Pages

Nuffnang

Saturday, July 30, 2011

PISANG GORENG BERBIJAN

Assalamualaikum...Tentu ramai yg suka mkn pisang goreng kan! goreng pisang ke pisang goreng ke..sama lah tu..sedap dimkn ketika panas-panas..kebetulan En suami baru ambil setandan pisang raja di kebun..setandan tuu..banyak kan! sebelum pisang ni masak ranum baik digoreng..kalau dh ranum boleh try resepi lain pulak..dengan pisang mcm2 masakan kita boleh buat..kek pisang, pengat, lepat dan yg paling senang jemput2 pisang...tu pun kalau rajin, kalau malas makan je lah pisang yg dh masak tu sebagai pencuci mulut..hari ni kita buat pisang goreng berbijan, esok kita masak lain pula ye..!

PISANG GORENG BERBIJAN

BAHAN-BAHAN:
1 sikat pisang yg belum ranum ~ akak guna pisang raja
1 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung goreng pisang ADABI
sedikit pewarna kuning
air secukupnya
3 sb bijan
minyak utk menggoreng

CARA:
1. Masukkan tepung beras dan tepung goreng pisang adabi ke dalam mangkuk @ besen. 
2. Tuangkan air sedikit2 sambil dikacau dgn whisk, bancuhan jangan terlalu pekat @ terlalu cair. Masukkan pewarna kuning dan Kacau hingga bancuhan menjadi licin dan tidak berketul. ( boleh juga menggunakan blender)
3. Akhir sekali taburkan bijan dan gaul rata. Siap utk digunakan.
4. Pisang dibuang kulit dan dibelah 2, celup dalam bancuhan tadi dan gorenglah dalam minyak yg panas hingga kekuningan.
5. Angkat dan letakkan di atas piring beralaskan kitchen towel.
 
Campuran tepung beras dan tepung goreng pisang ADABI menjadikan goreng pisang sungguh enak dan berbau harum...

Wednesday, July 27, 2011

PUDING ???? JOM TEKA...!

Assalamualaikum...selamat petang semua! eh kenapa puding ni x de nama? saja je x nak kasi tau nama, sbb nak suruh korang jawab, sape tau nama puding yg akak buat hari ni..tengok gambar betul2 dan cuba jawab..hadiah??  nak hadiah ke ? x payah hadiah lah ye suka suki je ni..pe2 pun hadiahnya ada lah resepi percuma dan boleh lah try di dapur sendiri..ok selamat meneka..!


Puding yg telah siap dipotong...! 


>>> Eh semua tentu tertunggu2 nak tahu jawapannya kan?  Setelah disemak semua jawapan yg diberi di blog & di FB terdapat 3 org yg menjawab dgn tepat..Jawapannya ialah PUDING KEMBANG SEMANGKUK. Mereka yg telah berjaya adalah Ana Wahid, Ayu Safieza dan Ummi@homesweethome. Tahniah kepada yg berjaya dan yg x berjaya jgn putus asa..ribuan terima kasih diucapkan atas sokongan anda. Sebagai hadiah inilah resepinya dan bolehlah cuba buat kalau nak tahu sedap ke x..!

PUDING KEMBANG SEMANGKUK

BAHAN-BAHAN:

(A) 10 Biji buah kembang semangkuk
       ~ rendam hingga kembang~ buang biji serta kulit- ambil isinya shj.
(B) 1 paket agar-agar serbuk  (10 gm)
       100 ml air gula merah
       100 ml susu cair
       70 gm gula
       200 ml santan pekat
       1000 ml air
       Sedikit garam

Cara:
1. Masukkan semua B ke dalam periuk, kacau selalu hingga mendidih.
2. kemudian masukkan isi buah kembang semangkuk, kacau sebentar dan bolehlah dituang ke dlm acuan.
3. Biarkan sejuk dan masukkan ke dlm peti ais. Enak dimakan ketika sejuk. Selamat Mencuba!


..isi kembang semangkuk tu jgn dimasukkan semua, simpan sikit utk hiasan di atas puding semasa menghidang!

Friday, July 22, 2011

ROTI JALA CICAH KUAH DURIAN

Assalamualaikum...Tentu semua tengah relex2 , baring2 sambil nonton tv..petang2 ni rasa macam nak cari  bantal je..maklumlah cuaca x berapa panas hari ni, tambah dgn angin sepoi2 bahasa...ishh tidur pun best nii...tapi utk mengelakkan tidur siang kena la buat sesuatu..apa kata siapkan hidangan utk minum petang..nampak kan apa yg dh akak buat ! Jom makan roti jala cicah kuah durian..!

