Pages

Nuffnang

Monday, February 7, 2011

KEK CHIFFON OREN

Resepi asal dari Cik Mat Gebu ~ kek chiffon coklat~ tapi x nak buat yg coklat, nak buat perasa oren..so memandai sendiri la tukar apa yg perlu..ikut resepi chiffon coklat tu sbb guna 4 biji telur..sesuai la dgn saiz acuan  akak niii..nak jadikan cerita..dh siap semua bahan, start la buat..pas tu bakar..bla, bla, bla...tiba la time nak makan..dah 1,2 ketul masuk mulut baru terpandang minyak dlm cawan...Alamakkkk! lupa nak masukkan minyak le...tapi korang tgk sendiri la hasilnya...!


KEK CHIFFON COKLAT

BAHAN A
4 kuning telur (gred A)
135 ml air
85 ml minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1/4 camca teh garam halus
100 g gula halus
135 g tepung gandum
15 g serbuk koko 
1 camca teh esen vanilla
1 camca teh baking powder

BAHAN B :-)
4 putih telur (gred A)
90 g gula halus
Secubit cream of tartar

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Satukan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan garam, gaul rata dan ayak. Satukan kuning telur bersama gula halus (bahan A), kacau rata dan tuang air, kacau hingga gula larut. Masukkan bahan yang diayak tadi dan gaul hingga sebati, tuang minyak dan esen vanilla, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Putar putih telur hingga kembang, masukkan gula halus (bahan B), dan cream of tartar dan terus memutar hingga pekat.
  3. Campurkan putih telur tadi ke dalam adunan no 1 dan kacau dengan spatula menggunakan kaedah kaup balik hingga sebati.
  4. Tuang dalam tin chiffon yang bersaiz 23 cm (jangan sapu mentega pada tin) dan bakar 45 - 50 minit hingga kek masak. Keluarkan dari oven dan terbalikkan tin serta merta dan biarkan kek berada dalam keadaan macam tu sehingga betul2 sejuk.
  5. Bila kek sejuk, sisip tepi tin dengan pisau untuk melonggarkannya. Buat sama juga untuk bahagian dasarnya, keluarkan kek dari tin, potong dan siap untuk dihidang...


KEK CHIFFON OREN ~lupa letak minyak

Bahan A:
4 kuning telur (B)
1 biji oren sunkist~ parut kulit & perah airnya
air + perahan air oren + 2 sb sunquick mandarin = 135 ml
100 gm gula halus
135 tepung gandum 
1 sb parutan kulit oren
1 st baking powder
~next time buat kena letak 85 ml minyak jagung~
 
Bahan B:
4 putih telur (B)
90 gm gula halus

5 comments:

  1. wah tak bubuh minyak pun nampak soft jer....pandainya akak buat..kira jadi lah tu...nk tapaula skit...hehe

    ReplyDelete
  2. Nampak sedap ajer!
    nanti nak cuba buat & bubuh minyak pulak.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    Wau wee junior jus. Best..best...best. Nanti bila kak pia dah try yang bubuh minyak kasi tapau sikit & pos ke sg ara. Tak rugi mesti habis punya. Hahaha tak malu sungguh.

    ReplyDelete
  4. Assalam kak wah mencipon ye bila nak antaq kat bawah bukit ni kak

    ReplyDelete
  5. Tq Nieza, cikgu Tie, Sam & mimi sbb sudi singgah sini..nak rasa kena la mai rumah @ apa kata buat sndiri..resepi pun dh ada tu..hihi

    ReplyDelete