Pages

Nuffnang

Monday, April 4, 2011

KERANG MERAH ALA THAI

Assalamualaikum....tengok title kat atas tu mesti dh tau kan resepi sape...yes! resepi dari akak Secubit garam yg mana resepi tersebut telah tersiar dalam Majalah Jelita April 2011..senang je masak kerang ala thai ni..bahan2 pun x banyak...hari ni kalau nak tahu anak sulung akak yg masakkan, t.kasih ye kakak..rajin2 la masuk dapur..esok kita cuba resepi lain pula tau..!



KERANG MERAH ALA THAI
Sumber : K.Nor@secubitgaram

BAHAN-BAHAN:

2 kg kerang
air
garam secukupnya
seddikit minyak
3 ulas bawang putih~ditumbuk
1 biji bawang besar~dipotong bulat
1 sb besar cili kisar
2 sb sos tiram
2 sb sos ikan
3 sb sos tomato
sedikit garam
sedikit gula
daun sup & daun ketumbar~ dihiris

Cara:
1. Rebus kerang bersama sedikit garam hingga masak dan toskan. Ambil isinya.
2. Panas sedikit muinyak dan tumis bawang putih bersama bawang besar sehingga wangi masukkan cili kisar.
3. Masukkan sos tiram, sos ikan dan sos tomato.
4. Masukkan isi kerang bersama bawang besar yg dihiris, kacau dan masukkan garam & gula.
5.Jika mahu sedikit berkuah tambah air bersama sos tomato.
6. Tabur daun sup & daun ketumbar.

Tambah 2 biji cili padi yg diketuk jika ingin pedas lagi..
Menu sampingan sayur lemak bendi dgn udang.

3 comments:

  1. kak sedapnya ,sll buat dengan daging je,kak sori semalam tup2 terputus taliannya

    ReplyDelete
  2. adoiii,sedapnya terliur gk tgk nie..kerang ni on my list lah...

    ReplyDelete
  3. pia!! post sini semangkuk tau hehe

    ReplyDelete