Pages

Nuffnang

Tuesday, January 25, 2011

ANEKA ROTI

Bestkan bila dapat buat roti sendiri..dgn satu doh je boleh buat berjenis2 roti...dah banyak kali buat roti guna resepi ni..hasilnya mmg lembut walaupun roti dah sejuk. T.kasih kepada penyumbang resepi.





RED BEAN STOLLEN
Sumber: Roshayati Johari

sumber: Diana 

Bahan A
350 gram tepung roti/high protein flour
150 gram tepung halus/ tepung superfine
100 gram gula
1 sudu teh garam halus
30 gram susu tepung
1 sudu teh bread improver (optional)
1 sudu teh bread softener (optional)
4 sudu teh yis kering
Gaul bahan di atas sebati 

 x letak bread improver & bread softener- ganti dgn 2sb water roux.
 

Bahan B
 Air
1 biji telur kecil (pukul sikit)

Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram

Bahan C
40g butter
40g shortening
Boleh guna shortening atau butter sahaja.

Cara menyediakan roti
1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
5. Bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.

Cara membuat Red Bean Stollen
1. Sediakan inti kacang merah seberat 50 gram setiap satu dan dibulat-bulatkan. Ketepikan.







2. Leperkan doh diatas papan dan diisikan dengan inti kacang merah lalu dibungkus. Bahagian yang dibungkus diletakkan diatas papan canai dan canai doh yang telah diisi dengan inti kacang merah.





3. Hiris doh menggunakan hujung pisau tajam yang dicelup tepung. Hiris jangan putus hingga kebawah. Hanya dipermukaan sahaja.






4. Terbalikkan doh tersebut. Gulung doh dengan bentuk hirisan melintang.







5. Susun doh dalam loyang, dibiarkan 40 minit. Kemudian disapu dengan campuran telur dan susu segar dan bakar pada suhu 180’C selama 20 minit.





                                             dari doh yg sama boleh buat pelbagai jenis roti

 

Pesanan dari Diana..Jika was-was utk menggunakan bread softener & bread improver boleh kecualikan, InsyaAllah, roti tetap akan menjadi.

5 comments:

  1. wah lawanya roti akak...saya suka sgt inti kacang merah ni tapi kat sini tak ada jual la inti tu...akak buat sendiri ke atau beli inti yg dh siap?

    ReplyDelete
  2. waaaaa cung gler roti akak! bungkus 2 ketul buk! kerabu mangga skali eh...

    ReplyDelete
  3. Nieza..lawa ke? roti ke tuan yg buat roti..hehehe, akak pun suka kacang merah tu dik oiii..inti tu beli yg dh siap, ada cop halal taw!

    ReplyDelete
  4. Hana..dia pun apa kurangnyer..lagi kretip, akak main belasah je tu..;)

    ReplyDelete
  5. Assalam Sofea.. waaa.. cantekknyer roti tu.. terima kaseh sudi share cara membuatnya.. Insyaallah, saya akan cuba.. :)

    ReplyDelete