Pages

Nuffnang

Thursday, June 23, 2011

MIHUN TOMYAM

Assalamualaikum...Hari ni x masak nasi, tapi buat tomyam pastu celur mihun...jadi lah mihun tomyam...masak sikit je utk 2 org mkn...dh habis pun dimakan lunch tadi..sesekali tukar selera pulak..x best gak hari2 mkn nasi...! Kalau nak gantikan mihun dgn mee  @ kay teow pun boleh.




MIHUN TOMYAM
BY : Sofea@after6am


Bahan-bahan:
mihun, mee @ kay teow ~ celur dan toskan
1/2 ekor ayam
1 btg serai ~ ketuk
2 kiub tom yam
1/2 btg carrot
1/2 btg saleri
bunga kobis
jagung muda
1 biji tomato
3 biji cili padi ~ ketuk
1 helai daun limau purut
sedikit daun ketumbar
1 sk sos ikan
air secukupnya



Cara:
1. Rebus ayam dgn serai hingga mendidih dan masukkkan kiub tomyam.
2. Bila ayam dh empuk masukkan semua sayur2an dan sos ikan.
3.  Perlahankan api dan renehkan hingga sayur2an tadi masak.
4. Akhir sekali sebelum angkat taburkan daun ketumbar.
5. Siap utk dihidang bersama mihun yg telah dicelur tadi.


Tuesday, June 21, 2011

NASI AYAM LAGiiii...

Assalamualaikum...Hari ni masak nasi ayam, balik sekolah nanti Wanie mesti suka sbb  masak makanan fav dia...kalau nak tahu akak mmg suka masak nasi ayam..sebab tak perlu lauk2 lain lagi...dh lengkap semuanya, ada sup, sayur, ayam & nasi.. Kakak yg kat hostel tu jgn jelous tau..nanti balik mak masak utk kakak pula ...!

 Aikkk lupa lak nak letak salad & tomato...hentam sajalahhhh..!!

Nasi Ayam masak sendiri lagi puas hati..mkn pun puas..kalau beli sebungkus 4 hengget beb !!

Monday, June 20, 2011

IKAN KELI GORENG & BENDI GORENG BELACAN

Assalamualaikum...Masak awal hari ni sbb ada byk kerja lagi yg nak diselesaikan..menu yg cukup2 ringkas sbb tinggal 2 beranak je..En hb pula outstation, jumaat baru balik...Actually, keli goreng ni mmg fav seisi keluarga..selalunya kat rumah ni ikan keli hanya digoreng dan cicah sambal kicap...sorang 2,3 ekor pun boleh habis meratah...

IKAN KELI GORENG & SAMBAL KICAP

BENDI GORENG BELACAN

Bahan-bahan:
10 biji bendi
2 ulas bawang puih ~ cincang halus
2 ulas bawang merah ~ hiris nipis
sedikit ikan bilis @ udang kering
3 sb cili kering mesin + belacan
2 sb air asam jawa
garam dan gula
cili merah ~ hiris nipis.

cara:
1. Bersihkan bendi, dan potong serong .
2. Panskan minyak tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi dan masukkan cili mesin.
3. kacau hingga cili masak dan masukkan air asam jawa dan ikan bilis.
4. kemudian masukkan bendi , kacau hingga bendi bersalut dgn cili tadi. Masukkan garam & gula secukup rasa.
5. Sebelum diangkat masukkan cili merah . Siap utk dihidangkan.

Friday, June 17, 2011

UDANG BERSOS PLUM

Assalamualaikum..korang dh lunch ke? masak apa hari niii...menu akak biasa2 je..Udang bersos plum ni dh byk kali buat, mmg sedap! nak resepi leh tgk sini


Dah ada lauk mesti ada sayur , sayur baik utk kesihatan, penuh dgn vitamin..syukur Alhamdulillah anak2 suka mkn sayur..!

     SAYUR CAMPUR..Salah satu sayur fav seisi keluarga...

