Pages

Nuffnang

Friday, May 27, 2011

HOMEMADE CHOCOLATE

Assalamualaikum, Projek untuk hari Guru 2011..hari ni sekolah anak baru nak adakan sambutan hari guru sbb tunggu budak2 habis exam..Terima kasih cikgu2 sbb mendidik anak2 kami , budi dan jasa tetap dikenang..!




Monday, May 23, 2011

GULAI PISANG DGN UDANG

Assalamualaikum...pe kabar semua? hadoooiii lama betul x update blog...bukan apa bz skit akhir2 niii.....byk keja nak kena buat...bz2 pun bukan sampai x masak tau...kita hari2 masak, cuma nak ambil gambar, nak edit pastu nak post rasa malas betul...percaya x hari ni baru buka blog hehe mmg pemalas kan..!! tapii bila ada masa terluang kita akan usahakan utk update...sori ye kalau singgah asyik2 resepi yg sama x tukar2...x nak buang masa lg so tgk la menu lunch hari ni...simple je, Gulai pisang dgn udang sbb nak habiskan stok pisang yg diambil dari pokok belakang rumah...setandan pisang tapi ambil sesikat je..yg lain sedekah jiran2.




GULAI PISANG DENGAN UDANG (tumis darat style)

Bahan-bahan

5 biji pisang muda ( akak guna pisang abu)
300 gm udang sederhana besar
1 paket rempah kari daging
santan secukupnya
1/2 st lada sulah
garam

Bahan tumis darat

4 ulas bwg merah - mayang
4 ulas bwg putih - mayang

1 in  halia - hiris nipis

2 tangkai daun kari
minyak

cara:

1. Pisang dibuang kulit dan dipotong serong jgn terlalu nipis atau tebal~ agak2 sendiri lah ye
2. Masukkan air dlam periuk + rempah kari dan masukkan pisang. Tutup periuk dan masak hingga pisang lembut, tambahkan air jika pisang masih x lembut.
3. Tuangkan santan , masukkan udang, lada sulah dan garam secukup rasa.
4. kacau hingga mendidih dan ketepikan.
5.Panaskan minyak dlm kuali dan tumiskan bahan2 tumis darat hingga kekunigan dan tuangkan dalam gulai tadi. Siap utk dihidangkan!
 ni la pokok dan buah pisang abu yg kat belakang rumah tu..

Thursday, May 12, 2011

NASI TOMATO & THE GENG (3)

Assalamualaikum...Menu ulang tayang, Hari ni Penang hujan lebat dari pagi tadi lagi...hujan2 mcm ni malas betul nak keluar beli barang..nak masak apa ye hari ni? so intai2 dlm peti ais ada ayam, terung, tomato dan kacang buncis. Kalau buat nasi tomato pun ok gak niii..akhirnya setelah sorang2  bersilat di dapur terhasillah menu hari ni..Nasi tomato, ayam goren goreng bawang, dalca & papadom. Alhamdulillah..!

Nasi tomato 

Bahan-bahan:
3 cawan beras (bersih & toskan)
1 cawan fresh milk @ 1/2 cwn susu cair
air secukupnya
1/2 kiub pati ayam
garam & gula 
tomato pure @ Sos tomato
kismis

utk tumis:
3 sb butter/marjerin/minyak sapi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 helai daun pandan ~ simpul

cara:
1. Panaskan butter, masukkan bahan tumis , kacau hingga wangi.
2. Tuangkan tomato puree, beras , susu dan air secukupnya.
3. Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kismis.
4. Cara 1-3 akak masak guna dapur biasa, selepas masukkan kismis, kacau sebentar dan alihkan ke rice cooker.
5. Setelah siap masak bolehlah dihidang dgn lauk2 yg sesuai.
 
Ayam Goreng Bawang ~ resepi dari blog K.Paty. Tqvm K.Paty

Wednesday, May 11, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI DGN TIMUN.

