Pages

Nuffnang

Friday, November 11, 2011

SUP TULANG + DAGING KORBAN

Assalamualaikum..Hari ni 11/11/11..kembali bersiaran setelah sekian lama jg menyepi  tanpa berita, bukan apa lepas raya tuan rumah demam, batuk selsema, sakit satu badan..nak kata buat kerja teruk x de lah jugak, kerja macam biasa je..surirumah katakan..apa kerja yg kita x buat..semua kita kena buat...may be Allah nak nak suruh rehat kot..tu pasal Dia bagi kita sakit...sakit2 pun masak tetap kena masak..dh habis masak makan ubat terus tidur, sakit2 mcm ni mmg tak selera nak mkn..ok lah ni menu lunch kelmarin..buat sup tulang + daging korban.




SUP TULANG + DAGING KORBAN
BY: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN:
Tulang dan daging secukupnya
1 paket kecil pempah sup ( akak guna rempah sup Mak Siti)
1 ketul sup bunjut ( Adabi)
1/2 in lengkuas ~ ketuk
1 kulit kayu manis, 2 bunga lawang & 2 buah pelaga
1/2 st serbuk lada sulah @ lada hitam
air secukupnya
garam dan gula

BAHAN MESIN:
1 Biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1/2 in halia

SAYUR2AN:
1/2 batang carrot
3 biji kentang
1 batang celery
daun sup & daun bawang

Cara:
1. Sebab akak masak guna pressure cooker so masukkan semua bahan2 di atas kecuali sayur2an dan rebus hingga daging empuk.
2. Bila daging dh empuk, masukkan kentang dan carrot. Rebus seperti biasa x perlu tutup dgn penutup pressure cooker. rebus hingga kentang dan carrot empuk. kemudian masukkan celery.
3. Bagi yg tak ada pressure cooker bolehlah rebus daging dgn api sederhana supaya daging cepat empuk.
4. Semasa menghidang masukkan sup dalam mangkuk dan taburkan hirisan daun sup/ daun bawang & bawang goreng.

4 comments:

  1. As'salam hem sdp tu sup tulang ..kita punya dah habis le dua hari lepas............meratah dah hirup kuah mmg le x hingat.........

    ReplyDelete
  2. sedap ni kak mau pulak rebuih dengan pressure cooker dalang dia lembut hirup tak hinggat donia hahahah

    ReplyDelete
  3. Bestnya sup tulang...slurp...slurp...:D

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Sofea..Sedapnya sup tulang makan time panas-panas....

    ReplyDelete