Pages

Nuffnang

Friday, July 22, 2011

ROTI JALA CICAH KUAH DURIAN

Assalamualaikum...Tentu semua tengah relex2 , baring2 sambil nonton tv..petang2 ni rasa macam nak cari  bantal je..maklumlah cuaca x berapa panas hari ni, tambah dgn angin sepoi2 bahasa...ishh tidur pun best nii...tapi utk mengelakkan tidur siang kena la buat sesuatu..apa kata siapkan hidangan utk minum petang..nampak kan apa yg dh akak buat ! Jom makan roti jala cicah kuah durian..!

 
ROTI JALA 

Bahan-bahan:-
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning

Cara:-
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.


Selalu buat roti jala cicah dgn kari ayam @ daging, tapi kali ni try buat kuah manis pula..teringat masa kecik2 mak kalau buat roti jala mesti cicah dgn kuah mcm ni..Lepas kawin baru ler tau boleh juga mkn roti jala dgn kari...Actually suka kuah kari lagi, tapi sekali sekala tukar selera x salah kan! kebetulan sekarang ni musim durian...!
KUAH DURIAN

Bahan-bahan:
2 cawan santan pekat @ fresh milk
1 cawan air
air gula merah~ ikut manis
garam
1 sb tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
1 helai daun pandan ~ simpul
isi durian

Cara:
1. Masukkan santan, air, garam , air gula merah yg telah ditapis dan daun pandan ke dalam periuk.
2. Kacau selalu hingga mendidih, perlahankan api dan tuang sedikit2 bancuhan tepung jagung ~ ikut la nak kuah pekat mcmana.
3. Akhir sekali masukkan isi durian kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan bersama2 roti jala , roti benggali @ serabai.

....Terima kasih pada Wanie yg tolong ambil gambar utk mak !

7 comments:

  1. lawa roti jala, lawa polok keladi, lawa bekas kuah doyan yg bertutup... ehem2... tuan nya pon lawa... ;)

    ReplyDelete
  2. roti lawa, pokok keladi lawa, bekas kuah yg ada tutup lawa, tuannya pon lawa gak... ;)

    ReplyDelete
  3. as'salam sofea

    roti jalan ni kalau makan dgn kuah kari dah tentu lawannya. Tapi kalau cecah dengan kuah durian tak pernah buat lagi. maklum ler tekak anak2 dengan kak ct tak sama..hihi. mama dia tak makan kari so bila dah buat tengok jer lah orang makan :D

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum kak, kiter datang bawak puding ni kak..nak tukor ngn roti jala...bestnyer..

    ReplyDelete
  5. hehehe menu dalam kepala untuk pagi esok. harap2 menajdi le.

    ReplyDelete
  6. panas2 ni x larat nak menjala..tp klu dpt sepiring dgn kuah durian tu mahu licin.:)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikumwbh kak Sofea...hmmmmm tgh terfikir nak menjala gak makan dgn serawa...tapi nak carik mana buah doyan kat doha nih.....mmmmm mungkin nak substitute dgn mangga or kurma masak kat sini kot.....:)

    ReplyDelete