Pages

Nuffnang

Wednesday, January 5, 2011

SIAKAP STIM

  Salam semua..korang masak apa hari ni? akak masak siakap stim.. angkat je ikan tu dari pengukus terus hidang nasi...tapi sebelum tu ambik anak sekolah dulu..makan ramai2 baru best! Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah berikan hari ni..selain siakap, bawal, ikan merah pun leh buat stim..lama juga x masak stim ni..kalau x silap masak time sahur bulan puasa tahun lepas...;)



SIAKAP MASAK STIM
sumber : sofea@after6am

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap
1 btg serai - dititik
1 in halia muda-dihiris nipis
4 ulas bawang putih- dihiris nipis
1 labu bwg besar - potong bulat
5 biji cili padi- diketuk sedikit
1 biji cili merah-potong memanjang
1 batang saleri - potong serong
1 biji tomato -potong bulat
1/2 st lada sulah
1 st sos tiram
1 st tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
garam secukup rasa
1 1/2 cawan air
1 biji limau nipis
daun sup

cara-cara:

1. Bersihkan ikan dgn garam dan limau nipis utk hilangkan hanyir.
2. Letakkan ikan dlm bekas tahan panas dan masukkan air, serai, garam, sos tiram, lada sulah dan tepung jagung.gaul rata.
3. Taburkan bahan-bahan yg telah dihiris ke atas ikan. perap selama 20 min.
4. Sediakan periuk kukus, bila air mendidih masukkan ikan dan kukus selama 25 min @ sehingga ikan masak.
5. Angkat dan jika suka boleh perahkan air limau nipis serta taburkan daun sup.
6. Hidangkan panas2 bersama nasi putih. Selamat mencuba..!

Menunggu utk dikukus...

 

5 comments:

  1. nakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.... x masakkkk ni...

    ReplyDelete
  2. alaaaa ana...dh habis la, buat sndiri k

    ReplyDelete
  3. smalam masak siakap stim .. tapi guna resipi sendiri .. letak halia, bawang putih n limau nipis je .. pastu 5 minit sbelum angkat letak tomato .. duk kat hostel susah nk masak .. nanti nak try resipi akak lak .. nmpak sedap ..

    ReplyDelete
  4. So fea, pohon share gambar siakap stim kamu.. waa...nampak menarik...

    ReplyDelete