Pages

Nuffnang

Monday, February 28, 2011

FANCY COOKIES

Ni pula fancy cookies yg birthday girl bawa utk ke tuisyen..ank akak ni sekolah rendah kat kg sendiri, sekolah ugama kat kg lain, tuisyen pula kat tempat lain..so ramai la kawan2nya dan terpaksa la akak buat sesuatu utk beri kpd kawan2 sempena birthday dia...nasib baik la birthday sambut sekali dlm setahun..kalau sambut 6 kali setahun mati berdiri le akak...penat2 pun akak suka..! Alhamdulillah, semua yg diplan berjalan 





BURGER..BURGER

Kalau semalam berhempas pulas membuat kek coklat utk birthday girl..hari ni pula, start jam 8 pagi berkuntau di dapur menyiapkan 60 biji burger utk di hantar ke sekolah...mcm tahun2 sebelumnya, tiap kali birthday buat burger utk bagi pada kawan2 ..x de benda lain ke nak bagi??...hehe, rasa puas hati lagi bagi burger... dari bagi jajan yg kadang2 budak x mkn &  buang mcm tu saja...



Sunday, February 27, 2011

WANIE IS 11

Kalau 25 Februari birthday akak, hari ni 27 Februari Birthday anak bongsu akak pula..ni la hadiah utk dia..sebiji kek coklat yg mmg kesukaan dia..Happy Birthday Wanie..semoga menjadi anak yg solehah, insan yg berjaya di dunia & akhirat, panjang umur & murah rezeki ..Amin !




HaPPy B!RthDaY WaNie...!

TERIMA KASIH

Assalamualaikum...terlebih dahulu ucapan terima kasih yg x terhingga buat suami, anak2, adik2, kakak2 juga buat teman2 yg mengucapkan selamat hari lahir pada 25 hb februari yg lalu..semoga doa2 dari kalian dimakbulkan Allah. Terharu & gembira kerana masih ada yg mengingati ..bermula detik 12 mlm dh mula terima sms, begitu juga di blog & facebook...minah2 saleh yg main farmville pun wish..hehe

Ni e-card dari K.nor & yani yg sambut birthday pada hari yg sama..semoga ikatan persahabatn kita berkekalan selama2nya...Next year Mai Penang kita calebrate Birthday bertiga k...;)

From k.nor . cantik kek tu..! 

From Yani  . tq2

Friday, February 25, 2011

HAPPY BIRTHDAY

.... Khas untuk insan2 yg menyambut hari ulang tahun pada tanggal..
25 Februari
Hari ini..umur kita kian meningkat ..
Semoga dikurniakan iman yang sempurna,
akhlak yang terpuji,
pekerti yang mulia,
umur yang bermanafaat,
rezeki yang halal,
ilmu yang berguna,
jodoh yang membahagiakan,
hidup yang dirahmati di dunia dan akhirat..
Terima kasih buat ibu tersayang..yg melahirkan aku ke dunia ini..!

Thursday, February 24, 2011

AL-FATIHAH


Hari ini tanggal 24 Februari 2011 bersamaan 21 Rabbi'ul Awwal 1432H jam 3.30 ptg tadi bapa saudara telah kembali ke rahmatullah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keampunan pada arwah dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. Salam takziah pada keluarga arwah, semoga redha dgn apa yg berlaku, tabah dan sabar dgn ujian dari Allah ini. Tiap yg hidup akan merasai mati...AL-FATIHAH.

Tuesday, February 22, 2011

BREAD PUDDING - VERSI 2

Buat ptg semlm, kesukaan hb & anak2..byk gak kumpul resepi bread pudding ni..bahan2 & cara membuatnya lebih kurang sama, tapi sosnya ada yg guna tepung kastard dan ada yg guna tepung gandum..kali ni cuba resepi sos yg guna tepung gandum..sosnya agak cair sedikit tapi sedap dan kena dgn selera. sumber resepi x tau dari mana sbb main salin je dan lupa nak tulis siapa punya resepi so, jika resepi ni adalah resepi anda harap beritahu ye ..!



BREAD PUDDING

Bahan-bahan:
Roti secukupnya
2 cawan susu cair
2 sb mentega
gula ~ ikut manis
3 biji telur
esen vanila
kismis

cara:
1. Panaskan susu & mentega- kacau hingga mentega cair- x perlu mendidih- tutup api - biar suam.
2. Pukul telur bersama gula dan vanila dan masukkan susu tadi - no: 1
3. Susun roti  dalam bekas yg telah digris dgn mentega dan tabur kismis disetiap lapisan roti yg disusun.
4. Tuang adunan susu tadi. Biarkan selama 10 min sebelum dibakar.
5. Bakar pada suhu 180'c selama 20-30 min @ sehingga masak.