Assalamualaikum..Ada dua cara utk masak asam pedas..cara tumis dan lagi satu cara rebus, kalau tumis banyak bahan yg perlu disiapkan, utk rebus pula mmg mudah, masukkan air dalam periuk, cili kisar , asam keping, garam dan rebus hingga mendidih kemudian masukkan ikan..x kisah lah kan, setengah org suka yg tumis, setengah suka yg rebus..kali ni akak masak style tumis, dh lama x makan ikan pari, kebetulan jumpa terus beli, asam pedas ni kena masak awal biar rasa asam dan garamnya..selain masak asam pedas @ kari, ikan pari ni kalau bakar mmg sedap..cicah air asam, letak cili api byk2 biar pedas berguling2 baru best..!! issshh lain kali kita bako, kita bako ikan pari pula.......;-D



ASAM PEDAS IKAN PARI DGN TIMUN
By : Sofea@after6am

300 gm ikan pari @ lain2 ikan
1 batang serai ~ titik
1 kuntum bunga kantan
daun kesum
air asam jawa
timun @ bendi ~ timun kerat 2'' kemudian belah 6 dan buang bhgn biji~kulit x perlu buang.
garam dan gula
minyak utk menumis

bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 in halia, lengkuas dan kunyit hidup
sedikit belacan
cili kering~ rendam dalam air panas.

cara:
1. Panaskan minyak tumis serai dan bahan kisar, masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, garam dan gula. biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan dan timun @ bendi, daun kesum & bunga kantan. Bila dah mendidih, kecilkan api biarkan reneh.

Tuesday, May 10, 2011

KEK PISANG BERCOKLAT

Assalamualaikum....ada berbagai resepi yg kita jumpa tentang kek pisang...salah satunya dari blog K.Nor@secubit garam..walaupun tittle sama tapi ada sikit kelainan pada bahan dan cara buatannya. Pada mulanya akak menyiapkan tempahan 3 biji kek pisang biasa (tanpa coklat). Bila dh siap semuanya ada lagi baki pisang so dgn menggunakan resepi yg sama cuma  tambah parutan cooking chocolate jadilah kek pisang bercoklat dan ini lah hasilnya...resepi yg mudah hanya menggunakan blender..



KEK PISANG BERCOKLAT
BYSofea@after6am

Bahan-bahannya:
10 biji pisang emas ~ lecek bersama 1 sk soda bicarbonate
5 biji telur B
1 1/4 cawan caster sugar
2 titik esen pisang @  1/2 sk esen vanila
2 3/4 cawan tepung gandum + 1 sk soda bicarbonate~ ayak
1 cawan minyak jagung
( ini utk kek pisang biasa, jika nak yg bercoklat boleh masukkan 100gm parutan cooking chocolate)

Cara:
1. Masukkan telur, gula dan esen ke dlm blender dan blend hingga kembang dan putih.
2. Tuang bancuhan telur tadi ke dlm mangkuk pisang yg telah dilecek. Gaul rata dgn menggunakan sudip @ spatula.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit2 selang seli dan minyak.
4. Akhir sekali masukkan parutan cooking chocolate dan gaul sebati.
5. Masukkan dalam papercup @ acuan yg telah dialas kertas dan disapu minyak @ mentega.
6. Bakar 160'c selama 30 -40 min. Utk papercup bakar lebih kurang 20-25 min.


kek pisang mmg sedap kalau makan time panas2..;)

Monday, May 9, 2011

MOTHER'S DAY 2011

Assalamualaikum...ni kisah petang semalam, terharu, sebak, gembira & bersyukur hingga mengalirkan air mata dengan peristiwa yg terjadi ...mana x sebaknya, x pernah2 suami dan anak2 buat benda2 mcm ni...tahun2 yg lalu kalau hari ibu anak2 just ucap je selamat hari ibu  & yg bongsu tu pulak selalu jugak buatkan kad ucapan... tapi tahun ni depa bagus punya plan...maklum la anak2 dh besar..yg kakak pl dah dapat lesen memandu siap kumpul duit dgn adik2 p beli kek...tentang kek ni abah depa pun tau bila depa beli..dan lagi satu anak yg dok hostel pun sanggup outing sbb nak sambut hari ibu...hairan jg sbb selalunya nak balik mesti dia call suruh p ambil..rupanya dh call kakak dia suruh p ambil., pas tu semua dok dalam bilik siap kunci pintu ..billa ketuk pintu tanya..kata dok buat homework...ooo ni la homework depa...jom tgk !