 
ROTI JALA 

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara:-
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


Selalu buat roti jala cicah dgn kari ayam @ daging, tapi kali ni try buat kuah manis pula..teringat masa kecik2 mak kalau buat roti jala mesti cicah dgn kuah mcm ni..Lepas kawin baru ler tau boleh juga mkn roti jala dgn kari...Actually suka kuah kari lagi, tapi sekali sekala tukar selera x salah kan! kebetulan sekarang ni musim durian...!
KUAH DURIAN

Bahan-bahan:
2 cawan santan pekat @ fresh milk
1 cawan air
air gula merah~ ikut manis
garam
1 sb tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
1 helai daun pandan ~ simpul
isi durian

Cara:
1. Masukkan santan, air, garam , air gula merah yg telah ditapis dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Kacau selalu hingga mendidih, perlahankan api dan tuang sedikit2 bancuhan tepung jagung ~ ikut la nak kuah pekat mcmana.
3. Akhir sekali masukkan isi durian kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan bersama2 roti jala , roti benggali @ serabai.

....Terima kasih pada Wanie yg tolong ambil gambar utk mak !

Wednesday, July 20, 2011

NASI GORENG BUNGA KANTAN

Assalamualaikum...tentu semua dh dinner kan! utk dinner td akak masak nasi goreng bunga kantan dimakan dgn ayam goreng berempah..dh lama x buat nasi goreng ni, kebetulan ada 2 kuntum bunga kantan baru ambil dr pokok depan rumah petang tadi, mudah je nak buat nasi goreng , x kiralah nasi goreng apa pun, yg penting ada nasi..bahan2 lain ikut suka masing2lah nak masuk apa pun..selain bunga kantan akak tambah hirisan daun kunyit, mmg mengancam baunya semasa sedang menggoreng..nak tau sedap ke tak nasi goreng ni, korang boleh cuba sndiri k..resepi akak pernah letak kat sini & juga kat kakfiza@myresipi.

 Tak lama lagi nak puasa, kalau nak buat time sahur pun ok gak nii..

Sambil mkn nasi boleh ratah ayam...


Tuesday, July 19, 2011

MEE KARI

Assalamualaikum...Cepatnya masa berlalu, sedar x sedar dh nak masuk bulan ramadhan, dh habis ganti puasa? sbb bulan saaban ni lah ramai yg bergelut nak ganti puasa..sape2 yg dh habis ganti tu, Alhamdulillah boleh juga buat puasa sunat di bulan2 yg mulia ini..Ni menu akak semasa berbuka semalam..dah masak mee x perlu la nak masak nasi lagi sbb dalam mee tu semua dah ada..sayur, ayam, telur dll. Salah satu hidangan yg sesuai utk berbuka di bulan ramadhan nanti...



MEE KARI
sumber: Chef Hanieliza
By : Sofea@after6am

Bahan
1 kg mee kuning [celur dan toskan]
Taugeh [buangkan kaki/akarnya]
Bawang goreng

Bahan Hiris/potong kecil
Tauhu [gorengkan]
Daun bawang & daun sup
Cili merah
Limau kasturi/limau nipis

Bahan Kuah:
1/2 kg ayam...potong kecil
200 gm udang
1 paket chicken ball
1 paket fish cake [potong nipis]
2 s/b cili mesin
3 s/b rempah kari dibancuh dgn skit air asam jawa
5 cawan santan..(1 biji kelapa)
minyak
garam


Bahan mesin
2 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih

Cara Memasak Kuah:
1. Tumiskan bahan yang dimesin sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah..biarkan naik minyak.
2. Masukkan ayam.. fish cake..dan chicken ball dan santan..renehkan sehingga naik minyak.
3. Hidangkan bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.


Wednesday, July 13, 2011

AYAM PAPRIK

Assalamualaikum...Menu simple je hari ni, sbb nak habiskan sayur2 dlm peti ais maka jadilah ayam masak paprik..senang je buat..main campak2 dlm kuali dah siap! suka sgt  masakan style ni sbb byk sayur-sayuran, masuk je apa sayur yg ada..lagi pun yg nak mkn hari ni tukang masak &  si kecik tu aje..cik abang x de, outstation. Masak awal hari ni sbb jap lagi nak sekolah sign report card..




