Pages

Nuffnang

Monday, November 14, 2011

MEE REBUS AFTER 6AM

Assalamualaikum..Menu semalam, ada banyak cara utk masak mee rebus, dan ini adalah cara dan bahan2 yg selalu akak gunakan utk buat mee rebus..lebih pekat dan manis kuahnya kalau kita gunakan ubi keledek  berbanding ubi kentang, udang kering tu akak goreng tanpa minyak (sangai) kemudian blend..ini menambahkan lagi harum kuah mee tersebut.




RESEPI MEE REBUS AFTER 6AM
BY: Sofea@after6am

BAHAN-BAHAN UTK KUAH:
1/2 kg daging~ hiris nipis dan rebus, air rebusan jgn dibuang
1/2 kg keledek oren @ kentang~ potong dan rebus hingga empuk, blend.
cili kering mesin ~ ikut pedas
1 genggam udang kering~ basuh, tos & goreng tanpa minyak , blend.
1/2 cawan kacang tanah~goreng tanpa minyak, buang kulit, blend
1 labu bawang besar ~ blend
4 ulas bawang putih ~ blend
4 ulas bawang merah~ mayang
3 ulas bawang putih ~ mayang
air asam jawa
garam dan gula
air secukupnya
minyak utk menumis

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN:
1 kg mee kuning ~ celur
50 sen taugeh~ buang akar,  celur
5 biji telur ~ rebus
2 biji kentang ~ rebus
2 keping tauhu~ goreng
daun sup & daun bawang
cili merah & cili hijau
limau nipis @ kasturi
bawang goreng

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bwg merah dan bwg putih yg telah dimayang hingga kekuningan, masukkan campuran bwg besar , bwg putih yg diblend dan cili kering kisar, kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan air rebusan daging , daging dan ubi keledek yg telah diblend dan tambahkan air mengikut pekat mana kita nak kuah tu. Masukkan gula , garam dan air asam jawa. kacau dan biarkan hingga mendidih. kemudian masukkan kacang tanah yg telah diblend halus.
3. Perlahankan api dan biarkan kuah mereneh.
4. Hidangan: Masukkan mee dalam mangkuk , taburkan bahan2 sampingan dan tuangkan kuah, sedia utk dinikmati bersama seisi keluarga.


10 comments:

  1. as-salam sofea
    mengancam lah mee rebus sofea ni....terliur tgk.. sedap2..

    ReplyDelete
  2. As'salam Sofea

    Buat mee rebus makan sorang2 ya, tak menjamu k.ct pun..hihi. macam tau2 jer k.ct ni minat juga dengan mee rebus ya. nampak kecur pulak, perah asam limau kasturi adoiii...telan2 air liur dah ni sofea..huhu

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Sempoi lah resepi ni....memang kegemaran family kak Ros ni....esok Kak Ros ingat nak buat la....

    ReplyDelete
  4. sedapnya mee rebus..saya sukaaaaa.....dah salin resepi..kekekke

    ReplyDelete
  5. sedapnya!...memang suka mee rebus ni...betul la kak mak nieza dulu kalau buat suka bubuh ubi keledek sebab rasa manis dia lain..nanti leh cuba resepi akak ni pula:)

    ReplyDelete
  6. kak pia bestnyaaaa lama tak buat mee rebuih ada lagi dak?

    ReplyDelete
  7. Terima kasih pada semua yg sudi singgah blog nii..ramai jg yg suka mee rebus ye..!

    mimi..Dah habis ler, kalau nak kena la buat sendiri hehe..

    ReplyDelete
  8. Assallamualaikum kak Sofea..
    Lebih kurang samalah cara kita buat mee rebus. Naz pun masak guna keledek oren tu. Resepi dari mak. Buat pekat2 dan rasa manis keledek tu best kan..

    ReplyDelete
  9. wsalam Naz, mmg sedap kalau guna ubi keledek utk kuah mee rebus.

    ReplyDelete