Pages

Nuffnang

Friday, October 21, 2011

AYAM CILI BERGAJUS

Assalamualaikum..Salah satu menu lunch hari ni, ayam kalau masak gini mkn dgn nasi putih panas2 mmg siyok, dh habis licin dinner nanti masak lain pula. Resepi yg senang dan mudah disediakan...


AYAM CILI BERGAJUS

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
halia~ hiris nipis memanjang
2 sb cili kering kisar
2 sb sos cili
2 st madu
garam
2 biji cili kering ~ potong 1/2 in~ goreng
50 gm gajus ~ panggang @ goreng 
daun bawang
minyak 

Cara:
1. Bersihkan ayam lumur garam kunyit, goreng hingga masak & angkat.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan masukkan cili kisar.
3. kemudian masukkan garam dan cili sos~ masukkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan ayam, gajus , cili kering yg telah di goreng tadi dan madu. Kacau dan akhir sekali masukkan hirisan daun bawang.
5. Siap utk dihidang.

11 comments:

  1. mengancam sungguh bila time makan lauk gini sofea tayang..mesti sedapkan pedas-pedas manis gitukan rasanya...?

    ReplyDelete
  2. Assalam kak sofea, apa khabar? lama tak singgah sini...sekali tgk ayam bergajus yg menyelerakan..tumpang mkn yer..:)

    ReplyDelete
  3. Emmmm....nampak sedap dan menyelerakan...:)

    ReplyDelete
  4. Wow rajinnya kak pia. Kalau saya le menu lunch carry forward ke dinner. hehehe pemalas kan?

    ReplyDelete
  5. ini kalau makan dgn nasi briyani sedap ni...ada gajus...:)

    ReplyDelete
  6. issnita..lauk2 msk simple gini mmg sedap kalau mkn dgn nasi putih, cuba lah..! :)

    ReplyDelete
  7. Nieza..waalaikumsalam,akak sihat Alhamdulillah..:)

    ReplyDelete
  8. cik cek..t.ksih krn sudi singgah sini..:)

    ReplyDelete
  9. sam..Kadang2 lepas lunch siap ratah2 lagi mana x habis..alamatnya dinner kena masak benda lain le pulak! ;)

    ReplyDelete
  10. Q..x pernah mkn lagi lauk ni dgn nasi beriani..dgn nasi putih tu selalulah..:)

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum kak Sofea..
    Sedapnya kak ayam tu digandingkan dgn gajus..Mesti rasa pedas dan sedikit manis ni kan..nyumm..

    ReplyDelete