AYAM PAPRIK 
BY : Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
300  isi ayam~ dipotong kecil
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
3 biji cili padi ~ diketuk
1 btg serai ~ diketuk
2 sb pes cili
3 sb sos cili
3 sb sos tomato
1 sb sos tiram
1 sb sos ikan
1/2 btg carrot
3 biji jagung muda
bunga kobis
kacang panjang
1 biji cili merah
1 helai daun limau purut
garam & gula
minyak utk menumis


Cara:
1. Panaskan minyak dan goreng ayam jgn terlalu garing ~ angkat
2. Lebihan minyak goreng ayam tadi tumiskan bwg putih dan serai.
3. Masukkan pes cili dan kacau hingga pecah minyak , tambahkan 1/4 cawan air dan masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. kacau hingga mendidih
4. Masukkan ayam dan semua sayur-sayuran yg telah dipotong tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Kacau hingga ayam dan sayur2 bersalut dgn kuah, sayur jgn dibiarkan terlalu lembik, biar ada rasa rangup2.siap utk dihidang.


Sedap ni ..mkn dgn nasi panas2...!

Tuesday, July 12, 2011

LAKSA SARAWAK

ASSALAMUALAIKUM...Eh! org Penang buat laksa sarawak?..ehem2..kita orang baru balik dari holiday kat Kuching Sarawak le..actually  baru je makan laksa ni kat Sarawak..tapi ksian pulak anak 2 orang yg x dapat ikut & kebetulan sabtu baru ni anak2 balik dari hostel so buat la laksa sarawak ni bagi depa rasa, pes tu beli kat kedai Dayang Salhah yg terkenal dgn kek lapis tu..senang  je buat laksa ni, cuma masukkan pes ke dalam air rebusan ayam dan udang kemudian masukkan  santan. Kalau Laksa Penang dimkn dengan laksa yg di celur, laksa Johor dgn spaggetti , laksa Sarawak pula di mkn dgn mihun dan taugeh yg dicelur...bagi sape yg nak try buat tapi x de pes jgn sedih, boleh tgk resepi kat  DapurKu Sayang~Dayang Jack  @ HaSue~I Love My Life . Adik Dayang & Sue , t.kasih dgn resepi yg sedap nii dan akak cnp resepi kat sini ye..!



Pes Laksa Sarawak

Bahan-bahan : anggaran 200 gm
  • 8 biji bawang merah*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 10-12 tangkai cili kering*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 sk ketumbar
  • 1 sk jintan manis
  • 1 sk jintan putih
  • 3 biji buah keras*
  • 2-3 batang serai*
  • 1 inci belacan bakar*
  • 1/4 cawan kacang tanah (digoreng)
  • 1/4 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
  • sedikit garam
  • sedikit minyak utk menumis
Cara-cara :
  1. Kisar lumat bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Bahan-bahan seperti jintan manis/putih, ketumbar, kacang tanah dan bijan dikisar/ditumbuk halus terlebih dahulu sebelum disatukan dengan baha-bahan bertanda *.
  3. Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan tadi sehingga keperangan. Tambah garam dan sedikit gula. Kacau rata-rata.
  4. Simpan di dalam bekas yang bertutup dan masukkan ke dalam peti sejuk sekiranya ingin menyimpan lama.
Laksa Sarawak (Resepi II)
bahan-bahan : 6-8 orang makan
  • 200 g pes atau perencah laksa (DJ guna pes laksa HJ Manan)
  • isi ayam secukupnya (direbus dan dicarik halus)
  • 1/2 kilo  udang basah 
  • 1 bungkus mihun (direndam dan dicelur)
  • 4 biji telur (didadarkan dan dihiris halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 200-250 ml santan pekat
  • garam dan gula secukup rasa
  • taugeh (dicelur)
  • sedikit daun ketumbar (diracik)
  • limau kasturi secukupnya (dibelah dua)
Cara-cara :
  1. Sediakan 2 liter air dalam periuk. Jerangkan. Kemudian masukkan udang yang sudah dibersihkan bersama serai. Rebus hingga udang masak. Kemudian toskan udang. Air rebusan tadi jangan dibuang. Sebaliknya masukkan pes laksa dan kacau menggunakan api perlahan. 
  2. Masukkan santan dan perasakan dengan garam dan sedikit gula.
  3. Masukkan mihun ke dalam mangkuk, letakkan bahan-bahan seperti taugeh, telur, daun ketumbar, isi ayam dan telur. Tuangkan kuahnya dan perahkan dengan limau kasturi. Hidangkan panas-panas. Untuk menyedapkan lagi rasanya, masukkan sedikit sambal udang kering. 
 mmg sedap sambal udang kering dari Dayang nii..