Bahan2 sos:
1 cawan fresh milk@ susu cair
1 sb mentega
gula ~ ikut manis
esen vanila
1 sb tepung gandum
secubit garam

Satukan semua bahan, panaskan sambil dikacau selalu hingga mendidih.
sos kelihatan agak cair semasa panas, jgn tambah tepung sbb akan pekat jika dh sejuk. Selamat Mencuba!



sos tepung gandum, kalau nak sos tepung kastard boleh rujuk sini

Monday, February 21, 2011

NASI TOMATO & THE GENG

Salam semua....masak apa hari ini..pastinya menyediakan sesuatu yg istimewa utk keluarga tersayang kan..? menu akak sekeluarga hari ni biasa2 je ..nasi tomato & the geng yg tak berapa lengkap..sbb x de dalca @ kari daging/ayam.. malas nak buat..hehe  tapi kira ok lah..! ada ayam masak merah, sayur kacang buncis & kerabu timun. Alhamdulillah..


NASI TOMATO
resepi: Chef Hanieliza
sumber: Sofea@after6am
 
Bahan-Bahan:
5 cawan beras - cuci dan toskan~akak masak 4 cawan
1/2 cawan susu cair
4 biji tomato - cincang
1/2 cawan sos tomato
2 s/b majerin /minyak sapi
5 s/mb minyak
Garam secukup rasa
Air (ikut sukatan beras dalam 5 cawan gak)
daun pandan disimpul or daun sup cincang

bahan tumis
3 ulas bawang putih - hiris
5 ulas bawang merah - hiris
1 inci halia - hiris
3 biji Buah pelaga
3 biji Bunga cengkih
1 inci Kulit kayu manis
2 kuntum Bunga lawang

Cara:
1. Tumis bawang merah, putih, halia dan rempah dengan minyak dan minyak sapi hingga kuning dan naik bau. Gunakan periuk rice cooker.
2. Masukkan susu cair, tomato, garam dan gaul rata. Tambah air dan biarkan mendidih.
3. Masukkan beras & daun pandan/daun sup dan alihkan periuk ke dalam tempat rice cooker dan biarkan masak.
4. Apabila nasi telah kering, kacau rata tapi jangan sampai hancur..
5. Boleh dihidangkan bersama ayam masak merah dan dalca atau kerabu timun.
  
AYAM MASAK MERAH
Resepi: Chef Hanieliza

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam ..dipotong kecil..bersihkan, letak garam kunyit & goreng

Bahan untuk dikisar:
10 tangkai cili kering
5 tangkai cili merah
3 cm halia
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
2 btng serai
4 biji tomato
2 S/B tomato sos

kacang peas
bawang besar,,potong gelang
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah dikisar hingga garing.
2. Setelah itu masukkan ayam, kacang peas, bawang besar, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
 

Sunday, February 20, 2011

MEE SANGGUL GORENG


Utk mee ni akak guna  Cintan non-fried broad noodles ... rendam sebentar dlm air panas hingga lembut, toskan dan goreng  mcm buat mee goreng biasa ...mudahkan! Alhamdulillah, ni la b'fast akak sekeluarga pagi ahad ni ;)


Saturday, February 19, 2011

NASI LEMAK

Salam..Selamat hujung minggu..rasa2nya semua dh breakfast kan..! sape2 yg x bf  lagi tu meh la sini, akak bg makan hehe..Actually, hari ni ada kenduri, masak siap2 nasi lemak, anak2 yg x nak p kenduri boleh mkn nasi lemak lunch nanti...tu pasal masak lebih sikit hari ni..!



Nasi lemak, ayam goreng berempah, telur rebus, timun, ikan bilis goreng,sambal bawang & nescafee.

Friday, February 18, 2011

KAY TEOW GORENG

Salam buat pengunjung yg sudi singgah sini... mlm ni x rasa nak mkn nasi..tp kena gak masak sebab kang kelaparan lak org2 dlm rumah ni...semua bahan2 dh ada ..so jadi lah kay teow goreng..Alhamdulillah..!


KAY TEOW GORENG ~ ala campak2
Resepi : Sofea@after6am

1 bungkus kay teow
2 ulas bwg putih ~ cincang halus
2 sb cili kisar
isi kerang yg telah di rebus
isi ayam
udang
fish ball potong 2
1 pokok sawi
sedikit taugeh
sos tomato
kicap mee
garam & gula secukup rasa
minyak utk menumis

Cara :
1. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau, masukkan cili kisar .masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, udang & kerang. tambahkan sedikit air. masukkan sos tomato, garam & gula.
3. Bila mendidih masukkan kay teow, sawi & taugeh dan kicap mee.
4. Angkat dan hidangkan  panas2, taburkan bawang goreng ,hirisan daun sup/daun bawang dan cili merah.


