Pages

Nuffnang

Monday, October 24, 2011

ASAM PEDAS AYAM

Assalamualaikum..Menu lunch hari ni, Asam Pedas Ayam. Sebab ada 2, 3 kuntum bunga kantan yg baru diambil kat pokok tepi rumah, so ronda2 cari resepi nak masak apa la dgn bunga kantan ni..daun kesum pun nampak subur je selepas letak baja..la ni musim hujan, makin suburlah pokok yg di tanam..bukan pokok je subur, rumput2 pun sama naik, gemuk2 je rumput2 tu kan..kalau la leh mkn..hehe ok..Ni la hasilnya selepas skodeng dapur Ana Wahid ,   K.Nor  pun pernah try resepi ni..T.kasih kepada penyumbang resepi ! :)



ASAM PEDAS AYAM
SOUCE : Ana Wahid
By ; Sofea@after6am

Bahan2nya:-
bahan kisar *
* 20 tangkai lada kering- digunting dn direbus terlebih dahulu
* 1 labu bawang besar
* 4 bawang putih
* 2 inci halia
6-8 ketul ayam - di bersihkan
segenggam asam jawa - diramas dgn 1 cawam air
1 sudu besar halba ~ x letak
1 sudu besar lada hitam- ditumbuk halus
1 batang serai - diketuk
daun kesum - ikut suka banyaknya
1 biji tomato - di belah empat
1 liter air atau lebih ikut suka sama ada nk pekat atau cair kuahnya
garam, gula dan bahan perasa secukup rasa
minyak untuk menumis
1 kuntum bunga kantan ~ belah 4 ~ sendiri tambah

Cara-caranya:-
1. panaskan minyak, tumiskan halba dan 2 senduk bahan2 kisar sehingga naik bau dan garing
2. masukkan air asam jawa dan kacau sebentar lalu masukkan air , serai , lada hitam, kacau dan tunggu sehingga mendidih
3. masukkan ayam, daun kesum dan dan masak selama 15 - 20 minit dan akhir sekali masukkan tomato, gula, garam dan bahan perasa secukup rasa
* masam dan pekat atau cair kuahnyer ikut selera masing2*
siap untuk di hidang dan dimakan.


6 comments:

  1. sepatutnya sabtu nak masak asam pedas tp daun kesum tak de cancel so masak kari...sedapnya

    ReplyDelete
  2. suka sgt ayam masak asam pedas....fav kak cek ni...

    ReplyDelete
  3. Qhaifa , cik cek..tq sudi singgah blog nii..:)

    ReplyDelete
  4. berselera tengok asam pedas akak ni...seronoknya dengar boleh petik keliling rumah je daun kesum dgn bunga kantan ni..teringat kat kebun akak...ada lagi ke kak pia?

    ReplyDelete
  5. as-salam
    tengok jerk dah terliur ni..mmg suka asam pedas ayam..

    ReplyDelete