Pages

Nuffnang

Thursday, May 12, 2011

NASI TOMATO & THE GENG (3)

Assalamualaikum...Menu ulang tayang, Hari ni Penang hujan lebat dari pagi tadi lagi...hujan2 mcm ni malas betul nak keluar beli barang..nak masak apa ye hari ni? so intai2 dlm peti ais ada ayam, terung, tomato dan kacang buncis. Kalau buat nasi tomato pun ok gak niii..akhirnya setelah sorang2  bersilat di dapur terhasillah menu hari ni..Nasi tomato, ayam goren goreng bawang, dalca & papadom. Alhamdulillah..!

Nasi tomato 

Bahan-bahan:
3 cawan beras (bersih & toskan)
1 cawan fresh milk @ 1/2 cwn susu cair
air secukupnya
1/2 kiub pati ayam
garam & gula 
tomato pure @ Sos tomato
kismis

utk tumis:
3 sb butter/marjerin/minyak sapi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 in halia
sedikit kulit kayu manis, bunga lawang & buah pelaga
1 helai daun pandan ~ simpul

cara:
1. Panaskan butter, masukkan bahan tumis , kacau hingga wangi.
2. Tuangkan tomato puree, beras , susu dan air secukupnya.
3. Masukkan kiub ayam, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali masukkan kismis.
4. Cara 1-3 akak masak guna dapur biasa, selepas masukkan kismis, kacau sebentar dan alihkan ke rice cooker.
5. Setelah siap masak bolehlah dihidang dgn lauk2 yg sesuai.
 
Ayam Goreng Bawang ~ resepi dari blog K.Paty. Tqvm K.Paty

1 comment:

  1. nyumm.. sedapnyer.. dh lama x makan nasi tomato.

    ReplyDelete