Pages

Nuffnang

Wednesday, December 14, 2011

NASI AYAM IPOH

Assalamualaikum..Dah siap masak , Sape nak makan Nasi Ayam Ipoh mai cepatttt! hehe dh banyak kali buat, mmg best resepi dari Quinnie ni.., Terima kasih Q,  Akak cnp resepi kat sini ye! mmg nampak byk bahan yg digunakan, tapi bagi sesiapa yg pernah masak nasi ayam ni, biasa je.mcm masak nasi2 ayam yg lain..nak tau sedap ke tak..kena lah cuba sendiri k..

 NASI AYAM IPOH
 SUMBER : Quinnie @ MYR

  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega 
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( optional )
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 batang daun bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu ( akak x letak)
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam & gula secukupnya 
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili padi
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap secukupnya 
  • 2 sb sos tiram
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasi, mula2 masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasi masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu mangkuk besar. masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goreng jgn goreng terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi.

 Sambal kicap dia mmg sedap..!

Spt biasa akak suka tambahkan sayur2an dlm sup..
 

3 comments:

  1. Uish, baru lepas lunch tapi lapar balik tengok nasi ayam!!! Mintak 2 set...for me and the kids :)

    ReplyDelete
  2. sedapnya tgk nasi ayam kak sofea ni..tgk ramai dah yg buat resepi Q ni ..resepi dah lama masuk list tapi lum berkesempatan nk buat lagi.:)

    ReplyDelete
  3. ramai betul yg suka sambal kicap dia tu...hehehe...letak sayur2 dlm sup memang lagi sedap...tapi saya suka makan sup kosong...kehkehkeh...

    saya tiap kali masak nasi ayam mesti makan 3 kali..hhahahha

    ReplyDelete