Wednesday, February 16, 2011

CUPCAKES 2 ~BIRTHDAY GIFT

Hari ni buat cupcakes utk bday my daughter's best friend..moist choc cake with buttercream.. sape2 yg nak rasa tu leh la order ye..:)






MAKAN BERADAB

Sambungan cerita kenduri sepupu akak pada 12 februari 2011 yg lalu..harap korang x jemu lah ye  sbb x habis2 dok cerita hal yg sama je..bukan apa, gambar yg akak tunjuk ni sekadar beri idea pada sape yg nak gubah lauk utk pengantin mkn beradab..gubahan yg simple..ni je sempat ambil gambar..lauk2 yg lain x sempat..tengok je lah ye..!





 

Monday, February 14, 2011

CUPCAKES 1

Sedikit sumbangan dari kami sekeluarga utk majlis kenduri di rumah bapa saudara pada 12 Februari 2011..300 biji cupcakes vanila & marble.




MAJLIS AKAD NIKAH DAN KENDURI SEPUPU

Salam...Dah 4 hari dh update blog..bz sikit sbb ke rumah bapa saudara utk majlis akad nikah dan kenduri kahwin anak perempuannya Saridah Hashim bersama pasangannya Muhammad Hafizul Che Ros pada 12 Februari 2011..Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat buat kedua mempelai dan semoga majlis yg berlangsung  diberkati Allah.

Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
Semoga majlis mendapat berkat

Beli gula di pekan baru
Berbalut kertas merah kuning
Sila-sila pengantin baru
Dua sejoli jalan berganding
Di dalam dulang berisi sagu
Sagu dimakan burung merpati
Jangan bimbang jangan ragu
Hidup baru kini menanti...

Wednesday, February 9, 2011

KERABU IKAN TONGKOL

Kalau kerabu tauge, timun, pucuk paku tu..pernah la mkn..tapi kerabu ikan x pernah rasa lagi..so kalau nak tau mcmana  rasa kena la buat..tgk kat blog Yani  sedap lak...hari ni beli ikan tongkol dan try buat..sedap la..mkn lak dgn nasi panas2..rasa limau kasturi dan pedas2 cili padi mmg menyelerakan...t.kasih kepada penyumbang resepi..!

KERABU IKAN TONGKOL
Bahan-bahan:
  • 1/2 ekor ikan Tongkol(ikan Kayu) sederhana besar
  • 2 labu bawang besar
  • 2 biji cili merah
  • 5 biji cili api (boleh tambah kalau suka)
  • sedikit air asam jawa dicampur dengan secubit belacan dibancuh
  • secubit garam ikut selera anda
  • air perahan limau kasturi/ limau nipis
  • sedikit gula ( ni sy tambah)
Cara-cara
  1. Ikan tongkol dicuci bersih dan dibelah dua
  2. lumurkan sedikit garam pada ikan dan dibakar
  3. Biar ikan masak sebelah baru dialihkan ke sebelah lagi
  4. Sementara menunggu ikan masak bolehlah menghiris nipis...bawangbesar, cili merah dan cili api
  5. Bila ikan dah masak perisi ikan macam nak buat kuah laksa
  6. Campurkan dengan bahan yang dihiris tadi
  7. gaulkan bersama dengan air asam & belacan, garam secukup rasa dan perahkan limau kasturi ....dah siap untuk dihidangkan...Cubalah!

Tuesday, February 8, 2011

AYAM BERSOS PLUM

Salam ...harap semua sihat2 lah ye , cuma akak je kurang sihat sikit..biasa lah bila time bulan purnama ni..masak pun biasa2 je..Ramai yg dah cuba masakan dgn sos plum ..teringan gak nak cuba..mmg susah  nak cari sos plum ni, kat kedai2 runcit mmg x de...so hari tu p Tesco rembat 2 botol brand Life..kalau yg brand tulis cina tu byk la..tapi takut la ambo nak beli...resepi dari blog Dayang & K.Nor@secubitgaram.



DAGING MERAH BERSOS PLUM
resipi: Dayang Jack
sumber: K.Nor@secubitgaram
sumber: sofea@after6am


Bahan-bahan: (3-4 orang makan)
250-300 g daging (direbus dan dihiris nipis)~ Akak ganti dgn 1/2 ekor ayam..potong kecil & goreng 1/2 masak
1 labu bawang besar (dihiris)
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sudu makan cili giling
1 sudu makan sos plum
2-3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1 biji cili merah (dihiris)
2-3 biji cili padi (diketuk)
sedikit kicap manis jika suka
garam dan gula secukup rasa
1-2 helai daun limau purut jika suka

Cara-cara :


Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos plum, sos cili, kicap, cili padi, cili merah, dan daun limau purut. Masukkan sedikit air dan kacau hingga mendidih.
Masukkan daging, bawang besar, garam dan gula (jika perlu). Kacau sebati hingga kuahnya pekat.
Setelah masak, hidangkan dgn nasi panas.
*** masukkan sedikit pewarna merah semasa merebus daging supaya kelihatan lebih menari
k.

 Rugi kalau x cuba resepi ni...sedappppp!