Thursday, June 16, 2011

BIRTHDAY CAKE

Seiji kek yg ditempah oleh kawan my niece, Strawberry Sponge Cake With Buttercream. 


Wednesday, June 15, 2011

AYAM MASAK MERAH

Assalamualaikum...Lauk fav seisi keluarga, amat sesuai kalau mkn dgn nasi minyak @ nasi tomato ..tapi hari ni malas nak masak nasi2 tu just mkn dgn nasi putih je..Resepi ambil kat dapur Masam Manis Azlita Aziz..Tq Ita..C n p resepi kat sini utk rujukan bila nak masak lagi..sedap tau ayam masak merah nii..sape yg nak cuba silakan..!



AYAM MASAK MERAH
sumber: Pak Engku & Azlita Aziz@MasamManis
by : Sofea@after6am

1 ekor ayam - potong 12
3 ulas bawang merah - kisar
2 ulas bawang putih - kisar
2 inc halia - kisar
200 gm cili kering yang telah di kisar
3 batang serai - kisar
2 inc lengkuas - kisar
rempah tumis - 4 sekawan
1/4 tin susu cair
5 sudu makan minyak masak
5 sudu makan sos cili
2 sudu makan tomato puri ~ guna sos tomato
garam dan gula secukup rasa
1 kiub ayam - ita tambah ~ x letak
5 sb Kacang peas ~ sendiri tambah

Basuh ayam bersih, gaulkan dgn garam dan kunyit dan goreng setengah masak. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis rempah tumis bersama bawang merah, bawang putih, halia, serai, lengkuas dan tunggu hingga kekuningan barulah masukkan lada kering.
masak hingga naik minyak, barulah masukkan sos cili, tomato puri dan susu cair. ita tambahkan kiub ayam. kacau hingga kuahnyer menjadi pekat.
Masukkan garam, gula dan serbuk perasa jika suka dan biarlah ianyer secukup rasa.
Barulah masukkan ayam dan gaulkan hingga sekata antara kuah dan ayam. Siap untuk dihidangkan.

Tuesday, June 14, 2011

TENGGIRI GORENG BERCILI

Assalamualaikum...Jom tgk menu lunch akak hari ni, simple je kan..! walaupun dh tinggal 3 beranak je dlm rumah ni, masak tetap masak..sesetengah org kata x payah masak lah, 3 mulut je nak makn..gi beli lauk kedai lagi senang..x payah susah2 nak masak..beli bungkus, x pun mkn kat kedai je..lepas mkn, basuh tangan balik rumah..pinggan pun x payah basuh..ishh mana best beli lauk kedai , kadang2 x kena selera kita..dan kadang2 ada yg kata mak masak lagi sedap!..tu pasal la hari2 kena masak..TAPI kalau dh x dapat nak elak @ emergancy  terpaksa jugak beli lauk kedai, tapi tak la selalu...ok selamat memasak semua, dapat pahala tau masak utk suami dan anak2...dan kalau ada lebih tu boleh sedekah jiran2..lagi byk pahala..! :)


TENGGIRI GORENG BERCILI
BY : Sofea@after6am

Bahan-bahan:
3 ketul isi ikan tenggiri
serbuk kunyit
garam
1 sb tepung jagung
1 btg serai ~ ketuk
1 biji bawang besar ~ kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
3-4 sb pes cili
3 sb sos tomato
garam & gula
Daun bawang.

cara:
1. Bersihkan ikan, lumur dgn garam, kunyit dan tepung jagung. Goreng hingga masak dan angkat.
2. Panaskan minyak  tumis serai , bawang besar  hingga wangi dan masukkan pes cili. Kacau hingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato, garam dan gula secukup rasa. Tambahkan air mengikut kepekatan yg dikehendaki.
4. Setelah mendidih masukkan ikan dan kacau hingga semua bersalut dgn cili . Angkat dan taburkan daun bawang. Siap utk di hidang.

