Pages

Nuffnang

Friday, April 22, 2011

MIHUN GORENG SEAFOOD

Assalamualaikum...kalau korang nak tahu, ni la mihun fav my hubby..mihun yg semestinya pedas, kaler merah cili, kalau hitam sbb letak kicap dia x suka..Mihun ni mcm mihun goreng biasa juga cuma lebihkan udang dan sotong..udang tu kalau dapat yg sederhana besar lagi syok makan..sape x suka udang kan!..bila nampak udang & sotong bertaburan dalan mihun tu lagi la berselera nak mkn...!resepi nanti ye sbb nak hntr anak p sekolah ugama jap..!

MIHUN GORENG SEAFOOD
BY: Sofea@after6am

Bahan-bahan:
Mihun ~ rendam dlm air panas hingga lembut dan toskan.
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sb udang kering~rendam sebentar dlm air panas
3-4 sb cili kering kisar
200 gm udang
200 gm sotong
2 pokok sawi~asingkan btg & daun sawi
Taugeh~ buang akar
3 sb sos tomato
garam & gula
Minyak

Cara:
1. Tumbuk bawang putih, bawang merah dan udang kering hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Kacau hingga pecah minyak.
2. Masukkan batang sawi, udang dan sotong. Kemudian masukkan sos tomato , garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan mihun, daun sawi dan taugeh. Kacau hingga semuanya masak , angkat dan bolehlah dihidangkan utk seisi keluarga @ jika ada tetamu yg datang ke rumah.


5 comments:

  1. akak..mas suka bihun goreng...
    sedapppnya....

    ReplyDelete
  2. Akak,mihun akak nmpak sedap toi lah,letak udang n sotong byk mmg puaih hati kan..Kalo yg beli jumpa lah sekoq 2..

    ReplyDelete
  3. Buat sarapan pagi sedap ni...

    ReplyDelete
  4. sedapnya bihun tu kak....dgn kala yg merah berseri tu sungguh menyelerakan..nk kutip udang tu jugak..hehe

    ReplyDelete