Pages

Nuffnang

Monday, March 21, 2011

RENDANG PEDAS DAGING LANDAK

Assalamualaikum..ni resepi semalam ye..! Pernah mkn landak tak? sedap betul dagingnya, kita orang beli kat P.cik yg jual pelanduk hari tu..boleh tahan juga la harganya..tapi x pe, bukan senang nak dapat..hanya org2 yg mahir je dpt tangkap sang landak ni..seekor landak yg jadi rezeki kami sekeluarga tu ada lah lebih kurang 4 kg. Tapi x masak semua..bahagi2 dagingnya..masak sikit2, lepas ni leh try menu lain pula.



RENDANG PEDAS DAGING LANDAK

Bahan-bahan:-

1/2 kilo daging landak @ lembu, kambing , Ayam
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
2 batang serai*
1 in lengkuas*
1 in halia*
cili kering mesin (ikut pedas)
1/2 st serbuk jintan manis
garam & gula secukup rasa
1 helai daun limau purut
cili  merah & cili hijau -potong memanjang
1/2 labu bwg besar - hiris bulat
minyak utk menumis.

Cara:-
1. Cuci daging dgn limau kasturi & garam. Bersih dan toskan.
2. kisar bahan-bahan yg bertanda*
3. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan cili kering mesin serta serbuk jintan manis dan kacau hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging dan tambahkan 3/4 cwn air. kacau dan tunggu hingga daging empok. ~ akak guna pressure cooker~ lepas masukkan daging tutup periuk dan biarkan berdesir selama 10 minit. Jgn terlalu lama sbb daging landak cepat lembut. Buka penutup periuk dan renihkan hingga kuah pekat.
5.Sebelum angkat masukkan cili hijau & cili merah, daun limau purut serta bwg besar.

 ~ Ni la rupa landak yg telah siap disembelih, hati landak tu yg mahal sbb sesuai utk mengubati sakit asma @ lelah. Nasib baik la org yg jual tunjuk cara2 nak potong daging landak tu..kena potong kecil2 , x leh main belasah potong macam potong ayam..! ~

11 comments:

  1. salam...

    tak tahulah pulak daging landak ni boleh makan....hehehehe

    ReplyDelete
  2. Sy tak pandai makan daging landak kak..tapi encik hb tu mmg suke giler laa..hehe..tp cara masakannya disalai dulu baru dmasak spt biasa..pastu upacara potong memotong mmg diserahkan sepenuhnya kepada beliau sahaja..hehehe...

    ni hasil berburu ke jerat kak?

    ReplyDelete
  3. as-salam, sedapnya rendang tu..tapi saya tak tahu makan daging landak !!!mesti sedap daging landak tu kan..yummy..

    ReplyDelete
  4. salam pia
    akak pernah makan daging landak dan seriyes sedap lah wey..dah lama betul tak makan skang ni..tapi akak org negori biasa lah kalau dapat daging landak ni kitorang buat gulai cili api dgn nangka muda..

    ReplyDelete
  5. salam kak...

    ayu prnh mkn daging landak ni.masa tu ada jamuan hari raya kat umah MIL abg ayu.ayu tau pun masa dah nak mkn.tp disbbkan ayu ni jenis yg tak kisah..so bedal jela.

    yg bestnya ayu siapkan kenakan hb ayu.ayu tunggu dia dah abis mkn...agak2 dah sejam lps tu baru ayu gitau rendang yg dia mkn tu rendang daging landak.hehehe...t'kulat2 muka mamat tu

    ReplyDelete
  6. wahh.. x pernah tgk lagi landak yg dh togel. mcm tu rupanyer.. bias atgk dlm tv je..

    ReplyDelete
  7. perhh..sedapp tu daging landak..
    mas pernah makan, buat masak lemak cilipadi...sedapppp...he..he..

    ReplyDelete
  8. ehhh ada yg pernah mkn, ada yg x pernah mkn..ada yg x tahu dgg landak leh mkn, ada yg x tertelan..hehe mcm2 hal..pe2 pn bagi sape yg pernah merasa (k.anim, ayu, mas) tau betapa sedapnyer landak..

    mas..dgg ada lagi, nanti akak try buat masak lemak cili api pula..;)

    ReplyDelete
  9. x pernah makan daging landak..tapi pelanduk pernah la..camne la rasanye ek...

    ReplyDelete