Monday, June 13, 2011

BUBUR NASI WITH SAMBAL IKAN REBUS

Assalamualaikum... Dh siap masak? menu akak hari ni simple je, request dari Wanie sebelum pergi sekolah tadi, nak makan bubur nasi balik sekolah nanti..lagi pun dia kata dia sakit tekak..hari ni kat rumah tinggak 2 beranak je, En hb outstation..so masak pun ikut apa yg anak nak mkn je tapi mak pun tumpang semangkuk..:)



BUBUR NASI WITH SAMBAL IKAN REBUS
by: Sofea@after6am

Bahan-bahan:

1 cawan beras
sedikit isi ayam @ udang
1/2 btg carrot~ potong dadu
1/2 in halia~ ketuk
garam

Garnish:
ikan bilis yg telah digoreng
sambal ikan rebus
daun sup & daun bawang
cili merah
minyak bijan

cara:
1. Masak beras  + halia hingga kembang,  kemudian masukkan isi ayam@ udang  dan carrot. Masak sehingga ayam dan carrot empok. Masukkan air sedikit2 mengikut lembut mana kita nak.
2. Ahir sekali masukkan garam secukup rasa.
3. Cara menghidang, sendukkan bubur nasi ke dlm mangkuk dan taburlah bahan2 garnish.


SAMBAL IKAN REBUS

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kembung @ selayang@ selar~ saiz kecil
1 asam keping
garam
5 biji cili padi~ nak pedas tambah lagi
air limau kasturi
sedikit gula

cara:
1. Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping dan sedikit garam.
2. setelah ikan masak , toskan dan ambil isi ikan ~  seperti nak buat kuah laksa.
3. Tumbuk cili padi bersama isi ikan tadi , masukkan sedikit garam & gula . kemudian perahkan air limau kasturi.
4. Gaul semua bahan dan siap utk dihidang bersama bubur nasi @ nasi putih.

Sunday, June 12, 2011

SPAGHETTI LAGI...!

Assalamualaikum..cepatnya masa berlalu, sedar2 esok dah nak sekolah semula.. Cuti sekolah ni byk betul kenduri, sampai kadang2 dapur x berasap. Hari ni hantar si abang pula balik ke hostel. Alhamdulillah, Lunch tadi sempat juga masak makanan kesukaannya ...Spaghetti  dgn kuah sedikit pedas dicampur dgn hirisan cendawan butang. Biasalah kan, tekak melayu mesti nak yg pedas2..!




SPAGHETTI KUAH DAGING & CENDAWAN

Bahan-bahan:
  1/2 paket spaghetti vermicelli
sedikit garam
Olive oil @ minyakl jagung @ minyak masak
~rebus spaghetti hingga lembut, toskan dan renjiskan sedikit olive oil.

Utk kuah:
daging @ isi ayam~ cincang halus @ daging Brand Ramly
3 ulas bawang putih
2 sb cili kering kisar
3 sb sos cili
1/2  botol sos spaghetti kimball
5 biji cendawan butang~hiris nipis
garam & gula
sedikit serbuk lada sulah
air
minyak utk menumis


Cara:
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih yg telah dicincang halus hingga wangi & masukkan cili kisar.
2. Masukkan isi ayam @ daging & kacau hingga air dari daging tadi kering.Tambah air jika daging masih keras.
3. Tuangkan sos spaghetti, sos cili dan kacau hingga mendidih. jika pekat boleh tambahkan sedikit air. Masukkan garam, gula & lada sulah secukup rasa. Kemudian masukkan cendawan butang dan perlahankan api, biarkah kuah reneh dalam periuk sbb lagi lama lagi sedap.
4. Siap utk di hidangkan.

Friday, June 10, 2011

PUDING TAUHU

Jom segarkan tekak dgn puding tauhu laici yg sejuk dan nyaman ini..dah byk kali buat tapi x sempat nak snap gambar, puding fav seisi keluarga. Resepi dari K.Nor@SecubitGaram. K.nor kita c&p resepi kat sini  ye, utk rujukan di masa depan..kalau nak tau sedap ke tak, kena la buat sendiri ok ! & pasti sekali rasa mesti nak lagi..!



