Pages

Nuffnang

Thursday, December 22, 2011

TAUGEH GORENG IKAN MASIN

Assalamualaikum..Semalam mkn tauhu, hari ni taugeh pula.. Pernah mkn x sayur taugeh yg digoreng dgn ikan masin ?  Nampak simple tapi mmg sedap dimakan panas2 , sayur apa2 pun kalau time nak makan baru goreng, tengok pun dh berselera..sayur kalau sejuk mcm x best je nak makan , betul tak?  Idea masak sayur taugeh mcm ni selepas mkn kat Singapore Chicken Rice (SCR) di Kuching ..Nasi ayam kat situ dihidang dgn Taugeh goreng ikan masin..nak tau sedap ke tak korang cuba lah sendiri ye!

TAUGEH GORENG IKAN MASIN
BY : Sofea@after6am

50 sen taugeh ~ rajin2kan diri buangkan akar taugeh tu..
Isi ikan talang masin ~ potong kiub dan goreng
1 biji tauhu ~ Goreng dan potong nipis
2 ulas bawang putih ~ Ketuk
sedikit daun kucai
cili merah dan cili hijau ~ potong serong
sedikit lada sulah

garam @ sos ikan jika perlu
2 sb minyak utk menumis

CARA:
1. Bersihkan taugeh, daun kucai & cili yg telah di potong tadi kemudian toskan.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih hingga  kekuningan dan masukkan taugeh, daun kucai dan cili.
3. Kacau2kan sebentar masukkan ikan masin dan tauhu. Rasakan dahulu jika kurang masin boleh tambahkan garam @ sos ikan.
4. Masukkan sedikit air supaya sayur x terlalu kering. Siap utk dihidang.


Pokok kucai yg ditanam di dalam pasu, nak masak potong je..buat cucur udang + kucai pun best jg..

4 comments:

  1. sedapnya...lama tak masak taugeh. Subur kucai sampai berbunga ye....suka akak tengok, akak pun ada gak tabur benih kucai, tak tumbuh2 pulak...dah 2 minggu rasanya tabur biji benih...hehe

    ReplyDelete
  2. rajinnya buang ekor taugeh....memang cantik!

    ReplyDelete
  3. salam kak..dtg nak kaut sayur wat mkn tghri nanti..hehe

    ReplyDelete
  4. Akaaaaaaak. Ayu datang ...meh nak vongkosss daun kucai......:)

    ReplyDelete