Kad ucapan yg paling besar, hasil seni dari hb dan anak2 tercinta...

Ni le kek sempena hari ibu semalam..terima kasih buat hb dan anak2 yg memberi kenangan manis utk tahun ini..LOVE U ALL..:)

Saturday, May 7, 2011

MEE REBUS UDANG

Assalamualaikum...menu hari ni..Mee Rebus Udang, resepi sama mcm kat sini cuma lebihkan kentang untuk pekatkan kuahnya..

MEE REBUS UDANG
sumber: sofea@after6am 


Bahan-bahan:-

Mee kuning ( celur dan toskan)
350 g udang  saiz besar @ sederhana besar
2 biji bawang besar  (kisar)
3 ulas bawang putih ( ketuk)
3 sb cili kisar ( nak pedas tambah lagi)
2 sb udang kering (rendam dan tumbuk halus)
4 biji kentang ( rebus & blend ) 
3 sb sos tomato
1 pokok sawi
garam & gula
air secukupnya
minyak utk menumis 

Bahan tabur : 
Hirisan daun sup/daun bawang
Bawang goreng
Tauhu goreng

Taugeh (celur sebentar)
cili merah
limau nipis @ kasturi

Cara-cara:-
1. Panaskan minyak ,tumis bwg putih dan bawang besar  hingga naik bau.
2. Masukkan cili mesin dan udang kering,masak hingga pecah minyak.
3. kemudian masukkan air,  sos tomato  dan kentang  yg  tlh  
     diblend tadi. Masak hingga mendidih.
4. Kemudian masukkan udang  & sawi.Tambahkan garam & gula secukup rasa.

Cara menghidang: Isikan mee ke dlm mangkuk, sendukkan kuah dan bahan tabur. Hidangkan panas2..Selamat mencuba..!

Jemput Makan..!

Friday, May 6, 2011

HOMEMADE CHOCOLATE

Petang ni acara main2 coklat dgn anak dan anak2 saudara..walaupun akak ni bukan jenis manusia yg suka mkn manis2 tapi suka buat coklat..suka tgk org mkn apa yg kita buat..Ni la hasilnya, ada bermacam2 warna dan filling. Sesuai utk hantaran kawin, Birthday Gift , Teacher's Day etc.





LAKSA PENANG

Assalamualaikum dan salam jumaat yg mulia...kembali bersiaran setelah agak lama juga menyepi, lama betul x update blog..sedar x sedar dah masuk bulan mei...sori la pada sape2 yg dtg berziarah balik dgn tgn kosong..bukan ape, sebelum ni x sihat, demam pas tu batuk x baik2..punyala lama batuk..ubat habis 2 botol pun still macam tu jugak..Alhamdulillah, lastly baik sndiri..mcmana la batuk nak baik..ais mentekedarah jugak..kalau budak2 siap pesan batuk x leh minum ais..tapi dia sndiri yg minum..apa kes! lepas dh sihat walafiat bz la pulak...byk benda nak kena buat..biasalah kan sapa yg x bz...Bla bla bla....ok lah jom tgk N3 kali ni...Laksa Penang yg akak buat utk tetamu yg dtg ke rmh..mmg lama x buat laksa ni..sbb org2 dlm rumah ni lebih suka laksa johor...ada masa nanti akak taip resepi sbb nak buat kek la..brg2 dh siap..layan gambar dulu lah ye..! :-)