PUDING TAUHU

Bahan-bahan:

1/2 paket agar2 strip (direndam ,pastu toskan) ~ lebih kurang 18gm
1 1/2 liter air
1 cawan santan pekat
1 tin kecil susu pekat manis
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
2 helai daun pandan - disimpulkan

Untuk kuahnya:
1 tin laici - laici tu di siat2kan (boleh juga guna fruit koktel)
2 tin air (gunakan tin laici sbg sukatan)
8 sudu besar gula ( bg penggemar manis bolehlah lebihkan ikut citarasa sendiri ya)
3 sudu besar perasa laici (spt brand tamin) - yg ni optional, tak letak pun tak apa, cuma nak lebihkan rasa laici jer kuah dia

cara2:
Mula2 buat kuah dia supaya cepat sejuk. Bila dah sejuk skit boleh lah letak dalam peti ais. Masukkan kesemua bahan utk membuat kuah kedalam periuk (kecuali laici atau fruit koktel) dan masaklah hingga mendidih. Rasakan sendiri manis dia mengikut citarasa anda ya..

Untuk membuat pudingnya, masakkan agar2 dengan air hingga mendidih dan larut agar2 tadi. Masukkan sekali gula dan daun pandan.
Satukan santan dan kedua2 susu dalam sebuah bekas. Kacau hingga sebati.
Masukkan adunan susu kedalam periuk berisi agar2 dan masaklah hingga mendidih, jgn lupa mengacaunya ya.. Bila dah mendidih terus padamkan api dan jgn biarkan mendidih lama takut nanti pecah minyak.
Biarkan hingga suam2 kuku dan hendaklah ditapis sebelum dicurahkan ke dalam loyang atau bekas acuan kecil2. Jgn sekali2 tuang kedalam loyang ketika masih panas kerana nanti akan terbentuk lapisan yg tak cantik (dan tak sedap nak makan)kat atasnya.
Bila dah sejuk, masukkan kedalam peti ais. Bila nak menghidangnya, cedukkan dgn senduk ke dalam bekas(spt taufo fah) dan letakkan laici dan kuah ke atasnya.
Boleh juga kalau nak letak dlm bekas kecik dan hidangkan bersama laici atau fruit koktel.

AYAM CILI BERGAJUS

Assalamualaikum...bertemu kembali selepas sekian lama menyepi..mcm biasalah kan alasan spt sebelum2 ni..bz bz bz..maklum je lah cuti sekolah..byk kenduri, pas tu bawa anak2 mkn angin dan yg terbaru buat persiapan anak utk ke Matrik. Semalam dah selamat hantar kakak utk sambung study di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang. La ni kat rumah dh tinggal 2 orang budak yg suka bergaduh, hari ahad ni hantar si abang pula ke hostel so tinggallah si adik sorang bergaduh dgn mama dia pula...tak pe lah kan kalau x de kawan nak bergaduh nanti sunyi pl...Ahli dlm rumah ni kian berkurangan tapi masak tetap kena masak..Jom tengok resepi akak hari niii...:)



AYAM CILI BERGAJUS

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil
2 ulas bawang putih ~ cincang halus
halia~ hiris nipis memanjang
2 sb cili kering kisar
2 sb sos cili
2 st madu
garam
2 biji cili kering ~ potong 1/2 in~ goreng
50 gm gajus ~ panggang @ goreng 
daun bawang
minyak 

Cara:
1. Bersihkan ayam lumur garam kunyit, goreng hingga masak & angkat.
2. Panaskan minyak tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan masukkan cili kisar.
3. kemudian masukkan garam dan cili sos~ masukkan sedikit air jika perlu.
4. Masukkan ayam, gajus , cili kering yg telah di goreng tadi dan madu. Kacau dan akhir sekali masukkan daun bawang.
5. Siap utk dihidang.