Resepi Sambal Udang Kering 
bahan-bahan :
  • 6 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • sedikit belacan bakar (dikisar)
  • segenggam udang kering (dikisar/ditumbuk halus)
  • 4-5 sudu makan cili kisar/cili giling secukupnya 
  • sedikit air asam jawa
  • garam dan gula
Car-cara :
Tumiskan bahan-bahan kisar dan cili kisar tadi hingga pecah minyak. Perasakan dengan garam dan gula dan masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat.
~ bagi sesiapa yg tak pernah rasa laksa sarawak ni, cubalah sekali ...pasti tidak mengecewakan dan nak lagiiii...!

Tuesday, July 5, 2011

SMALL SHELLS WITH CHICKEN SOUP

Assalamualaikum...hari ni masak sup ayam sbb Wanie sakit mulut,  x leh nk mkn yg pedas2..bubur nasi baru je buat kelmarin..x kan nak buat lagi hari ni..nanti jemu lak dia..so kebetulan ada sebungkus pasta..so rebuskan sikit utk dimakan dengan sup ..balik dari sekolah tadi suka betul dia tgk apa yg telah dihidangkan utk dia hari ni..mmg tambah bermangkuk2 lah juga..sakit mulut dah x ingat...:) x payah resepi lah ye sbb senang & simple je ..masak je sup ayam @ daging dan rebuskan pasta..dah siap dan boleh dihidangkan..!



Ni la rupa pasta small shells..

Monday, July 4, 2011

HAPPY BIRTHDAY KAKAK...

Assalamualaikum...Kelmarin ke Kolej Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP) tmpat ank sulung (kakak) belajar sebab nak hantar kek sempena birthday dia yg ke 18..nasib la belajar area Penang ..dapat la mak ngan abah hantar kek..kalau jauh tgk gambar kek je lah..kek tu buat sendiri tau, cukuplah 6 biji cupcakes utk dia dan kawan2 sebilik rasa..Pizza tu beli je..bukan x pernah buat pizza tapi biasalah dasar pemalas mcm akak ni..hehe, pe2 pun Happy Birthday to kakak, semoga tabah menghadapi liku2 hidup yg kian mencabar, mak & abah hanya mampu berdoa agar kakak beroleh kejayaan di dunia & di akhirat..




KEK CAWAN COKLAT MOCHA WITH KRIM MENTEGA COKLAT
SUMBER : DARI BUKU KEK CAWAN Lynn Hassan

BAHAN-BAHAN:

110 gm mentega @ marjerin
100 gm gula castor ~ letak 80gm
2 biji telur
110 gm tepung naik sendiri
4 sb serbuk koko
1 st perisa mocha ~ letak1/2 st coffe emulco
2 sudu makan susu segar
akak tambah sendiri ~ 1 sb susu pekat

Cara:
1. Ayak tepung naik sndiri dengan serbuk koko, ketepikan.
2. Pukul mentega dengan gula gula castor hingga sebati. Masukkan telur satu per satu dan perisa mocha. Pukul hingga kembang.
3. Masukkan pula campuran tepung tadi selang seli dgn susu segar.
4. Timbang adunan pada kertas cawan bernombor 12 sebanyak 55gm. Bakar pada suhu 170'c selama 23 min.


KRIM MENTEGA COKLAT

BAHAN-BAHAN:

100 m coklat gelap selborne  (cair & biarkan sejuk) ~ guna dark choc Beryl's
250 gm mentega ~ akak ganti dgn krimwell
350 gm icing sugar  ~ x letak semua, ikut manis.

Cara:
1. Sediakan gula icing yg telah diayak.
2. Putar mentega hingga gebu dan masukkan gula icing. Putar lagi hingga ringan.
3. Akhir sekali masukkan coklat cair dan kacau rata. Siap utk dideko di atas kek.