan minyak yg byk dlm kuali.....panaskan minyak dan bila minyak dah panas...tutup api dan baru masukkan kuih karipap...ni utk mengelakkan karipap tadi kulit dia berjerawat dan karipap masak sekata...isi jgn penuh sgt dlm kuali....lepas tu hidupkan balik api...api kecil je....dan kemudian biar karipap tu masak hingga kuning....selalu balik2 kan dia...tapi jgn kasar sgt masa nak balikkan sebab kulit ni rangup...takut pecah....dah kuning kaler dia...boleh la angkat. bila nak masukkan karipap tuk kali kedua...tutup balik api kuali dan letak karipap dan hidupkan balik api...sama macam proses pertama...buat cam ni tiap2 kali nak menggoreng..
  4. Cara2 nak simpan kalau ada karipap yg lebih....dulu2 saya akan goreng sekejap dan toskan karipap...bila dah sejuk susun dlm tupperware dan simpan dlm peti ais...tapi kadang2 letih dan leceh kalau guna cara ni...so saya guna cara lain....masa proses buat karipap tadi...bila dah siap satu dulang....saya simpan dlm peti ais....biar dlm 1/2 jam dan kemudian keluarkan dia dan baru susun dlm tupperware...boleh simpan bertinggkat2 kalau ikut cara ni sebab karipap tadi dah keras kulit dia....kalau nak lapik dgn plastik antara karipap tu pun boleh...tapi saya kadang2 tak buat pun. karipap tapi tak melekat kulit dia antara satu sama lain sebab kita dah keraskan kulit dia dulu sebelum tindan2kan....
( nota:kalau ikut cara2 masak kulit saya tu....insyaallah anda akan dpt kulit yg rangup dan ada ruang kat dlm dia....saya selalu tertanya2 macam mana la org dpt kulit cam ni....dan faktor menggoreng penting...kalau api kuat memang kulit dia tak gelembong)

Monday, September 19, 2011

CUPCAKES

Tempahan cupcakes dari my sister in law untuk majlis pertunangan anak kawannya..

VANILLA CUPCAKES WITH BUTTERCREAM ~25 PCS - M SIZE
 
KEK CAWAN COKLAT
SUMBER : BUKU KEK CAWAN LYNN HASSAN
BY : Sofea@after6am

110 gm mentega
100 gm gula kastor ~ akak letak 80 gm
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri
4 sudu makan serbuk koko
4 sudu makan susu segar

Cara:
1. Ayak tepung dgn serbuk koko , ketepikan.
2. Putar mentega dgn gula sampai sebati, kemudian masukkan telur satu persatu, pukul sampai kembang.
3. Masukkan campuran tepung tadi selang seli dgn susu segar.
4. Masukkan ke dlm papercup @ souffle dan bakar pada suhu 170'c selama 23 minit.

RESEPI BUTTERCREAM

150 gm krimwell
50 gm mentega
200 gm gula icing (ayak)~ @ akak letak 150gm
esen vanila

Cara:
1. Putar krimwell sampai ringan, masukkan mentega dan putar lagi.
2. kemudian masukkan gula icing dan vanila.
3. Putar hingga semua sebati dan gebu.



SOTO & JAMUAN RAYA 2011

Assalamualaikum..Masih lagi dlm mood berhari raya, kebetulan Jumaat 16 sept 2011 cuti umum sempena Hari Malaysia termasuk cuti sabtu & ahad so ramailah yg ambil kesempatan mengadakan rumah terbuka..Sabtu baru ni 17 sept 2011 bersamaan 19 Syawal 1432H Pas Kawasan Balik Pulau telah mengadakan  Jamuan Hari Raya bertempat di Dataran Teluk kumbar P.Pinang. Bagi Pas Cawangan Sungai Rusa, Balik Pulau, akak & suami menerima tanggungjawab menyediakan soto utk 500 orang makan. Fuhhh! banyak tuuu..x pernah masak sebanyak ni lagi, ni lah kali pertama tapi Alhamdulillah, dapat juga menyiapkan soto tersbut dengan bantuan anak2 yg kebetulan balik bercuti..Jom tgk gambar2 sekitar majlis tersebut!

Aktiviti masak memasak bermula petang jummat ...merebus nasi himpit sebanyak 100 ketul
10 pagi hari sabtu..gotong royong bersama suami & anak2 memasak kuah soto 

Mencarik isi 10 ekor ayam

Banner- Soto Istimewa Pas Cawangan Sungai Rusa

6.40 ptg sampai di Dataran Teluk Kumbar dan membuat persiapan utk jamuan.

Lepas Maghrib org ramai mula datang dan beratur utk merasa soto yg kami sediakan..

Gerun jugak tgk kuah soto tu..1 periuk besar..boleh habis ke? Alhamdulillah, habissss :)

Selain soto, mihun sup pun ada..

Nama pun jamuan raya..mestilah ada ketupat, lemang dan rendang! 

Tidak ketinggalan kuih muih juga dihidangkan, donut, karipap, kuih bom..

Mihun Goreng pun ada..

Seperiuk bubur nasi @ kanji @ moi

Ni yg best..cucur udang & tauhu serta kuah kacang..

Buah-buahan sbg pencuci mulut ..tembikai, betik dan oren

Gerai dari Pas Cawangan Teluk Bahang..menyediakan kacang goreng!